Assalamualaikum
Apa khabar anda hari ini? Gedung Rasa terjumpa satu kempen yang menarik perhatian di laman sesawang Nuffnang hari ini. Kempen ini mengenai penderaan kanak-kanak yang kita lihat pada hari ini menjadi barah dalam sistem kekeluargaan yang sedia ada.
Gedung Rasa menggalakkan anda untuk turut sama menyertai kempen ini sebagai langkah menunjukkan bahawa kita sebagai komuniti blogger turut sama prihatin dengan masalah yang berlaku di dalam komuniti masyarakat hari ini. Selain itu, kempen ini turut juga menawarkan hadiah berupa kamera digital kepada penulis blog yang terpilih. Anda boleh lihat maklumat yang lebih jelas di laman INI
United Nations Children's Fund atau nama singkatannya UNICEF telah ditubuhkan pada 11 Disember 1946 oleh United Nations General Assembly. Tujuan asas penubuhannya pada ketika itu adalah untuk membantu membekalkan makanan dan penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak yang terjejas akibat Perang Dunia Kedua. Anda boleh membaca mengenai sejarah penubuhan UNICEF dan pencapaian mereka di laman INI
Mari kita sama-sama saksikan dahulu video di bawah ini
Kejam bukan? Gedung Rasa tidak dapat menggambarkan keadaan kanak-kanak ini semasa mereka didera oleh tidak kira ibu bapa, penjaga, ahli keluarga malahan orang dewasa yang mungkin tidak dikenali.
Sesekali Gedung Rasa ada terfikir, agaknya mereka ini tidak mempunyai kesedaran semasa melakukan penderaan tersebut? Tidakkah mereka rasa bertuah untuk mempunyai seorang anak yang yang dikurniakan kepada mereka? Bukankah semua ibu bapa menginginkan anak-anak sebagai pelengkap hidup mereka? Orang dewasa pula, tidakkah mereka terpanggil untuk melindungi kanak-kanak yang bakal menjadi pemangkin untuk memacu negara kita pada masa hadapan kelak?
Ingatlah wahai orang-orang dewasa sekalian, bagaimana maju pun negara kita, tidak akan berterusan kemajuan itu jika tiada waris yang akan mewarisinya. Jadi, apa kata kita sebagai masyarakat turut terlibat sama dalam menjaga hak-hak mereka sebagai kanak-kanak.
Sedih yang tidak tergambarkan apabila Gedung Rasa melihat gambar-gambar seperti di atas muncul dalam paparan media yang melaporkan. Masakan mereka sanggup untuk melakukan perkara sebegini kepada kanak-kanak yang tidak mungkin dapat melawan.
Oh, sedang para ibu bapa setiap hari mengimpikan untuk memiliki anak-anak, mereka ini pula tidak mensyukuri nikmat itu. Kenapa dibuang bayi ini? Kenapa tidak mereka biarkan kanak-kanak ini hidup? Sekalipun tidak di dalam jagaan mereka, serahkanlah kepada orang yang mahukan mereka, yang akan menyayangi mereka.
Sebenarnya, penderaan bukan sahaja berlaku secara langsung malahan wujud juga secara tidak langsung. Sebagai contoh penderaan secara langsung adalah seperti yang digambarkan di dalam gambar di atas. Penderaan fizikal secara terus kepada kanak-kanak tersebut yang mana meninggalkan kesan dan juga mungkin menyebabkan kematian.
Tetapi, kita sebenarnya selalu lalai dengan penderaan secara tidak langsung yang mana sering menjadi punca utama penderaan kepada kanak-kanak. Kelalaian! Kelalaian ibu bapa yang sering menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada pelbagai bahaya. Masalah kelalaian ini yang Gedung Rasa fikir harus diperbetulkan.
Ibu bapa sering lalai dan membiarkan anak-anak mereka bersendirian di rumah, di kawasan awam, dan adakalanya meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap orang gaji. Mereka adakalanya tidak memandang serius masalah ini. Jika anda fikirkan semula, bukankah kebanyakan kes kehilangan dan penderaan anak-anak oleh amah yang berakhir dengan tragedi kematian bermula dari masalah kelalaian ini?
Secara ikhlasnya, Gedung Rasa sangat berharap agar kita dapat mengatasi masalah kelalaian oleh ibu bapa ini disamping memberi kesedaran kepada mereka yang melakukan penderaan kepada kanak-kanak. Undang-undang juga harus dipekuatkuasakan secara telus dalam membanteras masalah ini malahan mungkin boleh dipertingkatkan lagi hukuman yang sedia ada untuk menghukum mereka yang bersalah.
Secara ikhlasnya, Gedung Rasa sangat berharap agar kita dapat mengatasi masalah kelalaian oleh ibu bapa ini disamping memberi kesedaran kepada mereka yang melakukan penderaan kepada kanak-kanak. Undang-undang juga harus dipekuatkuasakan secara telus dalam membanteras masalah ini malahan mungkin boleh dipertingkatkan lagi hukuman yang sedia ada untuk menghukum mereka yang bersalah.
Jadi, Gedung Rasa berharap agar kita dapat bersama-sama terlibat dalam kempen ini untuk memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak terjamin demi kesejahteraan mereka malahan negara kita sendiri.
Sekian sahaja kali ini. Wassalam.
4 comments:
dera ada macam macam jenis
dera fizikal ni kira okey jgk sebab kita leh detect
nampak parut di luar
tp dera emosi
luar okey, dlm hati sape taw
itu pon sadis tragis cikedis gak tu
huhu
inipaencomot: ya, saya setuju dengan anda. penderaan emosi sangat mendalam kesannya. buatlah entri :)
sedeyh ngk budak2 chomel kne dera T_T
ya, saya juga sedih melihat mereka dipelakukan sedemikian! ;(
Post a Comment