commercial break

08 December 2010

Berubah, takut?

Assalamualaikum.

"Saya takut untuk berubah, nanti hidup saya tak macam dulu",  "ish, nanti diorang kutuk aku, seganlah aku", "aku bukan tak nak berubah, tapi nantilah tunggu sampai seru". 
Sering mendengar, ataupun mengucapkan sendiri dialog-dialog seperti itu?
Ya, saya juga sering mengucapkannya! Takut, segan menjadi penghalang utama kepada perubahan yang difikirkan perlu untuk dilaksanakan.

Tapi, sedikit demi sedikit perubahan cuba saya lakukan. Percayalah, selalunya ianya berhasil! Lebih baik melakukan perubahan secara perlahan-lahan dari perubahan mendadak. Bukan mudah sebenarnya untuk berubah, sebab itu perubahan secara mendadak yang saya lakukan biasanya tidak bertahan lama.
Berubah secara mendadak berlaku dalam keadaan terpaksa. 
Jadi, saya ambil pendekatan berubah sedikit demi sedikit tetapi konsisten supaya secara perlahan-lahan ianya dapat disebatikan dalam rutin harian saya.
firman Allah S.W.T

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. – (Surah Al-Ra’d, ayat 11)

Seperti makna ayat di atas, Allah S.W.T telah menyatakan bahawa sesuatu perubahan itu tidak akan berlaku sekiranya manusia itu sendiri tidak mengambil langkah untuk berubah. Apa yang ingin saya nyatakan disini adalah, jika dicanang-canang kepada beribu-ribu orang sekalipun perubahan yang anda ingin lakukan tidak akan berhasil sekiranya anda tidak memulakan langkah perubahan itu.

Saya bukanlah pakar motivasi, penceramah, atau pengkaji, tapi mesej ini disampaikan atas dasar peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kepada anda-anda yang ingin berubah ke arah lebih baik. Saya juga ingin berubah, kerana saya telah hanyut dengan dunia saya sendiri.
Jadi, mari kita sama-sama melaksanakan perubahan yang telah lama kita hajati secara perlahan-lahan tapi konsisten dan JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK!


nota kaki kiri: ini adalah pendapat penulis blog, bukan fakta yang harus diperdebatkan. apapun sebarang pendapat diterima dengan hati yang terbuka.

SAYA INGIN BERUBAH!

1 comment:

blurryhanis said...

yeah jom kte berubah kearah kebaikan!!

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails