commercial break

19 February 2011

Selipar dia sebelah, selipar aku lagi sebelah

Assalamualaikum.
GR baru balik dari makan di KFC Seksyen 2 Shah Alam.

cari di google mesti jumpa

Tadi sambil makan online sekali.
Bila post kedudukan di mana di ruangan SB, ada juga balasannya.
Disebabkan itu lambat balik dari KFC.
Tengok, betapa terkesannya SB dalam kehidupan GR?

Bila dah seronok melayan komen-komen di SB mula rasa malas nak balik.
Tapi nekad juga untuk balik dan membiarkan komen-komen di SB, hehe.
Selepas selesai GR simpan komputer riba di dalam beg, GR terpandang ke bawah dan perasan sesuatu yang tidak kena.

abaikan kaki yang tak cantik itu

Wah, salah pakai selipar lagi sebelah.
Patutlah ada orang pandang GR pelik je tadi.
Nasib baik jenama dan saiznya sama. Nampak macam fesyen baru je.
Warna hijau atau ungu GR punya? Cuba anda teka, hehe.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: ingatkan ada orang suka, rupanya ada benda tak kena :P

10 comments:

zati said...

hahahahaha aduyaii fit2, dari alam maya sampai ke alam realiti tak habis2 duk buat lawak je kejenya XD

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

sengallah~

Mama Zharfan said...

LOL :) tak per, setakat kuar mkn ajer kan ;)


jom join Heartbeat!

yana said...

hahahhaha..abg fitri xd koje..
p tak silap yana..
skrg mmg ad fesyen selipar g2..
kuang3..

Ifti Larina said...

HAHA. lawak nasib baik nampak cm fesyen baru kan. boleh cover2

SakinaDeen ツ said...

haha, tak sabar sangat nak makan KFC sampai pakai selipar sebelah lain pun tak perasan kan :)Hehe

i am S!L4H.. said...

lohhh gedung..cmane leh ttekua tu?plik la..mse dtg cmane?

kale biru gedung nye ke?haha

izz3™ 2011 said...

ko men gesel2 kaki ptot lahh hahahhaa tertukarrr

Mohd Fitri said...

zati: ini bukan buat lawak, ini memang benar-benar terjadi! :P

mia: ala, tak sengaja kot :)

mama: memang setakat keluar makan, tapi ramai oranglah. malu...

yana: memang fesyen terbaru ni, hehehe

ifti: boleh jadi pencetus fesyen terbaru tak? hehehe

kina: hah, dah lapar sangat kot, tu yang jadi macam tu hehe

silah: masa ambil selipar tak buka lampu, hahaha. kena tekalah warna apa :P

izze: gesel kaki? aku tak buat macam tu lah. hahaha

i am S!L4H.. said...

dh teka la gedung..biru..heee..btol ke x?

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails