commercial break

06 December 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa

Assalamualaikum. Gedung Rasa terjumpa satu contest ni, menariklah! Jadi, Gedung Rasa telah mengambil keputusan untuk mengambil bahagian dalam contest ini.




kalau anda semua nak turut serta, klik sahaja pada gambar di atas ok.
yang bawah ni pula adalah syarat-syarat pertandingan.


ok, ini kisah mengenai seorang gadis yang bernama Rogayah. Kisah bermula dengan,


Rogayah sedang makan tengahari dirumah. Nampak gambar diatas? Itulah makanan yang sedang dimakan oleh Rogayah ketika itu. Rogayah ni sebenarnya seorang yang kuat makan, lauk diatas tu mampu dihabiskan dalam masa selama 5 minit sahaja. Tak percaya? Cuba tanya Rogayah sendiri. Ok, berbalik kepada cerita. Selepas selesai si Rogayah makan, tiba-tiba


telefon bimbit Rogayah berbunyi menandakan ada mesej masuk. Seperti yang anda lihat diatas, mesej itu menyatakan bahawa ada orang minta share kredit dari Rogayah. Tapi awas, jangan tertipu! Itu sebenarnya kod antara Rogayah dan kekasihnya yang mana sebenarnya menyatakan dia ajak Rogayah keluar. Mereka terpaksa buat begitu sebab mak ayah Rogayah ni selalu tengok telefon bimbit dia. Tambahan pula mereka memang susah nak bagi si Rogayah ni keluar dengan sewenang-wenangnya. Jadi, Rogayah bolehlah bersedia dengan pelbagai tipu helah untuk diberi kepada mak ayahnya lepas dia terima mesej ni. Tapi, penulis pun sebenarnya tak faham kenapa tak Rogayah padam saja mesej daripada kekasihnya selepas dibaca, tak perlulah nak guna kod-kod ni. Yang itu semua hanya Rogayah saja yang tahu. Ok, kita teruskan. Adik-adik jangan tiru tau perangai Rogayah ni. Berdosa kalau tipu mak ayah. Jadi, Rogayah bersiap-siap untuk keluar. Setelah mendapat keizinan, dia


keluar dari rumah dengan kucing kesayangannya, Remi. Nama Remi ni diambil dari pada idola si Rogayah ni Remi Gaillard. Anda kenal tak Remi Gaillard? Hah, kalau tak kenal cuba cari di laman YouTube. Eh, jauh pulak menyimpang. Rogayah ni memang tak boleh dipisahkan dengan si Remi ni. Sampai ada yang kata mereka ni kembar seiras. Hah? Kembar seiras? Penulis pun tak tahu bagaimana pandangan mereka yang kata mereka ni kembar seiras. Apa-apa sajalah. Si Remi ni ada satu tabiat buruk iaitu tak pandang kiri kanan bila melintas. Sudahnya selalunya si Rogayah ni kena marah dengan pemandu-pemandu di jalanraya bila saja si Remi ni melintas sesuka hati. Ialah kan, takkan nak marah kucing tu, manalah dia nak faham. Jadi, seperti biasa Rogayah kena marah lagi, kali ni oleh pemandu teksi pula. Teruk jugalah, sampai teksi tu terbabas sebab leka maki si Rogayah ni. Rogayah pun buat tak kisah saja, seperti kata pepatah "alah bisa tegal biasa". Sedang leka dia berjalan ke destinasinya, tiba-tiba jantung Rogayah berdegup-degup


 "oh, kacaknya dia ni. Aku terpikat!" Rogayah menjerit dalam hati, tanpa rasa ragu-ragu apatah lagi simpati kepada kekasihnya yang sedang menanti di tempat biasa. Dia ternampak seorang lelaki yang kacak, lebih kacak daripada Remi kucingnya, malah jika dibandingkan dengan kekasihnya lagilah jauh tertinggal. Maka, Rogayah yang sudah biasa mengayat jejaka dalam facebook dan myspace mula menyusun ayat dan strategi. Dia cuba untuk mengayat jejaka tersebut dengan yakinnya, malangnya lelaki tersebut buat tak tahu saja pada Rogayah tanda malas nak melayan. Seperti dalam drama-drama melayu yang kita tonton, secara kebetulan entah macam mana kekasihnya ada sedang berjalan disitu. Dia ternampak perbuatan si Rogayah ni, maka dia pun pergi ke arah Rogayah lalu berkata. "Sampai hati you buat i macam ni. Mulai hari ni, kita putus" yakin saja kenyataan dari dia. Maka, Rogayah menyesal keran buat begitu. Sudahnya, dia hanya tinggal Remi saja sebagai peneman. Kekasihnya lari, jejaka baru tadi pun dia tak dapat. Sekian, tamatlah riwayat Rogayah bersama Remi.

Ok cik Ain Zulaikha saya dah turut serta dalam contest ni. Sila hakimi entri saya ya. Oh, sebelum terlupa, ini adalah hadiah-hadiah yang ditawar kan.

Ok, nak tag rakan-rakan.

Cik Ida

nota kaki kiri: cerita ini tiada kaitan dengang yang hidup sekarang ataupun yang hidup masa zaman dahulu ok. apatah lagi yang sudah tiada di muka bumi. jika ada persamaan kisah hidup secara tiba-tiba(mungkinkah?) ianya hanyalah kebetulan. ini semua rekaan untuk contest sahaja. terima kasih.

9 comments:

Ain Zulaikha said...

terima kasih sudi join kontest saya :) apa2 update akan diberitahu :) goodluck gedung rasa :)

cikida said...

hehe,,gud luck,,tersengih2 lak bace cite ni..hadoii..n thnks tag sy,,jap nk pk cite,,huuuhu..

Sepi tanpa mimpi said...

ain: sama2. dan terima kasih kembali.
cikida: hee, terima kasih. kalau tersengih bagus la. fikirkan cerita ya :)

ms.Teddy said...

cite ko ni kategori mana?

Sepi tanpa mimpi said...

kategori tu hanya ditentukan oleh penganjur saja.

Muslimah Optimis said...

salam klik klik dari MO...

heheh.. kelako la.. pakai kod nak keluar ek.. macam penulis ada pengalaman saja.. hehehe...

MO pon join jugak.. jom baca cerpen MO adn boleh la komen..

hehe..

tq

ɐɥs+ɐɟ said...

hehe.. style la msg pki kod2.. haha

ɐɥs+ɐɟ said...

jom baca cerpen sy, boleh komen juga
http://comelpunye.blogspot.com/2010/12/contest-cerpen-sesedap-rasa.html

Ain Zulaikha said...

ADA UPDATE UNTUK CONTEST INI, SILA TINGGALKAN KOMEN

http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/12/update2-contest-cerpen-sr.html

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails