commercial break

09 May 2011

UiTM Perlis dan Malam Pertama, Ops!

Assalamualaikum.

Hai, apa khabar semua? Hari ni GR baru selesai menjalani malam pertama, ops, hari pertama untuk latihan praktikum, hehe. Untuk hari pertama, nasib GR agak kurang baik kerana jurutera yang sepatutnya menyelia GR bercuti kahwin hari ini. Jadi, apa aktiviti GR hari ni hanyalah sekadar duduk tanpa berbuat apa-apa melainkan berbual semata-mata. Harap-harap hari esok GR akan dapat turun ke tapak binaan. Tak kisahlah kat mana pun, janji dapat keluar ke tapak binaan. Bukan apa, rasa tak sesuai saja duduk di pejabat, hehe.

sumber google

Ok, apa yang GR ingin ceritakan kali ini ada berkaitan dengan latihan praktikum dan pengajian GR. Tadi semasa duduk di pejabat, GR terfikir, adakah GR dah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan? Adakah benar-benar GR berkemampuan untuk mengaplikasikan teori-teori kejuruteraan di dalam pekerjaan GR seharian nanti? Kadang-kadang risau, sebabnya bila difikirkan kembali selama ni GR hanya mempelajari teori sahaja, tanpa ada pendedahan sebenar. Tambahan pula, bukan semuanya GR ingat, huhuhu. 

Tapi rasanya latihan praktikum ini akan membantu GR untuk mendalami dunia sebenar kejuruteraan. Bagaimana keadaan atau senario sebenar industri yang melibatkan kejuruteraan.

Satu lagi yang GR suka untuk ingatkan kepada diri GR dan juga kepada semua, jangan terlampau berharap supaya kita akan menceburi bidang pekerjaan yang sama dengan apa yang kita pelajari. Tidak semestinya GR belajar di dalam bidang kejuruteraan, GR pasti akan menjadi seorang jurutera, begitu juga sebaliknya dengan kos-kos yang lain. Hidup ini bukan sesuatu yang boleh dijangka. Tengok Lisa Surihani pun ambil jurusan undang-undang, tapi jadi artis kan? Hehehe.

GR tak mahu membebel panjang mengenai perkara ini, sebaliknya apa kata anda baca entri yang INI, untuk penjelasan lanjut. Jangan terkejut jikalau anda di masa depan adalah bukan apa yang anda pelajari di masa sekarang.

uitm perlis
Ok, di sini ada pengumuman khas untuk semua yang bergelar ALUMNI UiTM PERLIS.
GR ada menerima mesej siang tadi, menyatakan ada majlis reunion akan diadakan. Tak tahu lah anda dapat ke tidak. Tapi bagi yang tak dapat mesej tu, di sini adalah butiran mesej yang GR terima:

UiTM Perlis Alumni Reunion 18-23 Mei 2011. Anda dijemput hadir. 
Hubungi:
Pak Long 013-3357363
Nazrin 012-3953157
Nazran 012-6301240
Zawari 019-3394207

Sekian itu sahaja untuk entri kali ini, wassalam.

nota kaki kiri: sekali sekala buat tajuk pelik, hehehe.

3 comments:

@cik_ezati said...

"Bukan apa, rasa tak sesuai saja duduk di pejabat, hehe" berlagak nau hahahah :p:p

Anonymous said...

en gedung baru ari 1st ye. hehe. bdk kejuruteraan kalo dok pejabat rase len mcm je kan? heee

ha a la x tau la nanti bile dh kje adekah kje yg same dlm bidang ke x. ramai je yg lari dr bidang bile dh kje tp ok je. sebenanye pengalaman tu lg best. dapat tau mcm2. =)

GR said...

cik zetty: sungguh ni, bukan berlagak. hehe

silah: hah, tau takpe. rasa tak senang duduk. hehe.
ya, pengalaman tu yang akan mematangkan kita :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails