Assalamualaikum.
Ketupat. Satu makanan warisan turun temurun yang wajib ada ketika hari raya. Eh? Tak tahulah betul ke tak, hehe. Tapi kalau untuk kampung GR, biasanya memang hidangan wajib kan. Mungkin ada tempat-tempat yang tak sediakan ketupat, tapi digantikan dengan lemang. Ah tak apalah, teruskan saja dengan ketupat, hehe.
Setiap kali menjelang raya, ketupat memang antara hidangan yang akan membuatkan GR bersemangat untuk melantak di pagi raya, hehe. Kalau kat kampung GR, ada 2 jenis ketupat yang akan dihidangkan. 2 ketupat tersebut adalah ketupat lemak dan ketupat tawar. Hah, ada tak antara anda semua yang tahu ketupat lemak? Tak sama dengan ketupat palas, tapi lebih kurang saja dengan ketupat tawar. Ketupat tawar tu kira ketupat biasalah.
Ketupat lemak dibuat biasanya menggunakan pucuk nipah. Hah, tahu tak pokok nipah? Pokok nipah ni ada kat tepi laut saja. Kat tepi rumah pun mungkin ada, tapi dengan syarat rumah tu kat tepi lautlah, hehehe. Laut pun, bukan kat kawasan pantai biasa. Hanya kawasan pantai yang mempunyai pokok bakau. Kalau pantai tanjung bidara atau port dickson tu, jenuhlah nak cari pokok nipah. Tempat orang mandi tak ada tau, jangan cari pulak.
Ok kejap, GR tunjukkan macam mana rupanya pokok nipah tu.
| hah, inilah pokok nipah. |
Hah, kenal tak? Pernah nampak tak? Kalau nak tahu maklumat mengenai pokok nipah, anda boleh baca di sini. Ok, jadi ini adalah bahan utama bagi membuat ketupat lemak ni. Pucuk pokok nipah yang kita akan ambil, akan digunakan untuk membuat sarung ketupat. Tapi, bukan sebarang pucuk yang boleh diambil. Hanya pucuk yang muda, maksudnya dia belum kembang lagi.
| inilah rupa pucuk nipah yang sesuai diambil |
Hah, hanya pucuk yang sebegitu saja yang layak diambil untuk digunakan. Mesti hairan kan, macam mana daripada batang yang serupa buluh tu boleh diambil daun? Hah, daunnya harus dikeluarkan dengan menetak batang itu. Mari, tengok lebih dekat.
| yang ini ketika sedang ditetak |
Hah, kita kena tetak pada batangnya itu, untuk keluarkan daun yang ada. Senang saja kerjanya tu. Tapi jangan pulak tetak bahagian belakang, cuma bahagian depan, yang mempunyai daun saja.
Kalau nak mudah, tetak bagi senget sikit, supaya mudah nak cabut lepas tetak nanti. Ada demo sekali dalam gambar tu, hehe. Selepas tetak tu, maka akan dapatlah hasilnya, daun-daun untuk dibuat sarung ketupat.
| ini dia, daun untuk buat ketupat |
Ok, dah ada bahan utama nak menganyam sarung ketupat. Jadi, bolehlah diteruskan dengan prosedur itu. Masalahnya, sarung ketupat belum sempat anyam lagi sekarang ni, tak boleh nak cerita, hehe. Sebab kalau nak seronok, biar ada gambar sekali, baru terang dan jelas kan?
Jadi, GR akan ceritakan sambungannya nanti insyaAllah, untuk cara anyam ketupat (sama je sebenarnya macam ketupat biasa), dan kenapa ianya dipanggil ketupat lemak. Untuk yang dah biasa dengar, makan, tengok dan pegang ketupat lemak ni, diam-diam sudahlah, hehe.
Sekian saja, terima kasih sudi baca. Wassalam.
nota kaki kiri: perasaan nak raya tak kuat tahun ni. emm






