commercial break

07 December 2010

Mesej Berhantu!!

Assalamualaikum.
Ok, merujuk kepada tajuk entri kali ini semestinya ia berkaitan dengan mesej atau lebih spesifik lagi mesej yang masuk ke dalam telefon bimbit. Hah, cukup spesifik?
Tapi sebenarnya ia bukanlah mesej berhantu yang mampu untuk menakutkan saya sehingga demam atau pengsan selepas membacanya.
Tapi sebab apa ianya berhantu?
Ok, sila rujuk gambar


Ya, mungkin anda pembaca mengatakan ianya isu lapuk, isu mesej berantai.
Isu ni mencapai puncak popularitinya semasa saya bersekolah menengah rasanya ketika tingkatan 2 pada tahun 2002. Rasanya anda semua juga pernah mengalami situasi yang sama. Masa tu heboh mengenai kes-kes photostat surat untuk mengelakkan ditimpa bencana.

Katanyalah bukan kata kau, kalau tak sebarkan pada beberapa orang tertentu pembaca itu akan ditimpa malang. Tambah pula ada bukti konon-kononnya ada orang yang tak buat dah menerima nasib buruk, lepas tu bila dia photostat surat tu barulah dia senang kembali.
Kalau setakat tu tak mengapa, ini dia tambah lagi pulak kenyataan kalau sesiapa yang memberi kepada jumlah sekian-sekian salinan surat tu mereka akan dapat kesenangan. Wah, mudahnya nak jadi senang. Photostat surat saja kemudian hidup senang. Berebut-rebutlah orang buat salinan surat tu. Tapi sebenarnya yang jadi senang bukannya diorang ni, cuma tuan punya kedai photostat yang senang sebab ramai pelanggan.

Ok, berbalik kepada gambar diatas. Tak sampai 15minit saya terima mesej ni. Ingatkan tak ada lagi lah perkara macam ni, rupanya ada lagi. Sedih jugalah, sebab ianya berkaitan dengan nama nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Katanya ada juru kunci Mekah bermimpi jumpa Rasulullah S.A.W dan baginda berpesan supaya sampaikan pesanan kepada orang lain. Tak kisahlah kalau kisah ni benar sekalipun tak patutlah sewenang-wenangnya kata penerima akan dapat rezeki dan musibah kalau sebar dan tidak menyebarkan mesej tu.

Sebabnya rezeki kan pada tangan Allah, siapalah kita nak tentukan rezeki orang lain. Jadi, saya haraplah agar perkara-perkara sebegini berhenti. Buang masa! Kita digalakkan untuk menyebarkan dakwah untuk mengajak orang lain berbuat kebaikan tapi dengan jalan yang betul. Islam dah pun menyediakan panduan dakwah kepada kita. (maaf, saya tidak pandai untuk mengeluarkan dalil-dalil sebagai bukti)

Jadi kepada anda-anda yang mudah terpedaya pada mesej-mesej sebegini, ingatlah rezeki, musibah, semuanya terletak pada tangan Allah. Anda wajib percaya semua itu.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: isu lapuk, tapi masih berteusan. tak salah bukan untuk saling mengingatkan? :)

5 comments:

Anisa said...

erk.slalu terime msg cmni
tp ignore
hehe

GR said...

hee.. saya juga selalu abaikan. tak pernah layan walau sekali. dari dulu lagi :)

Ain said...

eee ain selalu dpt. x suka. dulu kecik2kan , percaya tau. so sibuk laaa send balik kat 15org. bazir kredit! haha , yg surat2 , ain x alami. tp tahu la. lawak lah bila pk balik. sapee tah yg wujudkan kan.?

GR said...

hee.. kan? membazir saja kalau buat.
surat-surat dulu tu popular jugalah.
yang timbulkan semua ni mesti bangga sebab dapat buat orang ramai terpengaruh. hai dunia dunia

Farhanah_Mraz said...

hana penah dpt gak msg cmni..
kekadang sedih gak ade gak manusia yg bermain dgn nabi junjungan kite nabi muhammad.. mintk org2 camni dpt hidayah dr Allah..
i'Allah...

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails