commercial break

15 December 2010

KEMPEN MENUTUP AURAT, TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA

Assalamualaikum,
Seperti biasa, apa khabar anda sekalian? Semoga sihat dan ceria setiap hari. Amin.
Hari ni, Gedung Rasa telah melewati satu blog yang menganjurkan satu kempen yang menarik perhatian, seperti mana yang dinyatakan dalam tajuk entri ini.

Ok, jujur bicara saya rasa kempen yang dianjurkan oleh penganjurnya iaitu Thepotpetking ini sangat murni tujuannya iaitu untuk menyeru kita bersama-sama menutup aurat.

Seperti yang kita sebagai umat islam ketahui, kita DIWAJIBKAN untuk menutup aurat daripada dilihat oleh orang yang bukan mahram kita. Baik lelaki mahupun perempuan, wajib untuk melakukan perkara yang sama. Biasa tak dengar ayat-ayat seperti ini:
"aku tak tutup aurat, bukan bermakna aku jahat. jangan menilai aku dari segi luaran"
"belum tiba masanya lagi, nanti bila dah tiba masanya saya berubahlah. saya tak mahu nanti orang kata saya berubah sebab terpaksa. biar perubahan itu datang secara ikhlas"
"biarlah apa orang nak kata, ikut suka hati akulah. kubur kita kan lain-lain"
"ini yang orang tak tahu, saya hanya mengikut skrip. nak buat macam mana, itu arahan skrip" 

Maaf bicara, entri kali ini mungkin pedas dan sukar diterima.
Anda biasa dengar bukan ayat seperti di atas? Ok, yang pertama menjadi permasalahan adalah menutup aurat ini bukanlah adat sebaliknya WAJIB. Jadi, biar apapun alasannya hukumnya tidak pernah berubah. Maka, seharusnya jangan sesekali kita melafazkan kata-kata yang mana menunjukkan kita ini jahil ya. Akuilah kesalahan kita, kerana langkah pertama untuk berubah adalah dengan mengenalpasti kesalahan kita. 
Keduanya, walaupun telah menutup aurat, adakalanya kita tak perasan bahawa terdapat juga kesalahannya. Menutup aurat secara tidak sempurna, seringkali terjadi. Walaupun anda menutup aurat, terdapat beberapa kecacatan di sebalik penutupan tersebut. Hanya untuk contoh ya, memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek. Aurat di kepala ditutup, tetapi dibuka pula aurat di tangan. Wajarkah? Fikirkanlah sendiri ya.

Pengakhirannya, ini ada sedikit tips. Sekiranya hendak berubah, lakukan sedikit demi sedikit pun tak mengapa kerana usaha yang berterusan itu lebih baik dari usaha yang besar tapi sementara. Elakkan juga dari menayangkan terlampau banyak gambar anda di dalam blog (yang tidak elok) untuk mengelakkan anda dari melakukan dosa setiap hari (nasihat dari seorang rakan).

Saya juga insan yang tidak sempurna, banyak cacat celanya. Jadi, peringatan ini juga untuk diri saya. Andai kata tersilap bahasa saya, maafkanlah ya. Sudi-sudilah untuk menegur kesilapan saya. Insyaallah semoga kita sama-sama diberkati. 

nota kaki kiri: jika menanti orang sempurna untuk menegur, pasti tiada teguran akan disampaikan kerana kita manusia semuanya tidak sempurna.

saya juga mahu tag

 
Sekian dari saya, Wallahualam. 

13 comments:

CikTomyam said...

yeahh kempen ni yg ku tunggu..huhu~~`

Nieza Micha said...

nice... hope kempen ni berjaye la... huhu...

Hanin said...

bagus bagus :)

pelik gila kot, perempuan pakai tudung, tapi tngan pendek,

or, pakai tudung, baju ketat, macam orang ntah pa pa ja.

WanieShifu said...

seratus peratus wanie suka kempen ini! tahniah pada pengajur... :)
tq pada kamu yang buat entri ni.

Shaofie said...

aku menyokong 1000 peratus kempen ni. seksa gak mata aku pandang yang singkat-singkat ni.. ish.

Ain Zulaikha said...

nice, bagus sape yang buat kempen ni.. :)

GR said...

terima kasih kepada semua yang menyokong kempen ini. anda juga boleh turut sama berkempen :)

Cempakamelati said...

Semua orang memang patut tutup aurat..itu tuntutan agama kita.

Kei Hiroki said...

thanks for supporting ye semua!
semoga usaha kecil kita semua ni diberkati Allah =)

Anonymous said...

=) teruskan amal........

GR said...

cempaka: ya, itulah yang cuba saya sampaikan kat sini

asyfiqaz: tahniah! kerana menganjurkan kempen ini

silah: insyaallah, selagi terdaya

kai azmier said...

bagus kempen ne.. ramai skunk tutup aurat tak betol.. pakai tudung tp pakai skirt takat lutut je.. tepuk dahi jek kalo aq tgk.. haha

GR said...

ya, sokonglah kempen ini ya :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails