commercial break

27 June 2011

Pakcik, jangan kurang ajar boleh?

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua yang sudi membaca? Adakah anda rindukan entri dari blog ini? (cut the crap please!). Hehe. Blog ini sudah tidak konsisten dalam menghasilkan entri, kerana GR ingin mengambil kesempatan untuk berehat, huhu. Setiap hari kerja, memang tak larat untuk memikirkan idea bagi menulis entri baru. Jadi jangan marah haa.

Biasakah anda dengan ungkapan "yang tua dihormati, yang muda disayangi"? Ya, sekurang-kurangnya anda mesti pernah mendengar ungkapan ini sekali. Anak-anak kecil selalunya dididik untuk menghormati orang-orang yang lebih tua daripada mereka. Kita telah dididik sebegitu sedari kecil lagi bukan? Dulu masa baru nak masuk sekolah, mestilah ada dengar pesanan dari mak ayah.

"Abang, abang kena ingat pesan mak ni. Jangan nakal-nakal kat sekolah, jangan kurang ajar dengan cikgu. Kalau jumpa pakcik-pakcik yang lebih tua tu, jangan lupa tegur. Abang kena hormat dengan orang-orang yang lebih tua tau"

Cikgu-cikgu pun selalu pesan,

"Murid-murid semua, kalau jumpa dengan orang tua apa nak buat?"

"Bagi salam cikgu!!!"

"Bukan bagi salam cikgu, tapi assalamualaikum. Ingat, dalam agama kita disuruh hormat pada orang tua. Jadi murid-murid semua kena hormat pada orang tua tau."

Hah, itu semua hasil tokok-tambah saja, haha. Tapi pesanan lebih kurang macam tu lah kan. Semua diasuh untuk menghormati orang-orang yang lebih tua dari mereka.

Tapi pernahkah anda mendengar, orang-orang tua diasuh sebegini,

"Pakcik dan makcik sekalian, pakcik dan makcik semua seharusnya menyayangi orang-orang yang lebih muda dari kita. Kita inginkan mereka hormat kepada kita, jadi kita juga harus tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Hormat menghormati sesama kita adalah amalan yang mulia"

Hah, pernah tak anda lihat atau dengar situasi macam tu? Mesti tak pernah bukan? Kenapa, mereka yang lebih tua ini inginkan penghormatan daripada orang yang lebih muda, tetapi sukar untuk memberikan rasa hormat kepada mereka? Adakah kerana dasar ego, ataupun mungkin kerana mereka merasakan bahawa orang-orang muda ini tidak berpengalaman seperti mereka?

Apa yang GR nyatakan adalah berdasarkan pengalaman sendiri, apabila orang-orang tua ini sesetengahnya sukar untuk mengalah dengan orang muda. Kadangkala mereka bertegas mengatakan bahawa pendapat mereka adalah benar, dengan alasan pengalaman yang lebih luas, sedangkan pada hakikatnya ketika itu mereka sedang melakukan kesalahan. 

Ya, orang-orang yang lebih tua sememangnya mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam hidup, tetapi manusia tetap juga manusia, pasti melakukan kesilapan. Maka, apalah salahnya jika dilenturkan sedikit rasa ego tu, untuk mengakui kesalahan? 

Satu lagi senario adalah apabila si tua ini merasakan bahawa diri mereka lebih 'superior' daripada orang-orang muda. Pernahkah anda melihat orang-orang yang tua ini memotong barisan anda? Tak kiralah di mana sekalipun. Atau si tua ini mahukan sesuatu daripada orang muda, maka ditinggikan suaranya untuk meminta. GR sendiri baru mengalami peristiwa seperti ini pagi tadi, di mana seorang tua memotong barisan ketika di stesen minyak, malah meninggikan suara dengan petugas kaunter.

Serius, GR tak kisah untuk memberi laluan kepada orang-orang yang lebih tua, tetapi jika dengan cara kurang ajar seperti itu, hati siapa yang tidak terasa? Tolonglah, jika anda mahu dihormati, anda juga harus menghormati orang lain. Lumrah dunia, semuanya datang dengan bayaran. Tiada perbuatan yang tidak menerima balasan. Jadi, jika anda menghormati orang lain, maka orang lain semestinya akan menghormati anda juga.

Pesanan ini adalah untuk semua orang, termasuk GR sendiri, untuk mengingatkan betapa perlunya kita untuk bersikap matang. Janganlah kerana umur lebih tua dari orang lain, maka pendapat orang muda tidak diterima (Orang yang lebih muda semestinya).

Sekian sahaja untuk kali ini, ianya sangat panjang. Jika anda merasakan ianya berbaur kemarahan, ya, memang berbaur kemarahan. Wassalam.

nota kaki kiri: GR masih muda, belum tua! haha

19 June 2011

Maaf, ayah tak ada

Assalamualaikum.

"Maaf sebab ayah tak ada bersama sewaktu pembedahan"

Mesej ini GR terima sewaktu GR terlantar di hospital pada tahun lepas. Ada GR ceritakan di sini serba sedikit. 

Saat menerima mesej ini GR terasa sebak apabila ayah meminta maaf atas ketiadaan dia semasa itu. Hanya emak yang menemani GR di hospital. GR langsung tidak kisah kerana ketiadaan ayah kerana GR memahami keadaannya. Bukan senang bagi ayah GR kerana dia seorang kelasi kapal. Untuk berada di rumah bukanlah satu  pilihan kerana tuntutan kerja memerlukan ayah untuk berada jauh dengan kami.

GR ada ceritakan di sini, bahawa semasa kelahiran pertama emak, iaitu GR sendiri, ayah tidak bersama dengan emak kerana dia sedang bertugas di atas kapal. Biasalah, dalam fikiran mesti akan terfikir mengenai perasaan emak ketika itu. Adakah sedih kerana ayah tiada bersama pada ketika itu? Maklumlah, detik kelahiran bukanlah satu detik yang kecil bagi ibu bapa bukan? 

Tetapi apabila difikirkan balik, jika ditanya persoalan ini, pernahkah orang terfikir, bagaimana perasaan ayah, ketika tiada di saat yang penting dan menggembirakan? Tidakkah ayah berasa bersalah kerana tak ada bersama? Meskipun jujur GR katakan, GR langsung tidak terasa apabila ayah tak dapat bersama kami, kerana GR faham dengan tugas ayah. Tapi, siapa yang dapat menenangkan hati ayah, di sebalik rasa bersalah yang ayah rasa?

Sifat semulajadi bagi seorang ayah, untuk tidak menunjukkan rasa sedih dan risau bukan? Jadi, siapa yang dapat memahami ayah? Begitu juga jika di luar sana, orang sering menyalahkan ayah jika berlaku sesuatu dalam keluarga. Tapi kadang-kadang hakikat sebenar tidak kita ketahui. Tanggungjawab seorang ayah adalah sangat berat dan tidak mudah.

Tugas membimbing keluarga merupakan satu amanah dari Allah. Bukan senang untuk membimbing. GR sendiri sudah merasakan bagaimana susahnya untuk menjadi seorang ayah, kerana GR merupakan pengganti ketika ayah tiada di rumah. Atas alasan itu juga, orang melihat GR sebagai seorang yang serius. Sebenarnya salah satu puncanya adalah kerana GR sudah merasa sedikit bagaimana perasaan untuk menggalas tanggungjawab dalam keluarga. Banyak yang harus dikorbankan. 

Begitu juga bagi seorang ayah, pengorbanan mereka terlalu banyak hanya kerana untuk melihat keluarganya gembira. Percayalah, bahawa ayah anda juga menyayangi anda, biarpun tiada titisan airmata yang anda lihat darinya, tetapi semuanya tersimpan di dalam hati. Jika anda pernah merasakan bahawa ayah anda tidak pedulikan anda, buanglah jauh-jauh perasaan itu, kerana ianya tidak benar.

Sempena Hari Bapa ini, GR ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa di dunia ini, tak kira apa jua bangsa, agama dan di mana tempat anda tinggal. Dan buat ayah, walaupun tidak pernah diucapkan secara terang-terangan, ketahuilah anak-anak ayah sayangkan ayah. Terima kasih kerana menjadi pembimbing kami adik-beradik. Jasa ayah tak terbalas oleh kami. Sekian sahaja, wassalam.


nota kaki kiri: Selamat Hari Bapa =)

18 June 2011

Terima kasih tak terhingga

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? GR baru pulang dari kerja, penat rasanya. Hari ni pelanggan sangat ramai. GR sibuk sejak akhir-akhir ni. Tengoklah, blog pun terabai, tak sempat nak taip entri baru, nak balas komen, nak singgah blog-blog orang lain. Kali ni pun tak ada apa yang ingin GR sampaikan, cuma nak ucapkan terima kasih kepada beberapa orang blogger yang GR rasa merupakan penyokong kuat kepada blog ini. 

