Assalamualaikum semua.
Apa khabar? GR baru pulang dari kerja, penat rasanya. Hari ni pelanggan sangat ramai. GR sibuk sejak akhir-akhir ni. Tengoklah, blog pun terabai, tak sempat nak taip entri baru, nak balas komen, nak singgah blog-blog orang lain. Kali ni pun tak ada apa yang ingin GR sampaikan, cuma nak ucapkan terima kasih kepada beberapa orang blogger yang GR rasa merupakan penyokong kuat kepada blog ini.
Kenapa mereka adalah penyokong kuat? Kerana mereka tidak henti-henti memberi pendapat di ruangan komen, setiap kali ada entri baru. Ada di antara mereka juga merupakan penyumbang trafik kepada blog ini. Jadi, siapakah mereka? Mari tengok sebentar ya:
Blog Silah
Merupakan seorang blogger yang peramah dan mesra. Dia ni tak henti-henti panggil GR gedung, walaupun itu adalah nama samaran lama GR, haha. Terima kasih kerana selalu memberi komen di entri-entri GR. Sekarang dia mengalami masalah talian internet, jadi kurang menaip entri baru.
Ini blogger terkenal, Fairuz.
Orang selalu keliru dengan jantina dia ni, lelaki ke perempuan, haha. Itu kena tunggu tuan punya badan yang jawablah ya. Dia merupakan salah seorang penyumbang trafik terbesar untuk blog ini, dan seorang yang mesra juga, agak kurang ajar kadang-kadang, haha (jangan marah aku). Sedang mengalami masalah emosi, jadi GR harap dia dapat tabah dan kembali ceria seperti sedia kala. Minum susu banyak-banyak ok! haha
Ada seorang lagi ni. Dia buat satu segmen blog pilihan, tak sangka blog GR terpilih, huhu. Terima kasih kepada beliau, iaitu:
Terima kasihlah kepada beliau. Blog dia ada cerita mengenai tips-tips dalam blogging. Sila lihat ya semua, sebab rasanya dia ni ikhlas orangnya. Rasanya GR pernah jumpa dia di Shah Alam dulu, masa gathering di Tasik Shah Alam, huhu.
Ok, kenapa semua perempuan pula ni? Haha. Terima kasih kepada semua pembaca yang sanggup membaca blog yang tak seberapa ni. Kepada pembaca senyap, pembaca yang datang tinggalkan komen, pembaca yang datang baca tajuk saja (haha), blogger yang datang meninggalkan jejak, blogger yang meletakkan blog GR dalam senarai blog kesukaan mereka (GR ada jumpa beberapa blog) atau senarai rakan-rakan blogger, rakan-rakan pengikut blog ini, dan kepada semua yang singgah di blog ni, terima kasih tak terhingga dari GR
Kadang-kadang GR tak balas komen, sebab sibuk. Kadang-kadang anda tengok GR tak komen kembali di blog anda, sebenarnya GR buka blog orang yang memberi komen di sini. Cuma nak komen tu kadang-kadang tak tahu nak cakap apa. GR kalau ingin memberi komen di blog orang, selalunya GR akan beri yang berkaitan dengan entri tersebut, dengan pendapat GR sendiri. GR tak akan sesekali hanya meninggalkan komen yang tak berkaitan. Jadi, kalau GR tak komen tu, sebenarnya GR tak tahu nak beri reaksi apa. Jadi, harap semua faham ya.
Ok, aku dah melalut panjang-panjang ni, haha. Itu sahaja untuk kali ini. InsyaAllah, GR akan cuba menaip entri baru sekiranya berpeluang. Sekian, terima kasih =). Wassalam.
nota kaki kiri: GR memang tak pandai nak cakap pendek-pendek, huhu
2 comments:
nak singgh blog mereka juga..hehe
silakan :)
Post a Comment