commercial break

31 December 2010

Tahun Baru Masihi Bakal Tiba

Assalamualaikum.

sewa dengan pakcik google

Kita bakal menyambut tahun baru pada esok hari.
Azam tahun baru saya? Saya dah rancang ketika Maal Hijrah 1432 yang lepas.
Jadi, tidak perlu rasanya azam untuk yang ini.

Malam ini pasti heboh dengan menu sambutan tahun baru.
Hidangannya, nyanyian artis, letupan bunga api besar-besaran, aktiviti merempit mat-mat motor, laungan dan jeritan anak muda malah yang tua yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk tahun 2011 yang bakal menjelma. 
Nah, hidangan yang sangat menarik bukan? Hidangan istimewanya akan menjelma di muka-muka akhbar keesokan harinya. Pasangan itu dan pasangan ini ditangkap berkhalwat selepas sambutan tahun baru.
Saya bangga dengan anak muda Malaysia! Tidak pernah gagal untuk memenuhi ruang berita setiap kali menjelang sambutan-sambutan besar.

Ok, saya tidak menafikan bahawa dulu semasa zaman tidak cukup matang saya juga teruja dengan sambutan-sambutan seperti ini. Perasaan membuak-buak untuk turut serta. Alhamdulillah, baru sekali sambutan kemerdekaan dan sekali sambutan tahun baru saya sertai. Itupun hanya sekadar duduk memerhati gelagat anak muda kita yang sangat berwawasan.

*mengeluh seketika
Sampai bila ya akan berterusan senario ini? Sebenarnya saya tertanya-tanya juga penting ke sambutan besar-besaran ini? Kononnya sebagai tanda untuk melangkah ke era yang lebih baik, maka seharusnya kita laungkan gemaan semangat kita secara kuat. Hah, jujur saya merasakan semua ini sebenarnya sia-sia. Ok, ini pernyataan sinis sahaja. "Dia pun sama. Tak payah kata orang lainlah. Konon-konon tak suka" pasti ada bicara sedemikian tatkala membaca keluhan saya. 

Laungan semangat untuk menjadi lebih baik pada tahun akan datang bergema dengan kuat! Tetapi sebelum melangkah ke arah yang lebih baik itu kita sudahkan dahulu kesalahan-kesalahan yang ada. Biar tahun akan datang kesalahan tak akan diulang lagi. Nah, inilah dia sebenarnya yang berlaku. 
Itu yang terhasilnya kes-kes maksiat di malam sambutan, kes-kes mat rempit bermaharajalela.

Cubalah ya fikirkan mengenai apa yang saya katakan ini.
Terima hakikat bahawa ini senario sebenar yang berlaku. 
Maju? Itu yang kita tuju, tapi disebalik kemajuan terserlah kejahilan. 

Anda bangga? Saya juga bangga!!

nota kaki kiri: hakikat memang selalunya pahit untuk diterima

Buffered Earning 2

Assalamualaikum
Alhamdulillah, walaupun blog saya tidak mempunyai trafik yang tinggi tapi saya tetap diberi peluang untuk menerima BE sekali lagi oleh Nuffnang. 
Sebelum ni saya ada dapat 3 BE daripada nuffnang. Tapi sejak siang semalam saya lihat ada satu iklan yang sering terpapar di blog saya tanpa henti sampai waktu saya kali terakhir membuka blog.
Hah, sampai sekarang pun iklan itu masih ada.

Bila tengok laman Nuffnang pagi tadi, betullah sangkaan saya, dapat BE lagi satu. 
Tapi satu daripada BE saya sudah pun menjadi ME. 
Yang ada sekarang masih lagi 3 BE.

hah, inilah BE terbaru yang saya dapat

Terima kasih kepada nuffnang kerana memberi saya peluang untuk menerima BE lagi sedangkan masih ada lagi BE yang berlegar-legar.
Tak sangka pula dapat peluang macam ni walaupun kadar trafik blog saya ni sangat sedikit kalau nak dibandingkan dengan blog-blog yang lain.

Tapi sedikit saya mahu kongsi dengan anda yang inginkan BE daripada Nuffnang adalah salah satu tips yang saya amalkan.
Tipsnya adalah selalulah kemaskini profil anda di dalam laman Nuffnang ya.
Anda boleh kemaskini ruangan Blogger Bio yang tersedia tu dan jawablah seteliti yang mungkin sebabnya data itu akan digunakan oleh Nuffnang untuk ditunjukkan kepada pengiklan yang memilih blog mana mereka mahu.

Setakat ini itu sahaja amalan saya, dan trafik saya juga bukan tinggi, rendah sahaja. Benar kata penulis senior, trafik tak mempengaruhi pemilihan. Sebenarnya banyak lagi tips yang ada tapi saya tak tahu sebab saya tak amalkan. Cuba-cubalah tengok blog yang lebih senior.
inilah BE dan ME yang orang selalu sebut-sebutkan

Ish, sayang juga sebenarnya sebab cuti semester dah hampir habis. Awal semester ni tak dapat nak fokus pada blog, nampaknya sikit sajalah pendapatan saya nanti.
Sekian, sedikit perkongsian daripada saya.

nota kaki kiri: terima kasih nuffnang.

Hutang sangat banyak

Assalamualaikum, sekarang sewaktu saya menaip entri ni jam sudah menunjukkan pukul 12.11 pagi. 
Saya dah banyak berhutang ni. Bukan hutang duit, bukan hutang budi, tapi hutang tag. 
Banyak sangatlah nak diselesaikan. jadi saya cuba untuk selesaikan satu-persatu yang mana saya mampu.

 Yang pertama, tag daripada Cik Ida kita ni hah. Sebenarnya dah lama dia tag saya, baru hari ni dapat jawab. Maaf ya sebab lambat. Ok, mari kita tengok apa yang ada

1) adakah anda rasa anda HOT ?
Fokus saya agak terganggu bila ditanya soalan sebegini, haha. Jawapan saya adalah saya sebenarnya langsung tidak hot ok. Kalau anda kenal saya bagaimana, anda akan tahu.

2)update wallpaper yg anda guna sekarang?
Mungkin, kalau saya dah bosan nanti. Ni pun baru tukar sebenarnya, hehe.

3)cerita about this wallpaper.
Ringkas, seringkas jawapan saya ni.

4)kali terakhir makan pizza?
Tahun lepas.

5)lagu terakhir yang anda dengar
Turn It Off oleh paramore

6)apa yang anda buat semasa selesaikan tag ni ?
Menaiplah, sambil muka berkerut-kerut

7)selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa ?
Saya bangga dengan nama saya sendiri

8) tag 5 orang :
Mra 

9)siapa orang no.1 dengan anda ?
Rakan dari sekolah rendah sampai sekarang :)

10)katakan sesuatu pada orang no 5
Selamat pagi.

11)nombor 3 ade hubungan dengan siapa
Kawan sekelas saya

12)bagaimana pula no. 2?
Juga kawan sekelas saya beserta rakan serumah

13)katakan cinta kepada orang no.4
Tak boleh, ada panda yang akan marah saya nanti

14) berikan 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag:
2 orang berumur 22 tahun
dua orang berumur 21 tahun
Jejaka-jejaka yang ditag semua hebat
2 Gadis yang ditag comel! (tak ikhlas, betul tak ikhlas =P)

Ok dah sudah. Ada lagi 2 3 tag nak jawab. =_=

Yang ni, anugerah untuk saya ditag oleh Cik Ida  juga. Adakah beliau peminat saya? Ok, itu pernyataan sengal!


1)sejak bile korang mula berblogging ?
Januari 2010

2)mengapa korang berblogging ?
Sebab terpengaruh dengan kawan-kawan pada awalnya, tapi sekarang dah serius ok dalam berblogging ni!

3)korang selalu wat entry mengenai apa ?
Saya tak ada tema khusus, apa yang terlintas itu yang akan saya sampaikan

4)suke blogwalking tak? nyatakan sebab :
Suka, tapi bergantung pada emosi.
Sebab apa saya suka, sebab berjalan jauh tanpa mengeluarkan peluh.

5) last question.ape pendapat korang mengenai saya ? -yg bagi korang award ni..
Dia kelihatan seperti seorang yang ceria dan mudah berkawan. Harap teruskan sikap yang baik ni. hehe

Tag 10 orang?
10 orang sikit sangat, jadi semua pengikut saya boleh ambil anugerah ini ya. 


Hah, ada lagi tag ni ingatkan dah habis.

Saya dianugerahkan anugerah ini oleh Cik Fatin

Untuk menerima anugerah ini, saya harus menjawab beberapa soalan:

1. SIAPA PEMBERI AWARD INI?
Cik Fatin, seorang penulis blog dari Melaka. Saya jumpa beliau semasa blogwalking dan ada kisah disebaliknya, tak payah tahulah, hehe.

2. APA KOMEN ANDA TERHADAP BLOG YANG MEMBERI AWARD INI
Gambar latar belakang blog beliau sangat ringkas dan beliau tak ada letak widget-widget yang berat jadi blog beliau mudah kalau nak singgah.

3. AYAT YANG ANDA SELALU TINGGALKAN DI SHOUTMIX ORANG
Ikut emosi, kalau tengah baik ayat mesti berbunga-bunga. Kalau biasa-biasa ada perkataan Ziarah atau Singgah.

Tag 5 Blogger lain?
sama juga, 5 orang sikit sangat, jadi semua pengikut saya boleh ambil anugerah ini ya. 
Ok dah selesai. Penat jawab ni, boleh belanja saya aiskrim tak?

30 December 2010

promosi bahagian tujuh (akhir)

Assalamualaikum. 
Bahagian ini adalah bahagian terakhir segmen promosi blog oleh saya.
Sebelum tu saya nak minta maaf sebab bahagian yang terakhir ini tidak serupa dengan bahagian-bahagian sebelum ni kerana saya mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan. Tapi, apa-apa pun saya tetap juga mempromosikan semua blog yang ada cuma dengan cara yang sedikit biasa.

tak mintak, google bagi juga
Ok, di bawah adalah senarai blog-blog yang terakhir untuk segmen promosi saya.

Kenapa anda perlu singgah sini? Hah, sebab tuan punya blog ni adalah seorang yang comel dan peramah serta beliau adalah bekas jiran saya di Shah Alam. Orangnya kecil sahaja dan agak petah bila berkata-kata. Entri yang saya rasa anda patut baca dalam blog ini adalah bercerita tentang hobi. Hah, kalau anda tengok hobi beliau ni agak menarik jugalah. Saya pun tak sangka, selama kenal dia ni dia ada hobi begini.


Blog ini menarik sebab saya suka tengok template yang beliau gunakan. Ala-ala pink, terserlah sifat keperempuanan beliau, hehe. Kali pertama saya singgah di blog beliau adalah ketika entri contest makan ayam. Hah, masa tu tengok gambar beliau makan ayam nampak sangat tengah kawal keayuan tu. Kalau tak silap, beliau menang contest ni. Seingat sayalah.


Hah, dia ni saya mula-mula kenal masa masuk kumpulan Blogger Tercinta Official (BTO). Masa tu saya hairan juga tengok, asyik-asyik minta 20sen mamat ni. Tapi bila dah borak dengan ahli-ahli kumpulan tu memang seronok. Dia ini agak gila sedikit. Kalau nak kenal dengan dia sila masuk kumpuan BTO ok. Entri dia yang menarik adalah fobia itu apa? Hah, entri yang ni saya suka, jadi anda cubalah tengok mana tau anda juga suka.


Ok, cuba masuk blog ini, tengok ada daun-daun gugur, cantik. Blog ini adalah mengenai perkhidmatan katering. Jadi, kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah boleh cuba ke blog ini ya. It's western time, kata mereka dalam entri ini. Ada gambar-gambar masakan mereka. Saya tengok pun boleh jadi lapar balik ni.


Hah, ini blog Cik Farah Nordin kita ni hah. Kebanyakan entri-entri beliau adalah mengenai kehidupan beliau. Sekali-sekala kalau kita tengok kitar hidup orang lain pun bagus juga, mana tau boleh jadikan pedoman. Blog dia pun cantik juga, secantik orangnya. Tapi jangan kacau ya, dah berpunya tu, hehe. Ok, cuba tengok entri selamat bertunang ni. Bila tengok gambar-gambar dari entri tu buatkan saya rasa nak bertunang cepat pula, hehe.


Hah, blog si Iz ni sangat kemas. Tengok tersusun dengan rapi blog dia. Sejuk hati bila buka. Taklah serabut dengan pelbagai widget dan segala bagai kan. Jadi, bila buka pun mudah. Entri-entri beliau juga bagus. Tapi yang paling saya suka apabila beliau meluahkan pendapatnya dalam entri mari kongsi pendapat. Bila baca entri ni, terserlah sifat beliau yang peka dengan isu-isu semasa.


Hah, ni blog adik kita Alyah. Baru saja selesai PMR. Nak tahu keputusan? Kena tanya pada tuan badanlah ya. Beliau pun ahli BTO juga. Blog si budak kecil ni cantiklah, saya suka, hehe. Masa mula-mula dia beritahu tukar template, buka blog dia je dah terpegun. Kalau tak percaya, silalah datang. Entri dia yang bertajuk sekali-sekala nak juga berjalan di taman bersama mama tersayang patut anda baca. Tajuk dia memang panjang kan? Nak tahu apa yang ada silalah baca ya.


Blog ini sangat menyejukkan hati. Nama blog pun sedap dibaca, Bahtera Seorang Hamba. Banyak sangat entri-entri menarik dan berguna untuk kita semua. Kalau tak percaya, cuba singgah di blog ni. Entri yang menyentuh hati saya adalah doa dari sahabat, sebab saya seorang yang sangat menghargai sahabat-sahabat saya. Jika anda juga sama seperti saya, cubalah ya baca entri itu.


Hah, blog ni pun comel juga. Dengan header gambar anime yang ala-ala romantis tu, ditambah lagi dengan warna latar belakang yang pink, memang comel blog ni. Tambah lagi, beliau letakkan lagu salah satu kugiran kegemaran saya iaitu Paramore, Turn It Off. Bertambah-tambahlah sokongan saya pada dia ni, hehe. Jadi, saya rasa anda boleh baca entri maria elena oleh beliau. Ada video sekali, kebetulan siang tadi baru kali pertama saya singgah di blog Maria Elena tu. Jadi, apa kata anda lihat blog ini juga ya.

Sekian, promosi terakhir dari saya. Saya nak ucap terima kasih pada semua yang mengambil bahagian dalam segmen saya ni dan minta maaf untuk sembilan penulis blog terakhir yang tidak dapat diletakkan dalam entri serupa dengan penulis blog yang lain. 
Sekian, wassalam

nota kaki kiri: berusaha keras melawan masalah emosi yang sedang melanda. tolong doakan saya supaya dapat melawan masalah ini ya.

29 December 2010

promosi bahagian enam

Assalamualaikum

kali ni saya tak curi, tapi pinjam
BAHAGIAN SATU

"Eh, dah pukul 4.30 lah. Lama sangat aku kat Coffee House ni. Baik aku balik" bisik Sharifah yang sedari tadi asyik leka melayari internet. Dia mengemas komputer ribanya dan bergerak pulang. Sedang dalam perjalanannya untuk ke tempat meletak kereta, dia terlihat seorang perempuan tua dalam keadaan tak terurus sedang berjalan.

Makcik itu bernama Fitria, seorang perempuan tua berumur dalam lingkungan 50-an. Kelihatan tidak terurus, dia melangkah tanpa arah tujuan. Apabila dilihatnya seorang perempuan dalam lingkungan 30-an keluar dari kompleks membeli-belah itu, dia menuju ke arah mereka. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" orang tua itu meminta. "Ish, betul ke tak betul makcik ni. Mintak duit nak makan KFC. Baik aku kenakan dia balik" perempuan itu, Mz merancang sesuatu. "Makcik, makcik nak makan KFC ya? Saya ni duit tak ada sangatlah nak bagi. Tapi saya ada benda yang lebih baik dari tu" Mz berbicara sambil tersenyum. Makcik Fitria memandang terkebil-kebil tanda tidak memahami, namun dia tetap menanti. "Macam ni makcik, saya ada buku ni, buku mengenai petua cirit-birit. Ada lagi banyak buku makcik. Makcik nak tak? Saya sebenarnya penjual buku" tanpa rasa simpati Mz mempromosikan buku-bukunya. Orang tua itu terkulat-kulat memandang. Dia hampa memikirkan situasi itu. Lalu dia beredar tanpa sepatah bicara. "Agaknya perempuan tu tak betul ke. Dia tengok aku ni macam mampu beli buku ke?" bisik hati Makcik Fitria. Eloklah tu, si muda memikirkan yang tua tidak betul manakala si tua juga memikirkan perkara yang sama mengenai si muda.

Makcik Fitria berhenti hadapan deretan kedai, berseberangan dengan kompleks membeli-belah tersebut. Dia masih mengharap agar ada yang simpati dengannya. Zaki, seorang eksekutif muda yang baru sahaja turun dari pejabatnya terkejut melihat seorang perempuan tua berhenti di hadapannya. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" Makcik Fitria mengulangi dialog yang sama digunakannya tadi. "Manusia ni, selalu begini. Mudahnya mengeluh, sukarnya bersyukur" agak puitis kata-kata yang diucapkan Zaki kepada Makcik Fitria. Makcik Fitria tergamam. "Ah, yang seorang ni nak berpuisi pulak. Macam-macam orang ada kat dunia ni lah" bentak hati Makcik Fitria lagi. Mukanya hampa, lalu beredar. Kelihatan pula seorang lelaki muda bersama gitarnya sedang berjalan. Hanif, seorang pelajar kolej swasta jurusan muzik sedang dalam perjalanan untuk menemui seseorang. Mukanya kelihatan tegang. Pada mulanya, Makcik Fitria teragak-agak untuk menegur tapi dicekalkan juga hatinya kerana memikirkan KFC yang diinginkannya. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" dialog yang sama diucapkan. "Apa? Kenapa? Teruk sangat ke lelaki melayu ni?" dengan nada yang agak tinggi Hanif memekik. Dia berlalu tanpa menghiraukan Makcik Fitria yang terpinga-pinga kerana ditengking. "Kenapa aku pulak yang kena marah? Ada kaitan dengan KFC ke?" bicara Makcik Fitria sendirian. Hanif sebenarnya mengalami masalah emosi kerana kekasihnya lari meninggalkan dia dan memilih seorang jejaka dari Indonesia.


 Dari belakang Makcik Fitria, kira-kira 100 meter kelihatan seorang lelaki tercungap-cungap mengambil nafas. Dia kelihatan termengah-mengah. Lelaki itu adalah Radzi, seorang yang obses dengan panda. Makcik Fitria masih lagi tidak berputus asa, dia melangkah ke arah Radzi. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" sekali lagi Makcik Fitria mengulang dialog yang menjengkelkan itu. "Eh, makcik tepi makcik. Aku nak cepat ni, aku nak lari dari rumah" Radzi berbicara dalam keadaan tercungap-cungap. Dia lantas berlari kembali meninggalkan Makcik Fitria yang sekali lagi dihimpit kekecewaan. Tiba-tiba datang seorang perempuan muda, Arienna Afiqah namanya. "Makcik, saya dengar tadi makcik minta makanan pada budak yang lari tadi tu. Nah makcik, saya bagi RM10, makcik makanlah apa yang boleh. Manusia sekarang kebanyakannya sudah hilang sifat perikemanusiaan mereka" Afiqah berkata sambil menghulurkan sekeping not RM10 kepada Makcik Fitria. "Terima kasih nak, anak sungguh baik hati. Dapatlah makcik makan KFC selepas ni" Makcik Fitria mengucapkan terima kasih lantas berlalu pergi. Hatinya keriangan kerana akhirnya dia dapat menjamah KFC yang diidamkan selama sebulan.

nota kaki kiri: maaf, tak dapat siap semalam. apa-apa pun ini kesudahan gembira. bahagian seterusnya cerita baru. jangan fikir sangat perkaitan antara semua bahagian. hehe.

BAHAGIAN AKHIR

28 December 2010

promosi bahagian lima

Assalamualaikum

saya curi dari mr google

"Woi!" terdengar jeritan seseorang. Ikin tersentak. "Alamak, telefon aku punya berbunyilah. Wayang dah nak mulalah ni. Nasib baik aku dah tetapkan jam tadi. Ain, jom masuk" bicara Ikin. Ain dan Ikin segera beredar meninggalkan dua pasangan yang bersandiwara ibarat pentas Pilih Kasih tadi.

Sementara itu, di satu sudut yang lain Sharifah sedang menikmati kopi kapucino di Coffee House. Sambil melihat pada skrin komputer ribanya, suasana petang itu terasa tenang di situ. Suasana bising di sekeliling seakan-akan tidak didengari. Matanya hanya tertumpu pada berita yang menarik perhatiannya. Pembunuhan yang tidak disengajakan, itu tajuknya. Dia menggelengkan-gelengkan kepalanya ketika membaca berita itu. Terlintas di hatinya untuk berborak dengan rakan baiknya Kukin mengenai berita itu. Di lihatnya pada paparan aplikasi Yahoo Messenger, Kukin sedang berada di talian. "Assalamualaikum. Weh, buat apa? Ada baca berita pasal kes pembunuhan tu tak?" Sharifah menaip. "Waalaikumsalam. Ada, bukan tu je ada lagi satu aku jumpa. Tajuk berita tu ibu bunuh bayi selamatkan orang. Kau kena baca yang tu" Kukin membalas. "Banyak kes-kes kematian sekarang kan. Bukan bunuh je, kemalangan lagi" Sharifah mengutarakan pendapatnya.

Sharifah membuka pula laman facebooknya. Sudah lama dirasakan tidak dibuka. Di lihat di ruangan utama, ada beberapa status dari rakan-rakannya yang menarik perhatian. Teringat pula kepada rakannya Sakina. Apabila dia membuka profil rakannya itu, dia terbaca status Sakina, 'belajar menulis'. Hampir saja tergelak, dia lantas memberi komen, "baru nak belajar menulis kak? Ajar saya sekali boleh? hehe". Selang beberapa saat, Sakina membalas komennya itu, "maaf, aku sibuk. Nanti kita borak". Balasannya itu nampak serius, mungkin Sakina betul-betul sedang melakukan sesuatu, itu yang difikirkan Sharifah.  "Buzz" perkataan itu muncul di skrin komputer riba. "Hai Pah. Weh, kat mana? Kau rajin baca berita kan. Hari ni aku terjumpa satu blog ni. Ada berita agak ngeri" kelihatan di skrin, Nur Natrah menyapa. "Apa dia?" Sharifah membalas ringkas tapi berminat. "Kes bunuh, tapi mangsa terselamat. Kena tikam tak mati-mati, nasib baik ada orang datang tempat kejadian tu awal. Kalau tak mungkin dah arwah. Ajal tak sampai lagi tu" ringkas Natrah menerangkan. "Apasal banyak sangat kes bunuh ni? Dah macam semua pembunuh berpakat-pakat nak buat jenayah pulak" bisik Sharifah sendirian dalam hati.

 "Hai Pah, kau buat apa?" Fauzi pula menyapa di Yahoo Messenger. "Aku tau kau bosan Pah, Jom singgah blog aku. Tengok tips-tips berguna untuk orang-orang yang bosan dalam lif. Nanti kau cubalah, haha" Fauzi menerangkan tanpa dipinta. Dia memang begini, memang bercakap banyak. "Hah kau, ada je. Nanti aku singgah blog kau tu. Aku tahulah kau baru buat blog, promosi ya" Sharifah membalas. Mereka berterusan berborak. Macam-macam hal yang diceritakan. "Pah! Aku sedih sangat ni!" tiba-tiba Nurul Farhanah mencelah. "Kenapa? Apa yang buat kau sedih ni?" Sharifah membalas ringkas. "Rumahku dimasuki perompak! Habis barang-barang aku hilang. Aku dah buat laporan polis. Tengah tunggu polis siasat" Farhanah memberitahu perkara sebenar. "Ye ke? Ish, kasihan. Aku tumpang simpati kat kau. Jangan sedih sangat ya. Semua ni ujian tuhan" Sharifah memberi kata-kata semangat kepada Farhanah.

akan bersambung lagi~~

nota kaki kiri: maaf, saya sangat buntu untuk entri yang ini. nampak entri kali ini sangat tidak bagus!
:(
mengambil masa untuk memikirkan idea. natijahnya, entri ini terlewat sehari. Insyaallah saya akan cuba siapkan bahagian enam hari ini juga.

BAHAGIAN ENAM 

Saya Blogger Melaka

Assalamualaikum.
Kepada yang menanti sambungan kisah promosi harap bersabar ya. Saya sedang mengusahakan dua entri hari ini.
Cuma saya terlihat laman BPM yang sedang menjalankan kempen senarai penulis blog ikut negeri. Anda boleh klik SINI untuk lihat. Jadi, saya nak turut serta sebentar.
Ini adalah senarai data-data yang dikehendaki:

Perbuatan terlarang seperti ini hanya boleh dilakukan di Melaka.

Nama: Mohd Fitri Abdul Karim, orang biasa panggil Fitri, Fit

Status: Bujang dan masih mencari calon 

 Cara nak hubungi saya:  
  • www.facebook.com/mohdfitri.abdulkarim
  • ym: feat_88mlk
  • skype: fitri.karim
  • email: fitrikarim88@gmail.com 
Daerah: Jasin

Tempat tinggal: Kg Seri Minyak

Apa yang menarik di sini: Ada perkampungan ikan bakar, ada tempat pelancongan iaitu Pulau Besar, Pantai Siring (disebut dalam bajet 2011, hihi) dan akhir sekali sebab tempat ini menarik adalah kerana saya tinggal di sini.  

Jadi, kalau ada blogger yang nak datang Melaka untuk jumpa saya, boleh hubungi saya melalui medium yang saya nyatakan di atas kalau mahukan apa-apa maklumat.

Sekian dari saya, SAYA BLOGGER MELAKA 

26 December 2010

Promosi bahagian empat

Assalamualaikum

encik google yang bagi

 "Aku rasa macam kita dipermainkan saja" balas Rabiatul. "Aah lah. Kita dah terkena ni" Hanis mengiyakan. Khadija masih lagi tersenyum sendirian. Sementara itu, Shaherah berjalan ke arah mereka sambil meminta maaf. Dia menjelaskan segala-galanya kepada mereka berdua. Sesudah itu, mereka bersalaman dan Shaherah berlalu pergi bersama Khadija.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis memerhati dari jauh sahaja insiden yang berlaku itu. Dia diam tanpa bersuara. Gadis itu adalah Ikin. Dia sedang menunggu rakannya tiba. Mereka telah berjanji untuk menonton wayang. Tiba-tiba, terdengar deringan nada dering telefon bimbitnya. "Hah, awak kat mana? Dah lama saya tunggu ni" Ikin bertanya. Perbualan di telefon itu tidak lama. Sesudah itu, Ikin bergerak ke arah ruang legar utama Kompleks membeli belah itu. " Ain Zulaikha! Dah lama tunggu awak tahu tak. Kenapa lambat?" Ikin menjerit setelah rakan yang dinantikannya kelihatan di situ. Mukanya mencuka masam. "Alah, maaf la. Jalan sesak tadi. Jangan marah ya, nanti tak cantik" Ain memujuk. "Habis, saya cantiklah ni?" Ikin berkata dengan nada agak mengada-ngada. "Ya awak cantik, tapi yang pastinya saya lagi cantik" Ain membalas sambil tergelak kecil. Ikin tersenyum, dia kenal benar dengan perangai Ain, suka membuat orang lain tertawa. Mereka beredar ke arah kaunter tiket panggung wayang di tingkat 3. "Alah, ada lagi 30 minit sebelum masuk panggung ni. Jom kita duduk kat sini dulu" Ain berkata sambil menudingkan jari ke arah bangku yang tersedia. "Ikin, awak nak tahu sesuatu tak?" Ain memulakan bicara. Ikin hanya menganggukkan kepala tanda berminat. "Saya gangster tau" Ain melawak lagi. Ikin hanya tergelak kecil. Pada hemahnya, dia memang tahu dengan perangai Ain yang agak gila-gila itu.

" Assalamualaikum, hai saya nak kenal boleh?" Aren yang berada di bangku sebelah sejak tadi bersuara. Kelihatan dia dan seorang lelaki di sebelahnya memandang Ain dan Ikin sambil tersenyum. "Saya Aren, saya samseng jugak. Saya belasah Justin Bieber. Justin Bieber patah gigi tau" Aren berlawak sambil tersengih. Dia berkata-kata sebegitu sejurus mendengar kata-kata Ain tadi. Ain dan Ikin berpandangan sesama mereka. Tiada balasan suara, hanya mengangkat bahu sahaja reaksi mereka. "Hai, saya pula Syafiq. Kalau nak tahu, saya blogger melaka" lelaki yang dari tadi mendiamkan diri di sebelah Aren mula bersuara. Yakin sungguh gayanya. "Nama awak berdua siapa?" Syafiq meneruskan lagi kata-katanya. Ain dan Ikin masih lagi tidak memberikan tidak balas, malah mereka hairan mengapa mereka berdua tiba-tiba sahaja berkata begitu. "Ish, budak 2 orang ni, pantang nampak orang cantik" bisik hati Ain seakan-akan perasan. Dia dan Ikin masih tidak memberi reaksi kepada Syafiq dan Aren.

Syafiq mencuit tangan Aren. "Weh, weh nampak tu? Awek kau dengan awek aku dah datang. Mampus dia nampak apa kita buat ni" Syafiq berbisik kepada Aren. Mereka lantas mengalihkan pandangan yang dari tadi tertumpu ke arah Ain dan Ikin. Mereka cuba untuk berlagak biasa, seperti tiada apa yang berlaku. "Oh, ini keje abang ya? Pantang ada perempuan lain, nak kacau saja" Noraliza meninggikan suara setelah melihat kejadian tadi. "Kitorang baru tinggalkan sekejap, dah mula nak menggatal. Lelaki oh lelaki, semuanya sama saja!" Noraliza meneruskan kata-katanya. Seorang lagi gadis yang bersamanya tadi hanya diam memandang Syafiq. "Dilah tak sangka, sanggup abang buat macam ni belakang Dilah ya. Betullah kata orang, cinta itu sedap tapi menyakitkan. Agaknya, selama ni abang selalulah buat macam ni ya" Dilah yang dari tadi hanya diam kini meluahkan rasa hampanya. Riak mukanya kelihatan sedih, sementara Noraliza pula kelihatan marah benar wajahnya. "Woi!" tiba-tiba kedengaran suara menjerit.

akan bersambung lagi~~~

nota kaki kiri: entri dibuat tersekat-sekat kerana ada masalah di luar. tapi, disebabkan ada beberapa entri yang menarik dari senarai penulis kali ini, bahagian ini antara yang termudah untuk dilaksanakan.
*ruangan sudah ditutup

BAHAGIAN LIMA 

25 December 2010

Promosi bahagian tiga

Assalamualaikum

Sumber masih dari google

"Hah? Kau dah bertunang? Kenapa kau tak beritahu aku? Senyap-senyap je kau ya" Chawi terperanjat dengan kenyataan Nub itu. Nub hanya tersenyum tanpa bersuara. Jika dia panjangkan lagi cerita, macam-macam yang akan ditanya, itu yang difikirkannya. "Alah, emak kahwinkan aku" terdengar deringan nada dering telefon bimbit Nub berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mukanya berkerut-kerut membaca mesej itu seolah-olah ada yang mengganggu fikirannya. "Chawi, aku kena balik. Ada hal penting ni" ujar Nub kepada Chawi. "Ok lah, tapi kau lepas ni kahwin jangan tak jemput pulak" Chawi memerli rakannya itu. Nub tergelak kecil sambil melangkah keluar dari rumah itu. Dia melambai kepada Chawi sebelum beredar.

Sementara itu di kawasan ruang legar Pasaraya Jusco Bukit Tinggi, Rabiatul kelihatan berlegar-legar tanpa arah tujuan. Dia berseorangan di kala ini. "Alah, ku sangkakan panas tapi terhujan pulak. Macam mana aku nak balik rumah ni. Lambatlah aku sampai nanti" Dia mengeluh sendirian. Dia teringatkan Kak Shida yang berada di rumah, lalu dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangannya. Nombor Kak Shida dengan pantas didail. Kak Shida berlari mendengar deringan telefonnya. Dia yang ketika itu berada di dapur terpaksa meninggalkan kerjanya untuk menjawab panggilan. "Oh, si Abi ke" Kak Shida berkata apabila terlihatkan namanya dari skrin telefon. "Assalamualaikum. Ya Abi nak apa?" Kak Shida bertanya. "Kak, Abi balik lambat. Kat sini hujan lebat" Rabiatul berkata. "Hah, alang-alang lambat tu pergilah tengok Motor Show 2010 kat situ. Ambil gambar, akak nak tengok nanti ya" Kak Shida mencadangkan kepada Rabiatul. "Ok kak, insyaallah" Rabiatul membalas.

Telefonnya disimpan kembali di dalam beg. Dia tersenyum sendirian mengenangkan cadangan kakaknya itu. Dia sendiri tidak teringat ada pameran kenderaan sedang berlangsung. Lalu dia mengorak langkah menuju ke kawasan pameran. "Abi, oi Abi!" dari belakang kedengaran seseorang memanggil namanya. "Hah, kau ke Hanis. Aku ingat siapa yang panggil aku tadi. Kau nak ke mana ni?" Rabiatul bertanya. Gadis yang ditemuinya adalah Hanis, rakan sekolahnya. "Aku nak ke pameran kat sini. Kau?" soal Hanis kepada Rabiatul. "Aku pun sama jugak." Rabiatul menjawab ringkas. "Lah, ye ke. Dah tu, apa tunggu lagi? Jom jalan" dengan perasaan riang kerana sudah berteman, Hanis berkata-kata. Sedang mereka asyik berjalan, tiba-tiba kelihatan seorang perempuan cuba untuk menegur mereka. "Hello, i am Miss El. Could you guys please listen to me for a while? tegur seorang perempuan berpakaian kemas kepada mereka. "For what?" Rabiatul bertanya meminta kepastian. "I just want both of you to take part in my 30 minutes survey. Could you?' Miss El cuba untuk memujuk. "You see, i am from beauty saloon. We just open new branch here. And we want to give a discount ticket for lucky person to get the facial treatment session with us. Do you want to take part or not?" Miss El menerangkan dengan jelas kepada mereka. "Eh, is that so? We are so sorry. We are in hurry now. Plus, we are already beautiful and do not need any facial treatment" Rabiatul menjawab dengan nada berjenaka. Miss El hanya tersenyum dan berkata "it is okay then. So sorry to interrupt you. Thank you" lantas beredar dari situ.

"Eh, pandai kau berbahasa Inggeris ya. Aku dah tak tahu nak cakap apa tadi" Hanis memuji Rabiatul. Rabiatul hanya tersenyum. Mereka tiba di kawasan pameran tersebut. Kagum dengan kenderaan-kenderaan yang ada, mereka tidak henti-henti memuji. Gambar diambil semahu mereka. Pelbagai aksi yang digayakan. Mereka ini memang pantang mengambil gambar. Jika ada kamera, maka ada sahaja muka mereka. Khadija yang sekian lama berada di situ leka memerhatikan aksi mereka berdua. Tertarik dengan cara mereka berdua menggayakan aksi di hadapan kamera. Dia segera pergi menegur. "Assalamualaikum. Cik berdua. Yang ini memang pantang saya. Saya tak boleh kalau tengok orang bergaya macam cik berdua ni" dia dengan secara tiba-tiba menegur Rabiatul dan Hanis. "Eh, awak siapa?" Hanis bertanya. "Macam ni cik berdua, saya ni jurugambar bebas. Saya memang suka ambil gambar orang-orang macam cik berdua ni. Boleh jadi model untuk saya?" Khadija menerangkan. Mereka berdua setuju dengan permintaan Khadija itu. Sesi bergambar sendiri kini menjadi seolah-olah sesi fotografi majalah fesyen. 

Sementara itu, dari sisi tepi kawasan mereka bergambar kelihatan seorang gadis memandang mereka dengan muka tidak puas hati. "Tak boleh jadi ni, aku kena juga tegur si Khadija tu" gadis itu berkata sendirian. Lantas dia melangkah ke arah mereka. "Wahai sahabatku yang baik hati. Sayang, kau buat apa kat sini? Kan aku suruh tunggu kat sana" gadis itu menegur. "Eh, NorShaherah. Apa kau buat kat sini. Kan kau ke tandas tadi?" Khadija bertanya sambil tersenyum. "Apa aku buat? Patut aku yang tanya apa kau buat dengan kamera aku tu? Suka hati je ambil gambar orang lain ya" Shaherah meninggikan sedikit suaranya. Hanis dan Rabiatul memandang antara satu sama lain. "Jurugambar pinjam kamera orang?" Hanis berbisik kepada Rabiatul. "Aku rasa macam kita dipermainkan saja" balas Rabiatul.

bersambung di bahagian empat~~~

nota kaki kiri: agak sukar kali ni, semua yang tersenarai adalah perempuan. jalan cerita sedikit suram. pesanan biasa, sesiapa yang tidak tahu mengenai segmen ini, boleh klik di SINI

24 December 2010

promosi bahagian dua

Assalamualaikum

gambar sama untuk sepanjang edisi khas ini. sumber dari google

Kisah setakat ini di sini.
Untuk lebih faham, lebih baik kalau baca. :) 

Amar sudah berlalu pulang ke rumah. Sementara itu, HourPinky yang berada di rumah sedang mengelamun. Dia teringatkan kenangan  masa lalunya. HourPinky ini sebenarnya salah seorang daripada rakan-rakan Amar dan Alinac dan seorang yang suka mengelamun. Kalau dia dah mula mengelamun, boleh mengambil masa 3jam. Sedang dia mengelamun, "dumm!" terdengar bunyi hentakan pintu dari bilik abangnya Chawi. "Argh. Kenapa? Kenapa mesti jadi macam ni?" Chawi menjerit berseorangan. "Bang, kau kenapa? Dah gila?" HourPinky bertanya dengan nada kemarahan. "Ni ha. Doraemon episod akhir?. Aku dah lama ikut komik ni. Rasa tak puas hati pulak dah sampai episod akhir." Chawi menjawab. "Habis tu? Kau nak lukiskan komik tu ke? Kan pelukis dia Fujio F. Fujiko tu dah mati jatuh gaung. Kau tak ingat?" HourPinky membalas. Chawi hanya diam sambil membuat mimik muka tidak puas hati.

"Weh, korang ni tak tau duduk diam ke kat rumah? Hari-hari nak dengar korang bertekak. Apa kau ingat aku ni pekak ke?" tiba-tiba terdengar jeritan Yats kakak sulung mereka berdua. "Kau ingat laki aku takde kat rumah kau boleh bising-bising sesuka hati je?" Yats membebel lagi. "Aku ada broadband terbaru ni hah. Korang kalau nak guna bagitau aku dulu. Jangan pakai sesuka hati. Bayar 20 sen dulu" kemarahan Yats mulai reda. Dia memang begitu, marahnya tidak pernah lama. Dia berlalu ke dapur untuk memasak lauk tengahari untuk mereka semua. "Assalamualaikum. Ada orang dak kat rumah?" tiba-tiba kedengaran suara dari luar rumah. Yats menjengah. " Assalamualaikum, kak saya Nub. Kakak apa habaq? Akak kenai dak saya ni?" kelihatan seorang lelaki memperkenalkan dirinya kepada Yats. "Alah, ingat tak? Saya dulu kawan Chawi masa sekolah teknik dulu. Kan saya pernah tidoq sini" Nub cuba memperkenalkan diri dengan lebih jelas."Hah, Nub. Ingat, ingat. Masuklah, Chawi ada kat dalam" Yats mempelawa Nub masuk ke rumah.

"Nub! Amboi lamanya tak jumpa kau. Rindulah, haha. Buat apa datang rumah aku ni? Nak jemput kenduri kahwin ke?" Chawi berseloroh apabila melihat Nub di dalam rumahnya. "Alah dak aih Chawi. Aku saja mai rumah hang ni. Kebetulan pulak aku ada hal sikit kat kawasan hang ni. Hang apa habaq? Amboi, segak hang la ni noh?" Nub membalas dalam loghat utaranya. Mereka bersalaman. Chawi menjemput Nub duduk di ruang tamu rumahnya. Mereka berbual mesra. "Hah Chawi, hang ingat dak si Aqilah yang hang dok gilakan dulu tu?" Nub secara bertanya secara tiba-tiba. "Ingatlah, sampai sekarang aku suka dia lagi" Chawi membalas. "Aku dengaq la ni dia dah putus cinta. Ada peluanglah hang" Nub berkata-kata dengan penuh yakin. "Ye ke? Wah, ada peluang aku ni. Aku ada tengok si Aqilah punya facebook. Dia dah makin lawalah sekarang. Makin aku suka kat dia lah. Nanti aku nak add dialah." Chawi dengan penuh bersemangat bercerita kepada Nub.

"Hah kau Nub, apa cerita dengan Amira budak yang kau suka tu? Ala, budak yang comel tu" Chawi cuba untuk mendapatkan reaksi Nub. "Semalam, aku baca status dia kat facebook tu. Dia tulis Suprise? Siapa terkunci?. Apa yang dia nak sampaikan tu aku tak perasanlah. Sebab aku tak komen pun." Chawi masih berharap agar Nub memberi reaksi. "Err, aku, aku sebenaqnya" Nub teragak-agak untuk memberitahu. "Apa? Cakaplah." Chawi tenang berkata. "Sebenarnya aku dah pun bertunang dengan dia, hehe" Nub tersengih menjawab. "Hah?" Chawi sangat terkejut.

Akan bersambung~~

Ok, buat semua yang masih tidak tahu apa yang saya lakukan. Anda masih boleh melibatkan diri dengan klik SINI.

nota kaki kiri: masih lagi perkara yang sama, jangan diambil hati atas cerita yang direka ini. semuanya hanya rekaan semata-mata. saya dah buat keputusan untuk melibatkan 6 penulis blog sahaja bagi setiap entri. jadi bersabarlah dalam menunggu giliran anda ya. oh ya, saya mengubah tajuk entri anda dari segi bahasa kerana tiada penggunaan bahasa sms dalam entri saya ya. pendapat anda sangat diperlukan untuk peningkatan prestasi. luahkan pendapat! :)

*PROMOSI KETIGA DI SINI 

23 December 2010

promosi bermula bahagian satu

Assalamualaikum.
Pertama sekali, terima kasih kepada anda yang telah turut serta dalam segmen yang saya cuba anjurkan untuk pertama kalinya. Sehingga waktu ini, sambutan boleh dikatakan baik jika diambil perkiraan usia kematangan blog saya ini.
Jadi, malam ini saya akan mula untuk menulis entri untuk mempromosikan blog-blog mereka yang telah terlibat sama dalam segmen ini.
Ceritanya begini.



Pada suatu hari, Alinac sedang menyediakan sarapan sambil berkata, "aku dah pandai masak lontong ni" dengan riangnya. Dia memang gemarkan lontong, sehingga sanggup menuntut ilmu memasak lontong di Melaka. Sedang asyik Alinac menyediakan sarapannya itu sambil mendengar Era Fm yang mendendangkan lagu dondang sayang, dia tersentak apabila mendengar jeritan Amar yang memanggilnya sambil berkata "Nac, nak cekodok penyet tak?". "Eh, kau ni Amar. Buat terperanjat aku saja. Cuba-cubalah belajar bagi salam. Takdelah aku terperanjat. Nak juga cekodok tu, rasa sikit. hehe" Alinac membebel. Amar menghulurkan cekodok penyetnya itu. 

Sedang mereka secara tiba-tiba sarapan berdua, terdengar pula bunyi hon dari jalanraya. "Jom tanam pokok mari kita hijaukan kampung kita" terdengar suara Ejulz AJK Kebersihan kampung sedang berkempen dengan lori dan pembesar suaranya. Ejulz memang seorang yang aktif di kampung, setiap kali ada kempen yang diuar-uarkan di televisyen dia akan segera laksanakannya di kampung. " Hah, tu tak lain si Ejulz la tu. Tak habis-habis dengan kempen. Kerjanya tidak, kempen je yang lebih" Alinac bersuara. Amar hanya mampu berdiam. Tiba-tiba lagi (cerita ni memang banyak tiba-tiba), terdengar pula bunyi orang menjerit " saya rindu awak! Saya nak jumpa awaklah!" Sebenarnya, itu adalah jeritan dari si Chiorika jiran kepada Alinac. Sudah sememangnya rutin dia setiap pagi akan menjerit sedemikian. Semenjak dia dapat peluang untuk berlakon sebagai pelakon tambahn, setiap hari dia akan menjerit dengan dialog yang sama. Sebenarnya dialog itu sahaja yang diucapkannya dalam drama yang pernah dilakonkannya. Katanyalah, dia tak boleh lupa kenangan berlakon tu, jadi dia menjerit setiap hari untuk tidak melupakan kenangan manis tersebut Tapi Alinac syak bahawa dia sebenarnya kecewa sebab hanya sepatah saja dialognya.

Amar hanya mampu menggelengkan kepala. "Nac, aku balik dululah. Dah lama pulak rasa duduk kat rumah kau ni" Amar meminta diri. Sedang Amar berjalan pulang, tiba-tiba dia terpandang akan Afifaa yang datang kepadanya dengan membawa sesuatu. " A, Aa, Amar. Ni, ada wa,war, warkah untuk awak" ujar Afifaa sambil malu-malu. Afifaa adalah seorang gadis yang digilai ramai di kampung tersebut. Tapi dia secara terang-terangan menyukai Amar. Lalu, dia berlari-lari anak selepas memberi warkah itu kepada Amar. Amar hanya mampu tersenyum seketika sambil memikirkan yang dia sebenarnya agak bangga menjadi pilihan Afifaa. "Woi Amar! Aku nak bagi kau rabbit ni, ambillah" Amar dikejutkan lagi oleh sapaan secara mengejut si Fatten guru mengait di kampung itu. Fatten seorang yang pandai mengait dan merupakan salah seorang sahabat baik Amar. "Oh, kau Fatten. Terima kasih lah. Comel jugak kau buat" Amar membalas. Lalu Amar berlalu pulang ke rumah.

Kisah akan bersambung lagi~~

Ok, untuk promosi pertama seramai 6 orang penulis blog terlibat. Entri ini akan menjadi entri kisah yang bersambung. Segala cerita adalah rekaan semata-mata dan turut disertakan dengan link satu entri dari setiap satu penulis blog. Pemilihan adalah berdasarkan urutan komen ok. Insyaallah, saya akan cuba siapkan sambungan entri setiap hari. Nantikan sambungannya ya!
Sekian, wassalam

nota kaki kiri: kepada penulis blog yang terlibat, sila jangan ambil hati dengan cerita rekaan ini. hehe. kalau ada apa-apa kelemahan yang anda rasa, tolong beri pendapat ya! kepada anda-anda yang tak tahu mengenai apa yang saya buat ini, anda boleh klik SINI

Promosi Istimewa Hujung Tahun

Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Sempena hujung tahun menjelang tiba, 2011 juga bakal muncul.
Saya nak cuba buat sesuatu yang penulis blog lain dah buat.

sumber dari google

Saya akan buat satu banyak entri khas bersambung untuk mempromosikan blog-blog yang mahu melibatkan diri.
Jadi, jika anda berminat untuk terlibat sama sila tinggalkan alamat blog anda di ruangan komen.
Walaupun saya tidak mampu untuk menjanjikan trafik anda akan meningkat dengan mendadak selepas dipromosikan oleh saya, tapi sekurang-kurangnya kita akan sama-sama dapat mengenali blog-blog yang ada terutama blog-blog yang baru seperti saya.
Mungkin ada sedikit perubahan yang akan berlaku nanti. Siapa tahu kan?

Jadi, kepada sesiapa yang mahu dipromosikan, sila tinggalkan alamat blog anda ya.
Tidak perlu untuk buat entri khas, cukup sekadar di ruangan komen sahaja.
Juga tiada paksaan untuk jadi pengikut.  
Cepat-cepat nyatakan alamat blog anda ya. 
Ruangan ini dibuka sehingga 26 Disember 2010  25 Disember 2010 (11.59 pm)

nota kaki kiri: ya, saya hanya seorang penulis blog yang baru. jadi?

*kemaskini
PROMOSI PERTAMA 
PROMOSI KEDUA  
PROMOSI KETIGA
PROMOSI KEEMPAT

Tarikh terpaksa dipendekkan untuk mengelakkan dari kekurangan masa :) 

22 December 2010

4 anak kehilangan ibu mereka

Assalamualaikum.
*sedih dan hiba sebentar

Ok, kalau terus bersedih tak siap entri ni.
Saya nak cerita sikit ni, mengenai anak-anak yang kehilangan ibunya.
Perkara ni berlaku pada hari sabtu yang lepas.
Sedang saya bermain-main dengan anak-anak ini, tiba-tiba saya terdengar ayah berkata, "mak dia dah takde. kemalangan semalam."
Oh, rasa tersentak mendengar kata-kata ayah tu.

Saya seolah-olah tak percaya apa yang saya dengar.
Segera terlintas dalam fikiran saya, apa yang akan terjadi dengan anak-anaknya ni?
Mereka semua kecil lagi. Masih belum pandai hidup berdikari.
Susu mereka siapa yang nak bagi?

Saya jadi buntu. Fikiran mulai tak keruan.
Secara tiba-tiba petir berdentum!
Hujan turun dengan lebatnya seakan-akan turut sama meratapi pemergiannya.
*Drama melayu kan macam ni!

Ok, kita teruskan lagi cerita sedih ni.
Sekarang ni, sudah lima hari berlalu sejak tragedi itu. 
Anak-anak ini saya jaga buat sementara waktu. 
Setiap kali melihat mereka, hati saya jadi hiba.
Apalah nasib mereka masa akan datang nanti. Membesar tanpa kasih sayang ibu. Ayah jangan ceritalah, memang dah lama tinggalkan mereka. Lari mencari yang lain.

Bayangkanlah, setiap kali saya datang kepada mereka, mereka akan merengek kepada saya.
Hati siapa yang tak hiba? 
Boleh mengalir air mata tau.
Saya hanya mampu berdoa supaya mereka ini dapat membesar dengan baik sekalipun tanpa kasih sayang ibu dan bapa mereka. Anda semua tolong doakan sekali ya!
 Ok, saya tunjukkan gambar mereka ni.
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .


Sila abaikan kawasan yang bersepah itu. Terima kasih!

 Jangan kata apa-apa. saya sedih bila lihat mereka!
Tahu tak, kalau ada sesiapa yang datang dekat dengan mereka, mereka akan ikut.
 Malah, ayam pun kena kejar, kerana mereka sangka itu ibu mereka.
Ini bukan rekaan ok, benar-benar terjadi.
Sekian, semoga mereka membesar dengan sihat.
Wassalam 

nota kaki kiri: pengajaran hari ini adalah, belajarlah menyayangi binatang!

Buffered Earning

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Bila jalan-jalan di blog orang lain, nampak ramai penulis blog yang bercerita mengenai BE.
Rasanya semua dah tahu mengenai BE bukan. Kalau belum tahu tu, sila lihat SINI.
Saya pun baru dapat lihat dengan sendiri BE di ruangan kempen semalam. Ok jangan gelak sebab baru dapat!
Alhamdulillah, dapat juga merasa. Maklumlah, saya penulis blog baru. Entri juga tak berapa menarik Jadi kesempatan ini dirasakan begitu berharga.

Untuk yang tak tahu, kalau kita menerima BE ianya adalah seperti berikut.

Tapi peratusan tu tetap sikit kalau trafik di blog sikit. 
Nampaknya kena lebih aktif kali ni.
Bagi yang berminat dengan produk-produk yang diiklankan, bolehlah lihat pada iklan tu ya.

Sekian, ucapan TERIMA KASIH KEPADA NUFFNANG.
Jom kita sama-sama tingkatkan trafik.
Mana tau ada rezeki.

21 December 2010

Bila monyet pun turut bercinta

Assalamualaikum.
Monyet, anda kenal monyet? Anda suka monyet? Monyet comel ke tak?
Ok tak perlu jawab soalan tu. Simpan dalam hati sahaja ok.
Hari ni saya nak cerita sikit mengenai monyet. Lebih tepat lagi cinta monyet.

Ok, ini monyet. Kabur kan? Memang sengaja 
Apa itu cinta monyet? Adakah dua ekor monyet sedang bercinta? Ataupun cinta tiga segi antara monyet?
Ok, jangan ambil kisah kenyataan itu. Cinta monyet adalah cinta di zaman persekolahan. Kenapa cinta monyet? Tak tahulah nak menjawabnya. Mungkin dulu kalau bercinta masa sekolah terlompat-lompat macam monyet?

Apa yang saya nak sampaikan adalah beza antara cinta monyet zaman dahulu dan zaman sekarang. Zaman dahulu itu bukan zaman kaca mata hitam dan berambut afro ya. Zaman ketika saya bersekolah menengah, sekitar 2000 hingga 2005. Jangan ambil kira sekolah rendah kerana memang suka melompat waktu tu.

Ini monyet zaman dahulu


Cinta Monyet Zaman Dulu

1. Medium yang digunakan adalah surat-menyurat. Letak surat bawah meja ataupun melalui kawan-kawan sekelas. Isi kandungan biasanya:
" Assalamualaikum. Hai awak, saya nak kenal dengan awak boleh? Kalau sudi balaslah surat ni ya."

2. Antara perkara yang wajib dapat kalau dah berkenalan adalah, biodata. Apa perkara yang ada dalam biodata ni:
a. Nama
b. Tarikh lahir
c. Nama panggilan
d. Hobi
dan lain-lainlah.
Biasanya kalau perempuan yang bagi, mesti warna-warni. Kalau lelaki balas, warna hitam, biru dengan merah. Pen warna memang susah nak dapat pada tangan lelaki.

3. Nombor telefon? Mestilah nombor telefon rumah. Kalau yang duduk di asrama, setiap petang waktu pukul 5 sampai 6 memang penuh lah telefon awam tu. Masing-masing nak telefon gadis pujaan tu. Duit syiling dalam poket memang penuhlah.

4. Gambar? Oh yang ni memang seronok. Dulu kalau dapat gambar awek, memang hebohlah kawan-kawan. Simpan dalam dompet. Kalau cantik, memang dompet tu selalu sengaja tinggalkan supaya orang nampak. Ada juga kawan-kawan saya yang simpan gambar besar-besar dalam loker, tampal kat situ.

5. Dulu kalau bercinta monyet ni kena sorok-sorok. Kalau nak guna telefon kat rumah, kena senyap-senyap. Bila tiba hujung bulan, hah bil datang. Kalau yang suka berbual guna telefon rumah tu, memang tinggilah bilnya. 

Ok, cukuplah pasal cinta monyet ni. Mengenai cinta monyet zaman sekarang tu, rasanya tak mampu nak cerita kali ni. Sebabnya saya tak bersekolah lagi dan saya tak mengalaminya. Jadi, mungkin akan datang ada entri untuk itu. Ada sedikit sebenarnya maklumat, tapi tak cukup. Nantilah ya! ^_^

Monyet zaman sekarang pun samalah. Mana berubah rupa. hehe
 Ok, moral pengajaran untuk entri kali ni adalah. Untuk mengalami cinta monyet ni bukan tak boleh, tapi janganlah berharap sangat sebabnya biasanya tak bertahan sampai ke jinjang pelamin. Hanya ada kes-kes istimewa sahaja yang mampu bertahan, dan tak ramai. Lagipun, masih jauh lagi perjalanan anda. Banyak lagi yang anda perlu fikirkan untuk jaminan masa depan tu. Apapun, yang penting buat adik-adik yang bersekolah tu, jangan abaikan pelajaran anda ok!
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: memang suka syok sendiri waktu menaip entri! 


20 December 2010

Mak, Ayah!

Assalamualaikum.
Dua hari tanpa entri, untuk merehatkan kepala.
Apa khabar kalian?
Bagaimana hujung minggu? Masing-masing punya aktiviti. Apapun aktivitinya, harap memberi faedah.
Maaf ya, Entri kali  hanyalah bebelan.

Semalam, menghantar ayah dan emak ke stesen bas. Ayah sudah dapat panggilan kerja. 2 bulan di rumah, ya sangat lama. Ayah kerja sebagai kelasi, jadi tempoh kerjanya tidak tetap. Sekali kerja, 2 atau 3 bulan tak balik rumah. Kalau dulu, 5 atau 6 bulan. 

Bila ayah dah tiada di rumah, sayalah yang bersusah payah untuk memenuhi ruang kosong tu. Memang tidak sama seperti dia, tapi insyaallah selagi mampu cuba saya penuhi. Dari kecil sebegitu, memang kami sekeluarga sudah biasa dengan ketiadaan ayah di rumah. Kadang-kadang kasihan dengan emak, tapi dia kuat. Bersyukur sangat dapat emak yang macam mak saya, tak mahu yang lain lagi.

Kata emak, masa saya lahir dulu ayah tiada bersama. Hanya masa saya sahaja, kelahiran pertamanya. Syukur alhamdulillah masa adik-adik ayah ada bersama. Sebab tu kadang-kadang faham, kenapa antara adik beradik saya yang paling berdikari. Mungkin itulah natijahnya.

Sebagai anak sulung, saya kena bertanggungjawab di rumah. Tapi saya jarang di rumah. Waktu cuti semester barulah ada masa di rumah. Kasihan dengan mak, berseorangan di rumah. Anak-anak semua jauh. Bukan jauh jarak, tapi jauh dari rumah. Tinggal di rumah pun, jarang ada. Em, mungkin satu hari nanti berubahlah mereka. Hati ni berharap sangat sebegitu.

Apapun, pesanan dari saya. Kepada anak-anak yang membaca bebelan dari saya ni beringatlah. Ibu bapa kita haruslah kita hormat, sayang, jaga. Kelak kalau mereka dah tiada, baru nak beringat memang tak berguna. Kalau yang dah tiada itu, doa-doakanlah untuk mereka. Minta mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

nota kaki kiri: beruntung masih punya emak dan ayah. nak sangat berjasa kepada mereka  :'(

Terima kasih mak, ayah kerana jadi ibu bapa saya. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan mereka sebagai ibu bapa saya

17 December 2010

Hidup bergelumang sampah

Assalamualaikum.
Selamat hari jumaat kepada semua.
Kepada kaum lelaki muslimin, jangan lupa solat jumaat ya pada hari ini.


Biasa tak anda lihat situasi seperti di atas?
Saya yakin, ramai di antara anda menggelengkan kepala apabila melihat situasi seperti ni di sesuatu kawasan bukan. Ok, sampah di mana-mana.

Hari ni, saya hendak menyeru kepada anda semua untuk melakukan sesuatu perkara iaitu KITAR SEMULA.
Susah ke melakukan kitar semula ni? Mungkin susah kalau sebut kitar semula, tapi senang nak buat kalau ianya RECYCLING. Sama saja keduanya kan.

Kenapa kita perlu lakukan kitar semula ni?
"Alah, kitorang dah tahulah. Buat apalah nak cakap perkara yang dah lapuk macam ni" 
"Alah, kalau aku seorang saja yang buat mana ada kesan. Jadi, baik aku buang saja sampah tu"
Hah, ayat lazim yang akan keluar dari mulut orang ramai.
Sebenarnya, walau sedikit mana anda lakukan kitar semula itu, ianya tetap membantu.
Bayangkan, kalau setiap orang melakukan perkara yang sama. Bukankah kuantitinya akan jadi banyak walaupun semua orang hanya melakukan sedikit kitar semula di rumah.

 Anda tahu tempat ni? Ini adalah pusat rawatan dan pelupusan sampah. Kalau saya nak menceritakan proses dan permasalahan yang terjadi di pusat ini, rasanya tidak cukup untuk entri ni.
Jadi, cuma yang ingin saya beritahu adalah walaupun terdapat banyak pusat seperti ini dalam negara kita, ianya belum tentu dapat menampung sampah yang dihasilkan oleh penduduk negara ini.
Setiap hari jumlah sampah semakin meningkat. Jadi, kitar semula adalah perlu untuk mengurangkan jumlah sampah yang perlu dirawat oleh pusat ini. Isu ini tak pernah lapuk ya, kerana kalau nak dibandingkan dengan negara-negara maju, negara kita masih ketinggalan jauh dari segi kitar semula.

Cara yang paling mudah untuk menambah lagi jangka hayat pusat rawatan ini adalah dengan melakukan kitar semula. Saya tahu, sistem kitar semula di negara kita belum lagi mencapai tahap terbaik kerana kemudahan pusat kitar semula dan tong-tong kitar semula tidak berada pada tahap maksima, tapi tidak ada salahnya jika kita membantu dengan melakukannya di rumah dengan inisiatif sendiri.

Insyaallah, akan datang saya akan menerangkan serba sedikit mengenai sistem pembuangan sampah di Malaysia dan  masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.
Saya ada mempelajarinya dan juga melihat sendiri apa yang berlaku di pusat ini.

Ini gambar tong kitar semula, anda semua tahu bukan
Oleh itu, mari kita sama-sama lakukan kitar semula, untuk mengelakkan HIDUP KITA BERGELUMANG SAMPAH pada masa akan datang.
Insyaallah, sedikit usaha tetap membantu.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: percaya tak, orang yang menguruskan kitar semula di pusat pelupusan sampah mampu untuk membeli kereta mewah!

16 December 2010

bercerita mengenai anak muda

Assalamualaikum, seperti biasa pembuka bicara.
Anda pernah bersekolah ataupun sedang bersekolah.
Pastinya masing-masing ada pengalaman tersendiri di sekolah.
Bercakap pasal pengalaman, teringat pula kenangan sewaktu duduk di asrama dahulu. Biasalah anak muda, banyak ragamnya. Saya duduk di asrama sejak dari mula bersekolah menengah, walaupun emak bilang tak usah.

inilah gambar asrama saya. sila abaikan muka-muka yang terpampang ya. :)

Puas jugalah emak pujuk sekolah di kampung, tapi tetap saya mendesak untuk dimasukkan ke asrama. Mungkin pada masa itu, inginmencuba pengalaman baru. Tapi, bila dah masuk asrama lain pula ceritanya, minggu pertama tu peritnya, memberontak nak balik rumah. Hah, padan muka.

Ok, bukan perkara ini sebenarnya hendak saya ceritakan. Cuma teringat kejahilan sewaktu saya masih lagi anak kecil dahulu. Bagi yang pernah tinggal di asrama pasti tahu mengenai minggu orientasi atau minggu pengenalan. Hari pertama minggu orientasi tu, adalah senior yang meminta saya melakukan sedikit tugas. Begini ceritanya:

Senior: Hah dik, esok pagi abang nak suruh kau buat kerja sikit.

  Saya: Eh, kerja apa ya bang? (muka masa tu agak menggelabah)

Senior: Esok, abang nak kau yang azan Subuh. Kau kena jadi orang pertama ada kat surau.

Saya: Erk? (terdiam. masa tu macam-macam dalam fikiran. sebenarnya takut nak pergi surau seorang. hehe. sambil-sambil tu fikir alasan apa nak bagi)

Senior: Hah! Boleh ke tak ni? 

Saya: Eh bang, tak bolehlah rasanya

Senior: Kenapa pulak tak boleh?

Saya: SEBAB SAYA TAK TAHU JAWAB AZAN

*********

nota kaki kiri: saja tak mahu sambung, biar anda berfikir. jahil ke tak?

15 December 2010

KEMPEN MENUTUP AURAT, TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA

Assalamualaikum,
Seperti biasa, apa khabar anda sekalian? Semoga sihat dan ceria setiap hari. Amin.
Hari ni, Gedung Rasa telah melewati satu blog yang menganjurkan satu kempen yang menarik perhatian, seperti mana yang dinyatakan dalam tajuk entri ini.

Ok, jujur bicara saya rasa kempen yang dianjurkan oleh penganjurnya iaitu Thepotpetking ini sangat murni tujuannya iaitu untuk menyeru kita bersama-sama menutup aurat.

Seperti yang kita sebagai umat islam ketahui, kita DIWAJIBKAN untuk menutup aurat daripada dilihat oleh orang yang bukan mahram kita. Baik lelaki mahupun perempuan, wajib untuk melakukan perkara yang sama. Biasa tak dengar ayat-ayat seperti ini:
"aku tak tutup aurat, bukan bermakna aku jahat. jangan menilai aku dari segi luaran"
"belum tiba masanya lagi, nanti bila dah tiba masanya saya berubahlah. saya tak mahu nanti orang kata saya berubah sebab terpaksa. biar perubahan itu datang secara ikhlas"
"biarlah apa orang nak kata, ikut suka hati akulah. kubur kita kan lain-lain"
"ini yang orang tak tahu, saya hanya mengikut skrip. nak buat macam mana, itu arahan skrip" 

Maaf bicara, entri kali ini mungkin pedas dan sukar diterima.
Anda biasa dengar bukan ayat seperti di atas? Ok, yang pertama menjadi permasalahan adalah menutup aurat ini bukanlah adat sebaliknya WAJIB. Jadi, biar apapun alasannya hukumnya tidak pernah berubah. Maka, seharusnya jangan sesekali kita melafazkan kata-kata yang mana menunjukkan kita ini jahil ya. Akuilah kesalahan kita, kerana langkah pertama untuk berubah adalah dengan mengenalpasti kesalahan kita. 
Keduanya, walaupun telah menutup aurat, adakalanya kita tak perasan bahawa terdapat juga kesalahannya. Menutup aurat secara tidak sempurna, seringkali terjadi. Walaupun anda menutup aurat, terdapat beberapa kecacatan di sebalik penutupan tersebut. Hanya untuk contoh ya, memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek. Aurat di kepala ditutup, tetapi dibuka pula aurat di tangan. Wajarkah? Fikirkanlah sendiri ya.

Pengakhirannya, ini ada sedikit tips. Sekiranya hendak berubah, lakukan sedikit demi sedikit pun tak mengapa kerana usaha yang berterusan itu lebih baik dari usaha yang besar tapi sementara. Elakkan juga dari menayangkan terlampau banyak gambar anda di dalam blog (yang tidak elok) untuk mengelakkan anda dari melakukan dosa setiap hari (nasihat dari seorang rakan).

Saya juga insan yang tidak sempurna, banyak cacat celanya. Jadi, peringatan ini juga untuk diri saya. Andai kata tersilap bahasa saya, maafkanlah ya. Sudi-sudilah untuk menegur kesilapan saya. Insyaallah semoga kita sama-sama diberkati. 

nota kaki kiri: jika menanti orang sempurna untuk menegur, pasti tiada teguran akan disampaikan kerana kita manusia semuanya tidak sempurna.

saya juga mahu tag

 
Sekian dari saya, Wallahualam. 

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails