commercial break

16 December 2010

bercerita mengenai anak muda

Assalamualaikum, seperti biasa pembuka bicara.
Anda pernah bersekolah ataupun sedang bersekolah.
Pastinya masing-masing ada pengalaman tersendiri di sekolah.
Bercakap pasal pengalaman, teringat pula kenangan sewaktu duduk di asrama dahulu. Biasalah anak muda, banyak ragamnya. Saya duduk di asrama sejak dari mula bersekolah menengah, walaupun emak bilang tak usah.

inilah gambar asrama saya. sila abaikan muka-muka yang terpampang ya. :)

Puas jugalah emak pujuk sekolah di kampung, tapi tetap saya mendesak untuk dimasukkan ke asrama. Mungkin pada masa itu, inginmencuba pengalaman baru. Tapi, bila dah masuk asrama lain pula ceritanya, minggu pertama tu peritnya, memberontak nak balik rumah. Hah, padan muka.

Ok, bukan perkara ini sebenarnya hendak saya ceritakan. Cuma teringat kejahilan sewaktu saya masih lagi anak kecil dahulu. Bagi yang pernah tinggal di asrama pasti tahu mengenai minggu orientasi atau minggu pengenalan. Hari pertama minggu orientasi tu, adalah senior yang meminta saya melakukan sedikit tugas. Begini ceritanya:

Senior: Hah dik, esok pagi abang nak suruh kau buat kerja sikit.

  Saya: Eh, kerja apa ya bang? (muka masa tu agak menggelabah)

Senior: Esok, abang nak kau yang azan Subuh. Kau kena jadi orang pertama ada kat surau.

Saya: Erk? (terdiam. masa tu macam-macam dalam fikiran. sebenarnya takut nak pergi surau seorang. hehe. sambil-sambil tu fikir alasan apa nak bagi)

Senior: Hah! Boleh ke tak ni? 

Saya: Eh bang, tak bolehlah rasanya

Senior: Kenapa pulak tak boleh?

Saya: SEBAB SAYA TAK TAHU JAWAB AZAN

*********

nota kaki kiri: saja tak mahu sambung, biar anda berfikir. jahil ke tak?

6 comments:

noa said...

aku tanak fikir nota kaki kiri ko tu leh tak??

ke kena tulis gk ape yg aku fikir

arrrrghhh tidak aku dah confius ni (drama sebabak dr aku =p)

Ain Zulaikha said...

hahahaha, tak tahu azan ke atau nak lari dari kena azan? hahahha biasa la, kita orang baru. cuba kalau dah lama, nak buat apa2 bila disuruh pun tak kan kaku.. on saje..

qasehraihan said...

sbb aku priod..wakakaka..

saya dtg nk bkwn dn folow blog awk..folower ke-133, jom jeguk dn folow kite ugek yerr..keep in touch..mksih

shida mj said...

fitri duduk aspury ke aspura..hehehe

Atika Natasha said...

haha..dulu masa mula2 masuk sk0la agma,time 0rientasi tuh kena baca asma husna..ad0i...p0nin paa den..time tuh sebutan x brape kena k0t..

GR said...

ini masa kecil, bukan tak tahu azan, bukan nak lari.
cuma tak mahu bangun persi sorang-sorang. hee..

kak shida: aspury lah. asrama lelaki tu. hee

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails