aku seorang pemerhati. bila berjalan aku akan memerhati keadaan sekeliling.
perkara yang paling aku suka adalah memerhati keindahan alam sekitar.
LAUTsangat menenangkan aku. bila aku berada di laut yang berombak, aku melihat situasi itu sebagai cermin yang menggambarkan kehidupan aku. kehidupan yang adakala tenang dan adakala bergelora.
bila aku melihat pasang surut air laut, gambaran itu seakan memberitahu kisah kehidupanku yang kadangkala penuh dengan pengertian dan adakalanya juga kosong tanpa isi.
MATAHARI mengkagumkan aku bila mana sinar mentari mencecah ke lantai bumi.
cahayanya yang bersinar terang dan gah memberi pelbagai manfaat kepada kita sambil ianya terus membakar tidak kira waktu untuk menyinari sehingga satu masa nanti khidmatnya pasti tamat.
tapi satu perkara yang pasti aku ingat adalah semua ini hanya nikmat sementara yang dipinjamkan kepada kita daripada YANG MAHA ESA.
INFO-INFO MENARIK MENGENAI MATAHARI:
- Seperti mana yang diketahui, matahari adalah salah satu daripada ribuan bintang yang wujud di alam semesta.
- Matahari adalah salah satu daripada 6000 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar dari bumi.
- Jisim matahari adalah seberat 2 trilion trilion trilion tan
- Bumi menerima sebanyak 94 bilion megawatt tenaga daripada matahari yang menyamai 40000 kali ganda kuasa yang diperlukan di AMERIKA SYARIKAT
- Jika hanya satu titik bahan dari teras matahari jatuh ke muka bumi, tiada kehidupan yang akan terselamat dari kesannya dari jarak 150 km dari titik tersebut.
- Diameter matahari adalah bersamaan dengan diameter 109 bumi
- Seseorang yang mempunyai berat 60kg di bumi, akan mempunyai berat sebanyak 1680 kg di matahari.
wassalam
No comments:
Post a Comment