Kenapa mereka adalah penyokong kuat? Kerana mereka tidak henti-henti memberi pendapat di ruangan komen, setiap kali ada entri baru. Ada di antara mereka juga merupakan penyumbang trafik kepada blog ini. Jadi, siapakah mereka? Mari tengok sebentar ya:

Blog Silah

Merupakan seorang blogger yang peramah dan mesra. Dia ni tak henti-henti panggil GR gedung, walaupun itu adalah nama samaran lama GR, haha. Terima kasih kerana selalu memberi komen di entri-entri GR. Sekarang dia mengalami masalah talian internet, jadi kurang menaip entri baru.


Ini blogger terkenal, Fairuz

Orang selalu keliru dengan jantina dia ni, lelaki ke perempuan, haha. Itu kena tunggu tuan punya badan yang jawablah ya. Dia merupakan salah seorang penyumbang trafik terbesar untuk blog ini, dan seorang yang mesra juga, agak kurang ajar kadang-kadang, haha (jangan marah aku). Sedang mengalami masalah emosi, jadi GR harap dia dapat tabah dan kembali ceria seperti sedia kala. Minum susu banyak-banyak ok! haha

Ada seorang lagi ni. Dia buat satu segmen blog pilihan, tak sangka blog GR terpilih, huhu. Terima kasih kepada beliau, iaitu:


Terima kasihlah kepada beliau. Blog dia ada cerita mengenai tips-tips dalam blogging. Sila lihat ya semua, sebab rasanya dia ni ikhlas orangnya. Rasanya GR pernah jumpa dia di Shah Alam dulu, masa gathering di Tasik Shah Alam, huhu.

Ok, kenapa semua perempuan pula ni? Haha. Terima kasih kepada semua pembaca yang sanggup membaca blog yang tak seberapa ni. Kepada pembaca senyap, pembaca yang datang tinggalkan komen, pembaca yang datang baca tajuk saja (haha), blogger yang datang meninggalkan jejak, blogger yang meletakkan blog GR dalam senarai blog kesukaan mereka (GR ada jumpa beberapa blog) atau senarai rakan-rakan blogger, rakan-rakan pengikut blog ini, dan kepada semua yang singgah di blog ni, terima kasih tak terhingga dari GR

Kadang-kadang GR tak balas komen, sebab sibuk. Kadang-kadang anda tengok GR tak komen kembali di blog anda, sebenarnya GR buka blog orang yang memberi komen di sini. Cuma nak komen tu kadang-kadang tak tahu nak cakap apa. GR kalau ingin memberi komen di blog orang, selalunya GR akan beri yang berkaitan dengan entri tersebut, dengan pendapat GR sendiri. GR tak akan sesekali hanya meninggalkan komen yang tak berkaitan. Jadi, kalau GR tak komen tu, sebenarnya GR tak tahu nak beri reaksi apa. Jadi, harap semua faham ya.

Ok, aku dah melalut panjang-panjang ni, haha. Itu sahaja untuk kali ini. InsyaAllah, GR akan cuba menaip entri baru sekiranya berpeluang. Sekian, terima kasih =). Wassalam.

nota kaki kiri: GR memang tak pandai nak cakap pendek-pendek, huhu


10 June 2011

Kenapa nasib aku selalu malang?

Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar? 4 hari sudah berlalu selepas entri terakhir GR. Agak lama tak menaip entri baru. Bukannya apa, GR sibuk dengan praktikum. Tambahan pula, semalam adik GR mengalami kemalangan. Syukur alhamdulillah, tidak ada kecederaan parah, walaupun keadaan motor sangat menakutkan. Nak tengok gambar? GR akan tunjukkan di akhir entri ini nanti.

Percaya kepada Qada' dan Qadar adalah salah satu rukun iman


Berapa ramai di antara kita yang sering merungut apabila menerima nasib buruk? Atau mungkin lebih teruk apabila menyalahkan nasib buruk dengan mengatakan bahawa tuhan itu tidak pernah adil dengan diri sendiri? GR juga pernah merungut apabila ditimpa malang. Kadang-kadang penat juga dengan nasib buruk yang menimpa pada waktu kita tidak berupaya untuk menghadapi kejadian tersebut.

Jadi, untuk itu, apa kata kalau kita renung kembali sedalam-dalamnya, satu lagi sisi pandangan di sebalik kejadian buruk atau nasib malang yang menimpa kita.

Cuba renungkan, apabila sesuatu kejadian buruk menimpa kita, apa yang kita akan lafaz atau fikirkan?

"Kenapa semua ni jadi kat aku. Selalu sangat aku ditimpa nasib malang macam ni".

"Tuhan tak adil dengan aku. Kenapa orang lain tak kena, aku saja yang kena?".

"Apa dosa aku, sampaikan aku ditimpa perkara malang macam ni?"

Ok, ada pelbagai lagi kata-kata. Tapi GR senaraikan yang ok sahaja, hehe. Cuba renungkan kembali, ada tak kita merungut sebegitu? GR sendiri pun ada buat, huhu. Tapi, jika dipandang satu sisi lagi, kenapa kita tak mempersoalkan kenapa kita memperoleh atau menerima nasib baik?

Pernah anda dengar kata-kata sebegini?

"Kenapa aku yang terima duit ni?"

"Kenapa aku yang menang hari ni?"

"Kenapa hari ini aku masih hidup?"

"Kenapa aku bernafas lagi hari ni?"

"Kenapa aku ada semua anggota badan?"

"Kenapa aku boleh berfikir dengan waras?"

Pernah tak anda mendengar rungutan yang sedemikian? Pasti tidak pernah bukan? Jadi, jika kita tidak pernah mempersoalkan kebahagiaan yang datang kepada kita, mengapa harus kita mempersoalkan setiap kali kejadian buruk menimpa kita? Cuba fikirkan apa yang GR katakan ini, samada benar ataupun tidak.

Apa yang cuba GR sampaikan adalah, jangan asyik dirungutkan perkara malang yang menimpa, sebaliknya fikirkan disebalik perkara itu. Kadang-kadang ada kesalahan yang kita buat, dan ianya menjadi balasan kepada kita. Kadang-kadang Allah ingin menguji kita, samada mampu untuk bersabar ataupun tidak. Kadang-kadang jua, sesuatu yang buruk itu sengaja ditimpakan ke atas kita untuk dijadikan sebagai pengajaran, supaya kita berubah. Itu adalah perkara yang baik bukan?

Jadi, kepada semua termasuk GR sendiri yang sering merungut ditimpa nasib malang. Apa kata kita ubah pandangan kita. Semoga sama-sama beroleh kebaikan. Tadi GR kata nak tunjuk gambar. Tengoklah kat bawah ni hah:


Ok, sekian sahaja untuk entri kali ni. Harap ada yang berguna untuk semua. Wassalam.

nota kaki kiri: sangat trauma dengan kemalangan =_=

05 June 2011

Mari Belajar Bahasa Jepun bahagian 2

Assalamualaikum w.b.t.

GR baru pulang dari mengikut rombongan menghantar pengantin siang tadi. Dah lama tak ikut rombongan pengantin. Kali terakhir masa majlis kahwin pakcik GR dulu, itu pun lebih kurang 7 tahun lepas kalau tak silap. Meriahnya majlis kahwin rumah tadi, Bila eh GR nak kahwin? Haha. Kawan-kawan GR pun ramai yang dah kahwin ni hah. Asyik datang bawa perut saja pergi majlis orang, hehe.

Anda boleh mulakan dengan bahagian 1 dulu :)
Bahagian 1

Ok, kita teruskan dengan segmen untuk hari ini.

Sensei - Cikgu
Gakusei - Pelajar
Namae - Nama
Mo - Juga
No - Punya (GR akan tunjukkan cara penggunaannya di bawah)
O - Awak (penggunaan untuk penyambungan ayat)

Nombor kita kali ini

11 - juichi
12 - juni
13 - jusan
14 - juyon (sebutannya yong, bukan yon)
15 - jugo
16 - juroku
17 - junana
18 - juhachi
19 - jukyu
20 - niju

Untuk nombor dalam kategori puluh ini, penggunaannya adalah mudah. Hanya dengan menggabungkan 2 nombor tersebut. Contohnya:

21 = 2 (ni) + puluh/10 (ju) + 1 (ichi)
     = nijuichi

31 = 3 (san) + puluh/10 (ju) + 1 (ichi)
     = sanjuichi

anda faham?

ok, perkataan untuk hari ini:

~jin - warganegara (nihon-jin = warganegara jepun)
nani/nan - apa
nani-jin - warganegara apa
shigoto - kerja

Dialog untuk hari ini:

1: O-namae wa nan desu ka
(Nama awak ialah apa?)

2 :Watashi no namae wa GR desu
(Saya punya nama ialah GR)

1: GR-san wa nani-jin desu ka
(GR warganegara mana?)

2: Watashi wa Mareshia-jin desu
(Saya warganegara Malaysia)

1: O-shigoto wa nan desu ka
(Pekerjaan awak ialah apa?)

2: Watashi wa gakusei desu
(Saya ialah pelajar)

1: Watashi mo gakusei desu
(Saya juga pelajar)

2: So desu ka
(Oh, ye ke)

Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam

04 June 2011

Fanatik@Taksub terhadap artis

Assalamualaikum.

Fuh, 2 hari tanpa entri. Malas sebenarnya, hehe. Kata orang kalau malas apa benda pun tak jadi. Jadi memang tak jadi GR nak taip entri baru masa malas, hehe. Hari ni saudara GR akan berkahwin. Majlis nikah dah selesai semalam, tunggu majlis bersanding pula hari ni. Kerahan tenagalah jawabnya sebentar lagi. Ok, GR pun nak taip entri cepat-cepat ni sebenarnya.

Kali ni GR nak sentuh sedikit mengenai tabiat kita dan artis. Boleh tak kalau GR kata artis sangat berpengaruh dalam kehidupan kita? Lihat saja lambakan rancangan-rancangan hiburan, terutamanya rancangan realiti. Bagaimana ramai yang berminat untuk mengikuti perkembangan artis-artis ini setiap malam.

Lihat saja bagaimana tingginya rating rancangan-rancangan gosip, blog-blog yang menceritakan perihal artis, dan semua yang sewaktu dengannya. Bohonglah kalau GR kata GR tak minat langsung pada artis-artis, tetapi tahap ketaksuban itu tidak sama. Kenapa ya, peminat-peminat sangat fanatik dengan artis-artis yang mereka minati (bukan semuanya fanatik)? Kadang-kadang, secara terang-terangan artis itu sudah melakukan kesilapan, tapi masih ada yang mahu membela kesilapan tersebut, atas dasar fanatik.

Ayat yang selalu dikeluarkan:

"Dia tak kacau hidup kau pun kan, kenapa kau nak kacau hidup dia?"

"Itu kan lakonan sahaja"

"Dia punya sukalah nak buat apa pun, itu hidup dia, sibuk kenapa?"

"You don't even know him, so don't say anything about him"

Wah, speaking kau, haha. Ok, kadang-kadang kerana terlampau obses dengan minat kita, kita tak sedar perkara salah yang ada di depan mata kita. Sama juga dengan hobi, kalau dah terlampau minat, berhabis duit pun tak sedar. Situasinya sama. 

Jadi, apa yang ingin GR katakan adalah, tidak perlu untuk kita terlampau fanatik dengan artis-artis ni. Minat sikit-sikit cukuplah, sebabnya tak ada keuntungan pun yang kita dapat kalau kita minat melampau-lampau terhadap mereka. Selalunya artis ni tak kenal pun peminat-peminat dia, kecuali yang benar-benar aktif dan terlibat dengan aktiviti mereka secara langsung.

Selalunya apabila dah fanatik ni, sehingga menidakkan apa yang salah di depan mata. Pantang ada teguran yang dilemparkan terhadap artis tersebut, mesti mahu melenting. Pantang ada berita buruk mengenai tabiat artis itu, mesti tak percaya. Hey, kau juga yang berkata, itu sekadar lakonan saja. Ingatlah, hidup sebagai artis penuh dengan lakonan semata-mata. Kadang-kadang yang baik itupun hanya sekadar lakonan. Baik dalam lakonan tidak semestinya baik di luar lakonan. Kalau jahat juga begitu.

Kalau anda tengok artis itu berpakaian tudung labuh, sopan dan manis dalam lakonan, janganlah terperanjat kalau mereka tidak seperti itu dalam kehidupan seharian. Sudah namanya pun pelakon. Sebab itu juga GR tak  minat untuk memuja walau cerita dakwah sekalipun, sebab itu semua lakonan, tak ada yang betul pun. Tetap ada yang salah dalam filem dakwah (dianggap sebagai dakwah oleh penonton).

Jadi, jika anda mahu jadi fanatik, terpulanglah. Anda mampu untuk menilai baik buruk sesuatu sendiri. Ingat satu perkara. Hidup kita juga adalah pentas lakonan. Skripnya sudah sedia ada, mahu diikut atau tidak, terpulang. Pengarah sudah menyediakan semuanya, kita saja yang perlu untuk berlakon mengikut skrip. Jika lakonan kita baik, kita akan dibayar. Jika tidak, kita akan didenda. 

Sekian sahaja entri kali ini. Salah silap, harap dimaafkan.


nota kaki kiri: bukan seorang pelakon yang baik :(

01 June 2011

#1 Wordless Wednesday

Assalamualaikum


Sekian, wassalam

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails