commercial break

02 December 2010

Oh, memerlukan peningkatan

Assalamualaikum,

Foreigner 1: "Excuse me, could you please show me how can i go get my convovation picture?"
Me: "Ok, this one you can get it in the multilevel parking. Do you know where is it?"
Foreigner 1: "I don't know, could you tell me please?"
Me: "Ok. Em, where do you park your car?"
Foreigner 1: "Sorry?"
Me: "It's just, em when you came here, which road do you take? Do you came by bus or what?"
Foreigner 1: "By car"
Me: " Ok, if you're from the main entrance, before you go through the road uphill, you see the shop on your rightside?" (tergagap-gagap ok, perkataan mudah menjadi sukar)
Foreigner 1: "Oh, i see then. Is it the place where i can see a lot of shop? Is it there"
Me: "Yes, it is there. You can get your picture there" (nasib baik dia faham)
Foreigner 1: "Ok thank you. I'm sorry, even for 2 years staying in here i still can't talk in Malay"
Me: "Nah, it's ok" You're welcome"

Entri kali ni, mengenai komunikasi menggunakan bahasa inggeris. Terlibat dengan SKP menyedarkan saya bahawa kelemahan berbahasa inggeris saya terletak pada aplikasinya di dalam komunikasi. Untuk menulis di dalam bahasa inggeris mungkin sesuatu yang mudah jika dibandingkan dengan menggunakannya di dalam percakapan.

Entah di mana silapnya, bila sesama rakan-rakan ianya tidaklah sesukar mana. Akan tetapi bila berhadapan dengan mereka yang berbangsa asing, secara automatik menjadi sukar. Perkataan yang mudah pun sukar untuk diingati. Mengapakah? Hah, ini yang menjadi persoalan. Agak malu bila terjadi situasi seperti ini, seolah-olah menggambarkan bahawa orang melayu memang tidak pandai berbahasa inggeris. Tapi, harap-harap tiada antara mereka yang berfikiran begitu kerana yang lemah itu hanya saya, bukan keseluruhannya.

Jadi, mungkin antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan kerap berkomunikasi menggunakan bahasa inggeris. Bukan hendak mengagungkan bahasa lain, tapi tidak salah sekiranya kita fasih berbahasa lain.  Mungkin ianya akan berguna pada masa hadapan kelak, dalam dunia pekerjaan?

Tapi jangan juga terhadkannya kepada dua bahasa, sekiranya ada kemahiran bahasa ketiga atau lebih tidak salah untuk memahirkan diri dalam semua bahasa yang boleh dipelajari. Mempelajari bahasa juga adalah proses mencari ilmu.


P/S: Membahasakan diri sebagai saya, interaksi menjadi lebih mudah. (^_^)

4 comments:

Syafiq Rosli said...

hoho..pun penah kena gak..gugup lor..

Linlin said...

practice make perfect. ad geng nk practice baru seronok

GR said...

syafiq: ya, memang gugup kan.
nil: ya, untuk mencari sahabat yang nak sama2 itu yang agak sukar.

blurryhanis said...

hey you what are doing there hahaha

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails