commercial break

10 June 2011

Kenapa nasib aku selalu malang?

Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar? 4 hari sudah berlalu selepas entri terakhir GR. Agak lama tak menaip entri baru. Bukannya apa, GR sibuk dengan praktikum. Tambahan pula, semalam adik GR mengalami kemalangan. Syukur alhamdulillah, tidak ada kecederaan parah, walaupun keadaan motor sangat menakutkan. Nak tengok gambar? GR akan tunjukkan di akhir entri ini nanti.

Percaya kepada Qada' dan Qadar adalah salah satu rukun iman


Berapa ramai di antara kita yang sering merungut apabila menerima nasib buruk? Atau mungkin lebih teruk apabila menyalahkan nasib buruk dengan mengatakan bahawa tuhan itu tidak pernah adil dengan diri sendiri? GR juga pernah merungut apabila ditimpa malang. Kadang-kadang penat juga dengan nasib buruk yang menimpa pada waktu kita tidak berupaya untuk menghadapi kejadian tersebut.

Jadi, untuk itu, apa kata kalau kita renung kembali sedalam-dalamnya, satu lagi sisi pandangan di sebalik kejadian buruk atau nasib malang yang menimpa kita.

Cuba renungkan, apabila sesuatu kejadian buruk menimpa kita, apa yang kita akan lafaz atau fikirkan?

"Kenapa semua ni jadi kat aku. Selalu sangat aku ditimpa nasib malang macam ni".

"Tuhan tak adil dengan aku. Kenapa orang lain tak kena, aku saja yang kena?".

"Apa dosa aku, sampaikan aku ditimpa perkara malang macam ni?"

Ok, ada pelbagai lagi kata-kata. Tapi GR senaraikan yang ok sahaja, hehe. Cuba renungkan kembali, ada tak kita merungut sebegitu? GR sendiri pun ada buat, huhu. Tapi, jika dipandang satu sisi lagi, kenapa kita tak mempersoalkan kenapa kita memperoleh atau menerima nasib baik?

Pernah anda dengar kata-kata sebegini?

"Kenapa aku yang terima duit ni?"

"Kenapa aku yang menang hari ni?"

"Kenapa hari ini aku masih hidup?"

"Kenapa aku bernafas lagi hari ni?"

"Kenapa aku ada semua anggota badan?"

"Kenapa aku boleh berfikir dengan waras?"

Pernah tak anda mendengar rungutan yang sedemikian? Pasti tidak pernah bukan? Jadi, jika kita tidak pernah mempersoalkan kebahagiaan yang datang kepada kita, mengapa harus kita mempersoalkan setiap kali kejadian buruk menimpa kita? Cuba fikirkan apa yang GR katakan ini, samada benar ataupun tidak.

Apa yang cuba GR sampaikan adalah, jangan asyik dirungutkan perkara malang yang menimpa, sebaliknya fikirkan disebalik perkara itu. Kadang-kadang ada kesalahan yang kita buat, dan ianya menjadi balasan kepada kita. Kadang-kadang Allah ingin menguji kita, samada mampu untuk bersabar ataupun tidak. Kadang-kadang jua, sesuatu yang buruk itu sengaja ditimpakan ke atas kita untuk dijadikan sebagai pengajaran, supaya kita berubah. Itu adalah perkara yang baik bukan?

Jadi, kepada semua termasuk GR sendiri yang sering merungut ditimpa nasib malang. Apa kata kita ubah pandangan kita. Semoga sama-sama beroleh kebaikan. Tadi GR kata nak tunjuk gambar. Tengoklah kat bawah ni hah:


Ok, sekian sahaja untuk entri kali ni. Harap ada yang berguna untuk semua. Wassalam.

nota kaki kiri: sangat trauma dengan kemalangan =_=

7 comments:

Fairuz Zainal said...

ok ok bersyukurrrr. alhamdulillah. eh adik kau ok tak?

Anonymous said...

betul gr.. kite selalu rase mcm tu. selalu nak mempersoalkan ketentuan Tuhan. =(

apelah yg ade pd diri kite ni. semuenye milik Dia.

time kasih gedung kongsi entri mcm ni.

oh! teruknye moto. orgnye teruk mcm tu ke? errr nak luluh jantung tgok eksiden. :-s

Datin Tyka said...

MasyaAllah ., GR ok kan.. sabar ye.. pasti ada hikmah setiap yg berlaku

Heziqa Yoo said...

alhmdulillah!naseb baek tak teruk,laen kali kalaw bawak make sure carefully lebih,sebab motor nih orang selaloo tak nampak,pastu jgn nak nyelit je keje,bahaya taw :) p/s:semoga cepat sembuh

Admin said...

Salam.
Bagus kalau kita tersedar dari kita tak sedar-sedar. Berubah atau tidak, seperti juga dalam entri2 saya .. kita wajib ingat mengingati, berubah atau tidak, itu kerja Allah Taala untuk memberikan petunjuk dan hidayah. Banykkan bersabar dan berdoa.

http://www.hasrulhassan.com

fyna ahmad said...

nice entry...
:)

GR said...

fairuz: alhamdulillah, tak ada apa-apa yang parah.

silah: bagus, sama-sama kita mengingati. adik tak seteruk seperti motor, alhamdulillah.

tyka: GR tak apa-apa, adik yang kemalangan. apapun terima kasih juga :)

heziqA: alhamdulillah, GR tak kemalangan, adik yang kemalangan. apapun terima kasih juga ya :)

hasrul: waalaikumsalam. terima kasih atas peringatan yang berguna :)

fyna: terima kasih juga :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails