commercial break

28 August 2010

Kucing misteri ditemui!!!

"aku jumpa putih dalam keadaan yang kotor dan comot. mak kata, baju yang kotor boleh dicuci.tapi hati yang bersih, sukar dicari"
pernah dengar dialog ni?
kalau pernah, cuba tengok video di bawah ni.

 


selesai tengok? kalau nak tahu, kucing dalam video ni sangatlah comel.
cuba pergi ke laman youtube dan taip di ruangan carian MARU THE CAT
ada banyak video mengenai kucing ni.
bagaimana saya boleh terjumpa MARU ni? facebook. salah satu video di facebook mengenai kucing ni telah tersiar. dan sama juga seperti video diatas, beliau (MARU) sangat comel.
dan saya rasa tuan punya kucing ini sangat bijak kerana telah memanipulasi kecomelan kucing beliau ini.
 cuba klik link di bawah


anda boleh lihat gambar-gambar MARU. malah, tuan punya kucing tersebut telah mengeluarkan beberapa produk seperti buku dan DVD. bijak bukan? tidak mensia-siakan kecomelan semulajadi si MARU ni.
pemilik kepada MARU ni rasanya orang jepun. tak tahu lah bagaimana rupanya. adakah serupa dengan MARU?? perkara ini masih menjadi satu misteri.


SMS: kalau dapat kucing seperti ni, jadi teman tidur la jawabnya. macam bantal. (^_^)



25 August 2010

Sambal Sotong

ASSALAMUALAIKUM
sambal sotong sangat sedap!!
betul tak? kalau sotong itu dipotong secara sama rata, dimasak menjadi sambal, dimakan bersama nasi putih dan limau ais. kawan sebelah pun boleh tak ingat.
eh, kenapa sambal sotong? tak sambal udang?
sebabnya, kisah ini adalah sambungan kisah sotong.
ingat entri sebelum ni? kisah sotong masak kicap, eh sotong halimunan yang menakjubkan.
dan, video yang akan dipaparkan ini adalah kesinambungan kepada kisah si sotong tersebut.
*VIDEO INI HANYA SESUAI DITONTON OLEH ORANG2 YANG CUKUP AKAL SAHAJA. (^_^)


dah tau kenapa sotong sebelum ni jadi halimunan?
sebabnya adalah kebolehan sotong itu sendiri yang dikurniakan dengan kebolehan untuk menyamar kepada bentuk sekitar melalui warna malahan jga rupa. lihat saja bagaimana sotong itu menyamar menjadi terumbu karang. sambil mengerutukan badan beliau.
anda boleh buat?
BERANI BUAT BERANI LIHAT.

23 August 2010

kisah pengembaraan si sotong

ASSALAMUALAIKUM
anda kenal paul si sotong?
hidupan laut paling popular tahun ini.
sotong popular?? kenapa popular??
popularnya si paul ni sebab berjaya meramalkan kemenangan yang tepat bagi setiap perlawanan selepas peringkat kumpulan ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan Jun lepas.
walaupun semua itu sebenarnya adalah kuasa ALLAH.
kalau anda tak ingat, mari saya imbas kembali rupa si paul.


tapi sebenarnya, bukan paul yang menjadi fokus utama entri ni.
persamaan yang ada hanyalah, ianya berkisar mengenai seekor sotong. iya, SOTONG
pernah tengok cerita HOLLOW MAN??  saya tak pernah. (^_^)
tapi saya tahu apa itu hollow man, iaitu lelaki kosong.!?
lelaki halimunan kot..
hah, jangan ingat halimunan itu satu perkara mustahil. 
ada makhluk halimunan kat dunia ni, tapi kita saja yang tak pernah tahu kewujudannya.
tak percaya? cuba saksikan video di bawah.
iya, di bawah ini.


sekarang dah percaya?? alam lautan adalah salah satu alam misteri yang belum dapat diterokai sepenuhnya oleh manusia. tapi, harus kita ingat ini adalah salah satu bukti kebesaran kuasa ALLAH SWT.
jadi, renungkanlah sejenak betapa kerdilnya kita sebagai seorang hamba.
entri seterusnya,saya akan tunjukkan bagaimana sebenarnya sotong ini jadi halimunan.
WALLAHUALAM..

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails