commercial break

23 July 2010

Menjerit jom!!


video 
assalamualaikum.
dah tengok video di atas? so, apa pendapat korang? cool kan? hehe..
actually, video ni adalah mengenai TACOMA NARROW BRIDGE yang terletak di US.
kejadian ngeri ini berlaku pada 7 November 1940, selepas 4 bulan dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
uniknya, jambatan ini runtuh kerana angin selaju 42mph walaupun secara asasnya jambatan ini dibina dengan kebolehan untuk menahan angin selaju 120mph.
kejadian ini adalah salah satu sejarah runtuhan yang terburuk dalam dunia pembinaan.
kesilapan pada binaan ini adalah pada kebolehan aerodynamicnya yang yang membolehkan ia runtuh.
binaan seperti ini yang panjang dan tergantung seharusnya membenarkan angin untuk menembusi supaya ia tidak memberi kesan pergerakan.



apa-apa pun, perkara dah pun berlaku kan? at least, mereka dah dapat contoh untuk mengelakkan kesilapan seperti ini daripada berulang. so, betullah kata orang setiap yang berlaku ada hikmahnya. hehe.
lagipun, jambatan ni dah pun dibina semula dengan struktur yang selamat. tak ada dah rasa goyang-goyang.

 

tapi jangan pulak lupa, tak mustahil kejadian ini boleh berulang kalau ALLAH mahu ia terjadi semula. ye dok??

sekian, itu saja coretan kala ini..
wassalam.

22 July 2010

S.I.N.A.R

aku seorang pemerhati. bila berjalan aku akan memerhati keadaan sekeliling.
perkara yang paling aku suka adalah memerhati keindahan alam sekitar.
LAUTsangat menenangkan aku. bila aku berada di laut yang berombak, aku melihat situasi itu sebagai cermin yang menggambarkan kehidupan aku. kehidupan yang adakala tenang dan adakala bergelora.
bila aku melihat pasang surut air laut, gambaran itu seakan memberitahu kisah kehidupanku yang kadangkala penuh dengan pengertian dan adakalanya juga kosong tanpa isi.

MATAHARI mengkagumkan aku bila mana sinar mentari mencecah ke lantai bumi.
cahayanya yang bersinar terang dan gah memberi pelbagai manfaat kepada kita sambil ianya terus membakar tidak kira waktu untuk menyinari sehingga satu masa nanti khidmatnya pasti tamat.
tapi satu perkara yang pasti aku ingat adalah semua ini hanya nikmat sementara yang dipinjamkan kepada kita daripada YANG MAHA ESA.















INFO-INFO MENARIK MENGENAI MATAHARI:
  1. Seperti mana yang diketahui, matahari adalah salah satu daripada ribuan bintang yang wujud di alam semesta.
  2. Matahari adalah salah satu daripada 6000 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar dari bumi.
  3. Jisim matahari adalah seberat 2 trilion trilion trilion tan
  4. Bumi menerima sebanyak 94 bilion megawatt tenaga daripada matahari yang menyamai 40000 kali ganda kuasa yang diperlukan di AMERIKA SYARIKAT
  5. Jika hanya satu titik bahan dari teras matahari jatuh ke muka bumi, tiada kehidupan yang akan terselamat dari kesannya dari jarak 150 km dari titik tersebut.
  6. Diameter matahari adalah bersamaan dengan diameter 109 bumi
  7. Seseorang yang mempunyai berat 60kg di bumi, akan mempunyai berat sebanyak 1680 kg di matahari.
sekian, sedikit info untuk hari ini.
wassalam

assalamualaikum

i'm here for today to declare that this blog is now publish.
and i'm one kind of person who does what he want.
to all those bloggers who reach this page, just leave your trace and i will come to yours.

this very first post of mine would be just to announce this.
i really wanted to be a good blogger.
just wait for my entries and i hope future coming entries of mine would reach the heart of the readers. thank you..

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails