commercial break

22 December 2010

4 anak kehilangan ibu mereka

Assalamualaikum.
*sedih dan hiba sebentar

Ok, kalau terus bersedih tak siap entri ni.
Saya nak cerita sikit ni, mengenai anak-anak yang kehilangan ibunya.
Perkara ni berlaku pada hari sabtu yang lepas.
Sedang saya bermain-main dengan anak-anak ini, tiba-tiba saya terdengar ayah berkata, "mak dia dah takde. kemalangan semalam."
Oh, rasa tersentak mendengar kata-kata ayah tu.

Saya seolah-olah tak percaya apa yang saya dengar.
Segera terlintas dalam fikiran saya, apa yang akan terjadi dengan anak-anaknya ni?
Mereka semua kecil lagi. Masih belum pandai hidup berdikari.
Susu mereka siapa yang nak bagi?

Saya jadi buntu. Fikiran mulai tak keruan.
Secara tiba-tiba petir berdentum!
Hujan turun dengan lebatnya seakan-akan turut sama meratapi pemergiannya.
*Drama melayu kan macam ni!

Ok, kita teruskan lagi cerita sedih ni.
Sekarang ni, sudah lima hari berlalu sejak tragedi itu. 
Anak-anak ini saya jaga buat sementara waktu. 
Setiap kali melihat mereka, hati saya jadi hiba.
Apalah nasib mereka masa akan datang nanti. Membesar tanpa kasih sayang ibu. Ayah jangan ceritalah, memang dah lama tinggalkan mereka. Lari mencari yang lain.

Bayangkanlah, setiap kali saya datang kepada mereka, mereka akan merengek kepada saya.
Hati siapa yang tak hiba? 
Boleh mengalir air mata tau.
Saya hanya mampu berdoa supaya mereka ini dapat membesar dengan baik sekalipun tanpa kasih sayang ibu dan bapa mereka. Anda semua tolong doakan sekali ya!
 Ok, saya tunjukkan gambar mereka ni.
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .


Sila abaikan kawasan yang bersepah itu. Terima kasih!

 Jangan kata apa-apa. saya sedih bila lihat mereka!
Tahu tak, kalau ada sesiapa yang datang dekat dengan mereka, mereka akan ikut.
 Malah, ayam pun kena kejar, kerana mereka sangka itu ibu mereka.
Ini bukan rekaan ok, benar-benar terjadi.
Sekian, semoga mereka membesar dengan sihat.
Wassalam 

nota kaki kiri: pengajaran hari ini adalah, belajarlah menyayangi binatang!

9 comments:

HZQH said...

kucing eh, buat suspen je.baru terpikir nak amik jadi anak angkat.hehe

Unknown said...

nak sekoqq weii!!!

2 ekoq pon ok gak..

♥diLahAmZa♥ said...

da agak daa.. nak due ek0q!!! da lame mengidam nk kitten.. plz3.. nak,,,

Fyda said...

alala kiut nya~

Kenzo@MrConteng said...

comel2 kucing ni! :D

GR said...

hzqh: hehe, boleh juga nak buat anak angkat.

nub: macam mana nak bagi? hehe

padel: nak bagi pun, takkan nak pos. hehe

fyda: memang comel~~

mrconteng: memang comel, tapi jangan conteng ya! :)

iem said...

ko bluetooth je sekor2 spe y nk 2..
hikhik>>dtg sebok

Anonymous said...

Jangan sedih lagi.. Peliharalah mereka sebaik mungkin..

GR said...

iema: eh, bluetooth 10m je. hehe

nekken: nak cuba. insyaallah :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails