commercial break

Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

29 January 2011

Bagaimana nak dapatkan Buffered Earning?

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Fuh, lamanya tak kemaskini blog ni. Saya sangat sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar. Projek tahun akhir, ujian, tugasan mingguan. Oh, sangat sibuk ok.
Jadi, adalah kawan budiman saya yang bertanya kenapa tak kemaskini. Orang itu adalah si penggila oreo cik Nieza kita. Saya dah jawab soalan awak kan? hehe
Anda dah turut serta dalam pertandingan saya? Kalau mahu tahu boleh klik pada banner di tepi blog ok. 

Ok, berbalik kepada tajuk entri saya kali ni. Rasanya semua dah tahu mengenai BE ni, cuma cara nak mendapatkannya saja yang masih samar-samar. Saya hendak sarankan kepada anda semua satu tips.

Pertama sekali saya nak ingatkan ini hanya tips yang diamalkan oleh saya dan ianya bukan jaminan anda akan menerima BE selepas melakukan perkara yang saya sarankan. Cuma ianya berbaloi untuk mencuba.
Keduanya, saya bukan penulis blog senior yang boleh dijadikan rujukan tepat. Saya hanya berkongsi apa yang saya pernah buat kepada anda semua.

Sebelum ini, selama saya menulis blog saya tidak pernah menerima sebarang BE.
Tapi, selepas saya membaca blog-blog penulis senior saya telah mencuba satu tips. Alhamdulillah tips itu menjadi sampai hari ini. Apa yang saya lakukan adalah MENGEMASKINI DATA BLOGGER di dalam laman Nuffnang.
Untuk lebih jelas, saya sertakan gambar sekali.

Klik untuk tumbesaran yang sihat dan cergas

Kalau boleh, proses kemaskini ini dijalankan dengan seteliti yang mungkin terutama mengenai blog anda. Lebih bagus kalau anda menulis dengan maklumat yang menarik.
Mengapa? Ini adalah kerana data-data ini akan dilihat oleh pengiklan dan menjadi kayu ukuran samada mereka akan berminat untuk memilih blog anda. Jelas?
Maaf, tapi saya nak kata satu perkara. Rasanya isu trafik tidak menjadi persoalan untuk BE ini kerana trafik di blog saya sendiri sangat rendah dan saya jarang kemaskini blog kerana sibuk. 
Jadi, anda boleh cuba tips yang saya sarankan ini. Jika anda masih ragu-ragu kerana saya orang yang baru, cubalah lihat gambar di bawah ini. 

Cuba tengok tarikh BE pertama saya
Hari ini genap 2 bulan sejak saya mula menerima BE dan BE terbaru yang saya terima adalah pada hari ini setelah satu lagi BE menjadi ME.
Jadi, anda percaya? Terpulang. Saya bukan mahu riak atau menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar berkongsi apa yang saya rasa patut dikongsikan kepada penulis blog yang lain supaya kita sama-sama menerima faedahnya.
Sekian itu sahaja permulaan entri saya sempena cuti raya cina ini. Insyaallah, blog ini akan kembali aktif dalam masa seminggu cuti ini.
Wassalam~~

nota kaki kiri: BE banyak, tapi trafik rendah tidak menjana pendapatan yang banyak :(

09 January 2011

sayang awak

Assalamualaikum.
Saya sayang siapa?
Siapa sayang saya?
Hah, anda jangan fikirlah jawapan soalan tu.
Sebabnya ini bukan saya tanya pada anda.
Cuma hari ni bila saya buka laman Nuffnang dan lihat analisis pelawat, saya terjumpa kata kunci 'sayang awak' sebagai salah satu carian di blog saya.

kata kunci carian di blog saya
Siapa sayang siapa? 
Hanya orang yang mencari itu sahaja yang tahu.

Ok, sekarang saya mahu tanya pada penulis blog yang lain.
Apa maksud bintang yang lebih di ruangan LB tu?
Adakah itu bermaksud iklan di ruangan itu yang paling banyak diklik?
Kalau anda tahu jawapannya, sila tinggalkan komen anda.
Sekadar untuk tahu sahaja, tak ada hadiah yang ditawarkan, hehe.
Sekian, maklumat dari anda membantu saya.
Terima kasih.

nota kaki kiri: tak tahu kena tanya kan?

