commercial break

17 February 2011

Kenapa dia kira kambing?

Assalamualaikum.
Hai, GR tak boleh nak tidur lagi ni. Puas dah golek ke sana sini mata ni asyik melawan kehendak tuan dia saja. Ish, entah mengapakah?
Kalau semalam mengantuk sampai tertidur dengan laptop dan kertas-kertas. Hari ni langsung tak boleh tidur.
Sebab tu GR ambil kesempatan untuk taip satu entri, hehehe. 

Kalau dulu bila tanya saja petua supaya senang tidur, mesti jawapan ini yang paling banyak diterima.
"Kau cuba kira kambing"
Hah, ada yang pernah cuba? GR pernah juga cuba buat, tapi bukan mengantuk malah jadi lagi segar. Sebabnya, duduk memikirkan pengiraan tersebut. Sambil otak berfikir, mana boleh tidur kan?
Jadi, macam mana yang dikatakan mengira kambing boleh tolong kita untuk tidur. Kenapa kira kambing? Bukan ayam atau haiwan lain? 

Ada lagi cara untuk cepat tidur, jangan fikir apa-apa dan pejamkan mata.
Jangan fikir apa-apa? Boleh ke kalau dalam sesaat kita tak berfikir?
Selama ni GR tak pernah tak berfikir, rasanya mengelamun itu pun boleh dikira berfikir juga.
Jadi, bila masanya otak kita ni boleh berhenti berfikir sewaktu kita sedar? Ada sesiapa boleh tolong GR jawab soalan ni ke?

Ok, cukuplah. Lagi banyak fikir untuk entri ini lagi tak mengantuk jadinya.
Harap-harap mata ni boleh mengantuk cepat-cepat, esok kelas pagi. Takut tak sedar nanti.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: kira kambing tak pernah lebih dari 20 dah berhenti =P

8 comments:

mesmerising_wan said...

seribu doblas, seribu tige blas, seribu seridu seribu bape tadi??
he
berangan pun kite berpk gak kan,, xtaw bile kosong minda.,.
time kena pukau kot.. ops!! fobia.

Mohd Fitri said...

fobia? kenapa kau fobia ni? pernah kena pukau ke? :P

Nurul Afifah Addnan said...

geram time mata mmg xboleh tidow..tips kira kambing mmg tobat xjd..

satu..dua..tiga....sok nk g mne ha....shawl tu ad lg x..blog xupdate g..

abes terpesong... =.='

fairuz said...

kire asbestos kat siling bilik. hahah

kedahgurlz said...

xleh tido sebb bnyak berfikir r tu..
cuba wat meditasi..insyaAllah segalanya tenang..
boleh tido dgn aman..^_^

a n a s t a s y e a said...

Kalau tak boleh .. cuba try kira beras ataupun rambut .. sure tertidur nanti .. =)

anastasyea's latest post .. Rindu gaduh dengan Chokilala

i am S!L4H.. said...

haha sy x pnah kire kmbing pon gedung...ngeeee

Mohd Fitri said...

afifah: haha kan, susah nak tidur lagi adalah.

fairuz: sikit sangat nak kira tu, hahaha

nani: solat sunat juga meditasi kan, hehe

anastasyea: kira beras? kalau kira beras nanti dah tertidur siapa nak kemas? haha. rambut susah nak kira =P

silah: tak pernah? cubalah pasti segar mata, hehe

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails