31 January 2011

Pergolakan di Mesir

Assalamualaikum.
Ini entri berharap.

Sekarang ini kita semua digemparkan dengan isu pergolakan yang sedang berlaku di Mesir.
Huru-hara berlaku secara meluas di sana.
Semestinya kita semua tahu bahawa ribuan rakyat Malaysia menetap di sana terutamanya dari golongan pelajar.
Sekarang ini keadaan semakin meruncing di sana.
Jika anda semua ingin mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terbaru, anda semua boleh membacanya di SINI.
 Jika anda membaca akhbar hari ini juga, ada dinyatakan mengenai perkembangan terbaru mereka. Salah satunya adalah di BHARIAN.
 Sebenarnya banyak lagi blog-blog lain yang menceritakan keadaan di Mesir. Cuba lihat blog-blog lain. 

Sama-samalah kita mendoakan agar mereka semua dilindungi oleh Allah S.W.T.
Bukan hanya untuk rakyat Malaysia yang berada di sana sahaja, malahan untuk semua umat islam yang berada di sana. Sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka, kan semua umat islam adalah bersaudara.

Sumber google
nota kaki kiri: kita sering merungut mengenai isu-isu di negara kita, sekarang lihat, bersyukur tak kita berada di Malaysia?

12 comments:

  1. semoga semua pelajar malaysia baik2 je k! amin~

    ReplyDelete
  2. amin, semoga dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  3. kita kdg2 x pernah puas dgn apa yg kita ada..

    ReplyDelete
  4. dah ramai yg wat entry psl ni.. tp nieza still blur2... adehh..

    ReplyDelete
  5. sbb ape rakyat mesir merusuh? ade mklumat tak?

    ReplyDelete
  6. wanie: itulah sifat manusia, tidak pernah berpuas hati.

    nieza: cuba tengok dan baca berita. ada banyak maklumat

    zen: tengok berita harian pun boleh. tak pun cari kat google. ramai dah bercerita

    ReplyDelete
  7. sebenarnye nape kat mesir 2 d0h?? x paham.. nak teng0k tv... aq x balik rumah.. nak gugel jari da lemau.. ce cite ce cite...

    ReplyDelete
  8. dilah: sekarang berlaku rusuhan ke atas pemerintahan presiden mesir Hosni Mubarak. Proses penggulingan kuasa dilakukan oleh rakyat-rakyat mesir.

    ReplyDelete
  9. hasnatul: amin, semoga Allah melindungi mereka

    ReplyDelete
  10. aku sangat bersyukur idup di Malaysia.. negara aman makmur.. diekspresikan dlam entry terbaru... :)

    ReplyDelete
  11. memang bersyukur sangat, semoga m'sia yg unik ini terus aman damai.

    ReplyDelete

segala komen anda amat dihargai. jangan takut untuk mencadangkan apa-apa idea yang anda rasakan bagus =)