03 January 2011

Buffered Earning 3

Assalamualaikum.
Saya sedang mencuri masa untuk berada di talian buat seketika.
Hah, saya menggunakan talian internet di restoran makanan segera MO'MEN.
Pernah dengar tak nama restoran ini? Saya baru pertama kali singgah di sini. Restoran ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam, berdekatan dengan tasik Seksyen 7.


Ok, masa yang ada taklah lama sangat. Jadi tak ada perkara panjang yang dapat saya bincangkan.
Cuma, hari ni bila saya buka laman Nuffnang Alhamdulillah, saya dapat kejutan lagi.
Ada satu lagi BE sedang bertapak di blog saya. 
Agak kecewa jugalah tiada talian internet buat masa ni di rumah, jadi mungkin BE yang sedang bertapak ini tidak akan mendatangkan hasil sebanyak mana.
Tapi, bila satu BE menjelma satu lagi BE lama dah pun menjadi ME.
Apa-apa pun terima kasih Nuffnang kerana menambah lagi koleksi BE saya. Tak sangka pula banyak BE yang saya terima ya.

nota kaki kiri:  tak dapat nak menjalankan aktiviti melawat blog kawan-kawan dengan rancak. Insyaallah nanti saya singgah.




31 December 2010

Buffered Earning 2

Assalamualaikum
Alhamdulillah, walaupun blog saya tidak mempunyai trafik yang tinggi tapi saya tetap diberi peluang untuk menerima BE sekali lagi oleh Nuffnang. 
Sebelum ni saya ada dapat 3 BE daripada nuffnang. Tapi sejak siang semalam saya lihat ada satu iklan yang sering terpapar di blog saya tanpa henti sampai waktu saya kali terakhir membuka blog.
Hah, sampai sekarang pun iklan itu masih ada.

Bila tengok laman Nuffnang pagi tadi, betullah sangkaan saya, dapat BE lagi satu. 
Tapi satu daripada BE saya sudah pun menjadi ME. 
Yang ada sekarang masih lagi 3 BE.

hah, inilah BE terbaru yang saya dapat

Terima kasih kepada nuffnang kerana memberi saya peluang untuk menerima BE lagi sedangkan masih ada lagi BE yang berlegar-legar.
Tak sangka pula dapat peluang macam ni walaupun kadar trafik blog saya ni sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan blog-blog yang lain.

Tapi sedikit saya mahu kongsi dengan anda yang inginkan BE daripada Nuffnang adalah salah satu tips yang saya amalkan.
Tipsnya adalah selalulah kemaskini profil anda di dalam laman Nuffnang ya.
Anda boleh kemaskini ruangan Blogger Bio yang tersedia tu dan jawablah seteliti yang mungkin sebabnya data itu akan digunakan oleh Nuffnang untuk ditunjukkan kepada pengiklan yang memilih blog mana mereka mahu.

Setakat ini itu sahaja amalan saya, dan trafik saya juga bukan tinggi, rendah sahaja. Benar kata penulis senior, trafik tak mempengaruhi pemilihan. Sebenarnya banyak lagi tips yang ada tapi saya tak tahu sebab saya tak amalkan. Cuba-cubalah tengok blog yang lebih senior.
inilah BE dan ME yang orang selalu sebut-sebutkan

Ish, sayang juga sebenarnya sebab cuti semester dah hampir habis. Awal semester ni tak dapat nak fokus pada blog, nampaknya sikit sajalah pendapatan saya nanti.
Sekian, sedikit perkongsian daripada saya.

nota kaki kiri: terima kasih nuffnang.

22 December 2010

Buffered Earning

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Bila jalan-jalan di blog orang lain, nampak ramai penulis blog yang bercerita mengenai BE.
Rasanya semua dah tahu mengenai BE bukan. Kalau belum tahu tu, sila lihat SINI.
Saya pun baru dapat lihat dengan sendiri BE di ruangan kempen semalam. Ok jangan gelak sebab baru dapat!
Alhamdulillah, dapat juga merasa. Maklumlah, saya penulis blog baru. Entri juga tak berapa menarik Jadi kesempatan ini dirasakan begitu berharga.

Untuk yang tak tahu, kalau kita menerima BE ianya adalah seperti berikut.

Tapi peratusan tu tetap sikit kalau trafik di blog sikit. 
Nampaknya kena lebih aktif kali ni.
Bagi yang berminat dengan produk-produk yang diiklankan, bolehlah lihat pada iklan tu ya.

Sekian, ucapan TERIMA KASIH KEPADA NUFFNANG.
Jom kita sama-sama tingkatkan trafik.
Mana tau ada rezeki.

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails