commercial break

05 February 2011

Blogger tak berani?

Assalamualaikum.
*pengumuman: perubahan identiti berlaku mulai entri ini.
diilhamkan oleh Mr FB 
  

Hai, apa khabar? Dua hari yang agak meletihkan bagi GR.
Sibuk dengan majlis reunion dan persiapan kenduri.

GR tertarik dengan pernyataan ini:
"Blog juga biasanya di kaitkan dengan dalaman seseorang kerana seseorang di blog biasanya tidak sama ketika di dunia nyata. Kerana mereka2 rasa bila menulis, diri mereka lebih terbuka dan berhasil mengeluarkan idea2 yang menarik berbanding bila berkata2. Keyakinan manusia berbeza waktu menulis dan berhadapan dengan seseorang."
Petikan daripada entri ini yang GR temui melalui segmen dua hari lepas.


antara malu dan mahu :P
GR sendiri mengalami masalah yang sama.
Malu untuk berhadapan dengan orang ramai apatah lagi berucap dihadapan mahupun berbual mesra dengan kawan-kawan baru. Tapi masalah ini dapat diatasi secara perlahan-lahan semenjak GR mula berhijrah melanjutkan pelajaran dan perlu untuk menyesuaikan diri dengan orang lain.

Ya, semasa menulis GR memang berani untuk meluahkan apa sahaja selagi ianya berpatutan bagi GR. Semasa menulis juga GR boleh mengutarakan sesuatu yang kadangkala tak dapat untuk GR lakukan atau katakan di dunia realiti. Mengapa? Ketika menulis, GR tidak merasakan apa-apa halangan yang mampu untuk menghalang jari-jemari ini tetapi jika berhadapan dengan orang lain pula ceritanya. Mungkin atas dasar malu dan tidak yakin itu yang membuatkan perkara ini terjadi.

Sebagai contoh jika di alam maya (facebook sebagai contoh mudah) GR boleh sahaja untuk berbual mesra dan bergurau senda dengan rakan lain walaupun baru menjadi rakan selama 5 minit, tetapi secara realitinya GR susah untuk mesra dengan rakan baru (sesetengah kes berkecuali).
Tapi itu bukan beerti GR tak mesra ya. Jika anda rapat dengan GR, hah mungkin tak larat nak melayan nanti, hehehe.

Apa yang utamanya yang ingin GR katakan adalah, ketika menulis kita mungkin sangat berani dan semua orang mungkin mampu untuk menulis apa yang mereka rasakan dengan yakinnya. Tapi, untuk meluahkannya secara terang-terangan di dunia nyata, tidak semua orang punyai keyakinan yang sama. Sesetengah orang perlukan masa untuk melatih diri mereka untuk jadi begitu. GR sendiri sedang melatih diri untuk menjadi yakin di hadapan orang ramai. Dari sini, kelebihan berhijrah di tempat orang sangat membantu apabila GR ada pengalaman untuk menyesuaikan diri di tempat yang sangat asing persekitarannya.

Jadi, anda penulis blog malahan pembaca juga, adakah mengalami perkara yang sama? Jangan takut untuk mengakui kelemahan kita kerana dari situ kita akan melatih diri untuk memperbaiki kekurangan itu. Kalau boleh, janganlah jadi penulis blog yang terkenal dengan penulisan sahaja. Cubalah jadi penulis blog yang yakin di alam maya dan juga alam realiti itu sendiri.
Sekian sedikit celoteh malam hari.
Wassalam~

nota kaki kiri: awal pagi kena memandu jauh, tapi masih tak tidur lagi =_= 

7 comments:

nub said...

btl3. selalu jadi macam ni kat ramai org.. =)

Zulfikar Hazri said...

sesiapa yg mahu mengenali seseorang yg ade blog, mudah je, bukak blog dia dan bace... anda akan tau apa isi hati kwn atau kekasih anda tu :)

maRShA said...

betul2!! sme la mcm ana.. depan org cm nk tercabut je jntung.. but practice mkes perfect.. skunk dh okay cket... syukur alhamdulillah!! ^^

jemput singgah sini ANASAURUS

Mohd Fitri said...

nub: ya kan, kena ada inisiatif sendiri untuk berubah.

zulfikar: ya, luahan di dalam blog tidak sama dengan luahan secara nyata kepada seseorang.

marsha: ya, berlatihlah secara perlahan-lahan :)

KELI OH KELI said...

biar malu2
biar segan2
kerna malu itu
perisai org beriman...")

EmanCloud said...

aku ok je. depan same dlm blog pon same bagi 5 minit je aku nak kenal org hehe *poyo plak.

pawaih said...

malu ketika diusha oleh pawaih.. haha

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails