Assalamualaikum
kali ni saya tak curi, tapi pinjam |
"Eh, dah pukul 4.30 lah. Lama sangat aku kat Coffee House ni. Baik aku balik" bisik Sharifah yang sedari tadi asyik leka melayari internet. Dia mengemas komputer ribanya dan bergerak pulang. Sedang dalam perjalanannya untuk ke tempat meletak kereta, dia terlihat seorang perempuan tua dalam keadaan tak terurus sedang berjalan.
Makcik itu bernama Fitria, seorang perempuan tua berumur dalam lingkungan 50-an. Kelihatan tidak terurus, dia melangkah tanpa arah tujuan. Apabila dilihatnya seorang perempuan dalam lingkungan 30-an keluar dari kompleks membeli-belah itu, dia menuju ke arah mereka. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" orang tua itu meminta. "Ish, betul ke tak betul makcik ni. Mintak duit nak makan KFC. Baik aku kenakan dia balik" perempuan itu, Mz merancang sesuatu. "Makcik, makcik nak makan KFC ya? Saya ni duit tak ada sangatlah nak bagi. Tapi saya ada benda yang lebih baik dari tu" Mz berbicara sambil tersenyum. Makcik Fitria memandang terkebil-kebil tanda tidak memahami, namun dia tetap menanti. "Macam ni makcik, saya ada buku ni, buku mengenai petua cirit-birit. Ada lagi banyak buku makcik. Makcik nak tak? Saya sebenarnya penjual buku" tanpa rasa simpati Mz mempromosikan buku-bukunya. Orang tua itu terkulat-kulat memandang. Dia hampa memikirkan situasi itu. Lalu dia beredar tanpa sepatah bicara. "Agaknya perempuan tu tak betul ke. Dia tengok aku ni macam mampu beli buku ke?" bisik hati Makcik Fitria. Eloklah tu, si muda memikirkan yang tua tidak betul manakala si tua juga memikirkan perkara yang sama mengenai si muda.
Makcik Fitria berhenti hadapan deretan kedai, berseberangan dengan kompleks membeli-belah tersebut. Dia masih mengharap agar ada yang simpati dengannya. Zaki, seorang eksekutif muda yang baru sahaja turun dari pejabatnya terkejut melihat seorang perempuan tua berhenti di hadapannya. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" Makcik Fitria mengulangi dialog yang sama digunakannya tadi. "Manusia ni, selalu begini. Mudahnya mengeluh, sukarnya bersyukur" agak puitis kata-kata yang diucapkan Zaki kepada Makcik Fitria. Makcik Fitria tergamam. "Ah, yang seorang ni nak berpuisi pulak. Macam-macam orang ada kat dunia ni lah" bentak hati Makcik Fitria lagi. Mukanya hampa, lalu beredar. Kelihatan pula seorang lelaki muda bersama gitarnya sedang berjalan. Hanif, seorang pelajar kolej swasta jurusan muzik sedang dalam perjalanan untuk menemui seseorang. Mukanya kelihatan tegang. Pada mulanya, Makcik Fitria teragak-agak untuk menegur tapi dicekalkan juga hatinya kerana memikirkan KFC yang diinginkannya. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" dialog yang sama diucapkan. "Apa? Kenapa? Teruk sangat ke lelaki melayu ni?" dengan nada yang agak tinggi Hanif memekik. Dia berlalu tanpa menghiraukan Makcik Fitria yang terpinga-pinga kerana ditengking. "Kenapa aku pulak yang kena marah? Ada kaitan dengan KFC ke?" bicara Makcik Fitria sendirian. Hanif sebenarnya mengalami masalah emosi kerana kekasihnya lari meninggalkan dia dan memilih seorang jejaka dari Indonesia.
Dari belakang Makcik Fitria, kira-kira 100 meter kelihatan seorang lelaki tercungap-cungap mengambil nafas. Dia kelihatan termengah-mengah. Lelaki itu adalah Radzi, seorang yang obses dengan panda. Makcik Fitria masih lagi tidak berputus asa, dia melangkah ke arah Radzi. "Nak, tolong makcik, makcik tak ada duit. Makcik lapar nak, dah dua hari makan nasi ayam. Sekali-sekala nak juga makan KFC" sekali lagi Makcik Fitria mengulang dialog yang menjengkelkan itu. "Eh, makcik tepi makcik. Aku nak cepat ni, aku nak lari dari rumah" Radzi berbicara dalam keadaan tercungap-cungap. Dia lantas berlari kembali meninggalkan Makcik Fitria yang sekali lagi dihimpit kekecewaan. Tiba-tiba datang seorang perempuan muda, Arienna Afiqah namanya. "Makcik, saya dengar tadi makcik minta makanan pada budak yang lari tadi tu. Nah makcik, saya bagi RM10, makcik makanlah apa yang boleh. Manusia sekarang kebanyakannya sudah hilang sifat perikemanusiaan mereka" Afiqah berkata sambil menghulurkan sekeping not RM10 kepada Makcik Fitria. "Terima kasih nak, anak sungguh baik hati. Dapatlah makcik makan KFC selepas ni" Makcik Fitria mengucapkan terima kasih lantas berlalu pergi. Hatinya keriangan kerana akhirnya dia dapat menjamah KFC yang diidamkan selama sebulan.
nota kaki kiri: maaf, tak dapat siap semalam. apa-apa pun ini kesudahan gembira. bahagian seterusnya cerita baru. jangan fikir sangat perkaitan antara semua bahagian. hehe.
BAHAGIAN AKHIR
7 comments:
haha... best2... tp tetiba rase cam annoying ngan ape yg makcik tu ckp...;D
haha, memang karakter dia sengaja dicipta begitu :)
hahaha...terase itu adelah saye pulak..hahaha
aik...sebenanye ni nk ckp psl mkcik yg selalu mntk2 x nk kje or psl sikap mnusia yg mengabaikan golongan mcm ni??
x phm la gedung....
Thanks promot.. Haha.. Btw, sapa tak sedih awek lari dengan mamat indonesia ?? Ahahaha..
http://betul3salah.blogspot.com/
syarifah: eh eh, ye ke? hehe
silah: kalau nak diikutkan ini semua adalah rekaan. tapi terpulang pada orang yang berfikir. dua-dua boleh diambil kira. golongan yang mengabaikan, dan golongan yang malas usaha. semuanya melalui dialog.
atok: hahaha, kan. memang sedih lah. sama-sama
:)
haha suke2... :)
Post a Comment