commercial break

15 February 2011

Bagaimana Maulidur Rasul itu?

Assalamualaikum.

sumber google
Salam maulidur rasul daripada GR kepada semua yang membaca entri ini.
Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Apabila tibanya maulidur rasul pasti akan ada aktiviti kerohanian yang diadakan.
Alhamdulillah, ianya sangat bagus.
Kalau dulu waktu bersekolah, pasti GR akan menyertai perarakan maulidur rasul yang diadakan.
Selepas perarakan akan adanya ceramah keagamaan yang menceritakan sirah perjalanan hidup Rasulullah S.A.W, bagaimana peritnya baginda untuk menyebarkan ajaran islam kepada kaum Quraisy.
Bagaimana kuatnya tentangan daripada musuh-musuh islam ketika itu.
Bagaimana tabahnya baginda dalam menyebarkan syiar islam.
Bagaimana indahnya peribadi baginda hingga mampu menarik kaum Quraisy yang ego untuk memeluk agama islam.

Tamat sekolah, aktiviti itu diteruskan dengan menyertai perarakan di peringkat kampung pula.
Di pagi hari, orang-orang kampung GR akan berkumpul di masjid dan memulakan perarakan disertai dengan gema selawat.
Pastinya di kampung lain juga ada melakukan perkara yang sama bukan?
Sempena hari kelahiran baginda ini, GR ingin menanyakan persoalan kepada diri GR dan juga pembaca semua. Kita menyanjungi baginda Rasulullah S.A.W, tetapi sejauh mana kita mengamalkan cara hidup yang diamalkan oleh baginda?

GR tidak ingin berkata panjang, cukuplah sekadar meninggalkan persoalan itu. Fikir dan renungkanlah apa yang GR katakan itu. Pesanan itu untuk GR sendiri dan anda semua.
Berselawatlah kita di hari yang mulia ini tetapi bukannya hanya pada hari ini sahaja selawat itu dilaungkan.
Seeloknya, setiap hari kita berselawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W dan jadikan ianya sebagai amalan harian kita.
GR juga insan yang lemah, jadi sama-sama kita memperingati antara satu sama lain.

sumber google
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: rindukan kehidupan waktu sekolah, meski banyak likunya pengalaman itu tetap berharga

5 comments:

fairuz said...

aku suke nota kaki kau. :)

Mohd Fitri said...

fairuz: jadi, kita mengalami perkara yang sama =)

mesmerising_wan said...

salam maulidur rasul~
g berarak ke? aha

i am S!L4H.. said...

kannn...rindu mse sekolah..ade perarakan.....

Mohd Fitri said...

wan: err, malulah tanya macam tu. =P

silah: ya, memang rindu sangat. rasa macam nak sekolah baliklah. hehehe

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails