Assalamualaikum.
Hai, apa khabar?
Minggu akan datang ini adalah antara minggu paling sibuk yang GR akan hadapi.
Jadi, GR nak ambil masa untuk menaip entri pada hari ini sebelum sibuk.
sumber google |
Ok, kalau anda yang membaca perasan, di blog ini GR gunakan bahasa baku tanpa ada singkatan. Mengapa GR buat begitu? Sebabnya GR hendak mengekalkan penggunaan bahasa yang betul di dalam blog ini. Ini bukan bermakna bahasa yang penulis blog lain guna tidak betul ya, cuma blog-blog lain kebanyakannya menggunakan bahasa singkatan dan bahasa santai untuk identiti mereka. Jadi ini salah satu cara GR menggunakan identiti sendiri.
Apabila orang singgah di blog Gedung Rasa ini mereka akan membaca entri yang menggunakan bahasa baku. Jadi, serba sedikit identiti itu ada di blog GR.
GR tahu, memang membosankan bagi sesetengah orang untuk membaca entri atau penulisan yang menggunakan bahasa seperti ini tetapi GR tak kisah kerana GR percaya jika kita mempunyai entri yang bagus orang pasti akan membaca entri kita.
Jadi, GR akan cuba mengekalkan identiti ini sebolehnya.
Sekiranya ada antara anda yang ingin memperkatakan sesuatu mengenai cara GR ini, dipersilakan untuk berbuat sedemikian. GR amat mengalu-alukan.
Sekian sahaja.
wassalam.
nota kaki kiri: semua dengan cara masing-masing =)
5 comments:
huhu..betul2 :)
apa yang betul tu? hehehe
Kekalkan cara begini, bukan semua orang suka dengan singkatan. Font yang begini pun ok..font yang condong dan background warna hijau itu akak tak berapa suka sebab nampak tak serius dengan penulisan. Sebab GR ini akak rasa blog yang mempunyai fakta, jadi kena font yang ada menampakkan sedikit ke'formal'an nya.
yana suka kamo guna bhasa baku....
kak shida: latar belakang hijau? blog ni ke? blog ni latar belakang bukan warna hijau. huhu. tapi terima kasih atas pandangan akak. sangat berharga =)
liyana: terima kasih =)
Post a Comment