commercial break

Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts

30 March 2011

2 cara mudah untuk kurangkan sampah

Assalamualaikum.

GR baru selesai dengan tugasan tahun akhir dan juga ujian. Terasa sedikit kelegaan di situ. Tapi minggu hadapan masih ada pembentangan. Agak gementar memikirkan persoalan-persoalan yang bakal ditanya nanti.
Ok, disebabkan GR baru sahaja selesai ujian untuk subjek alam sekitar, maka entri kali ini ada sedikit perkaitan dengan alam sekitar.

Pernah tak dengar di radio, atau membaca di akhbar dan majalah, malahan menonton di television mengenai kempen-kempen kitar semula dan juga kempen kebersihan. Kalau dalam kempen tu selalunya kita tengok mereka akan menyampaikan mesej bagaimana untuk melakukan kitar semula dan juga kesedaran supaya tidak membuang sampah merata-rata. Agak-agak berkesan ke semua kempen tu? Susah kan nak ubah mentaliti orang-orang di Malaysia ini. Jadi, apa kata selain daripada mengamalkan sepertimana yang pernah anda tonton tu, anda juga boleh buat apa yang GR beritahu hari ni. 
Cara mudah untuk mengurangkan sampah:

Yang pertama:
Sumber google
Hah, apa yang ada pada slip bank ni? Apa yang dapat slip bank ni bantu kita?

Si A pergi ke mesin atm untuk mengeluarkan wang. Selepas mengeluarkan wang, A mengambil slip baki daripada atm dan membaca jumlah baki. Selesai membaca, slip itu dibuang ke dalam tong yang disediakan. Tiba-tiba, datang si B dari belakang dan menepuk bahu A. Perbualan mereka:




B: Wah kau A, bagus betullah kan buang sampah dalam tong sampah.

A: Hah, baru tahu aku bagus. Sebenarnya aku prihatin dengan keadaan sampah yang semakin banyak di bumi kita ni. Kadang-kadang aku sedih dengan keadaan ni. Jadi, ikutlah apa yang aku buat ni. Buang sampah dalam tong sampah.

B: Memang bagus apa yang kau buat ni, tapi sebenarnya ada cara yang lagi bagus untuk mengelakkan bertambahnya jumlah sampah.

A: Eh, tak cukup bagus lagi ke? Apa caranya tu?

B: Ok, cuba kau bayangkan. Kau pergi ke atm untuk keluarkan duit. Lepas tu bila kau dah selesai, dapat slip kau terus buang. Tapi cuba kau buat macam ni pula. Kau pergi ke atm untuk keluarkan duit. Sebelum kau keluarkan duit tu, apa kata kau tengok baki dulu, kemudian baru keluarkan duit. Lepas tu bila ditanya nak slip atau tidak, pilih tidak. Baki tu kau kiralah sendiri, bukannya susah pun nak kira baki kan? 




Hah, kan dah jimat kertas tu. Kalau semua orang buat benda yang sama, boleh bayangkan berapa banyak kertas yang kita dah jimatkan dan berapa banyak sampah yang dapat dikurangkan? Secara tak langsung kita dah buat pengurangan dari segi penghasilan sampah dan penggunaan kertas.

Yang kedua
sumber google
Anda semua mesti biasa pergi ke kedai untuk membeli barangan samada banyak atau tidak, semuanya menggunakan plastik. Sekarang ni pun sesetengah pasaraya sudah mengambil bahagian dalam kempen tanpa plastik pada setiap hari sabtu. GR sangat menggalakkan kempen tanpa plastik ni dan sokongan harus diberikan oleh semua pasaraya. Tapi, tak bolehlah kalau nak harapkan satu hari sahaja tanpa beg plastik. Memang susah kalau orang-orang yang membeli barang banyak-banyak untuk tidak membungkus barang mereka. Tapi kita fokus pada orang-orang yang membeli barang sedikit ni.

Ni hah, bagi orang-orang yang ke kedai dengan tujuan membeli barang sedikit sahaja. Kalau setakat beli pen sebatang ke, beli roti dengan air kotak saja, beli air mineral satu botol, takkan nak minta plastik juga? Perlu ke plastik? Cuba untuk tak guna plastik pada barang-barang yang sedikit macam tu. Banyak kesannya kalau kebanyakan orang buat perkara yang sama. Penggunaan plastik dapat dikurangkan, pembuangan plastik juga turut dikurangkan. 

GR juga sebenarnya turut mengamalkan dua perkara ni, sebab tu GR berani untuk mengajak anda semua supaya melakukan perkara yang sama sekadar sebagai tambahan kepada kempen-kempen yang sedia ada.
Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat kan?

Sekian sahaja untuk entri kali ini.
Wassalam.

nota kaki kiri: realitinya, alam kita semakin hari semakin sakit :(
*terima kasih kepada Amira Atiya atas tunjuk ajar.

15 January 2011

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula

Assalamualaikum.
Hah, buat pertama kalinya saya ingin menganjurkan pertandingan untuk para pembaca blog sekalian.

Seperti yang tertera di dalam poster pertandingan ini, saya ingin menganjurkan satu pertandingan yang saya rasa berfaedah untuk kita semua.
Apa itu kitar semula?

Syarat-syarat pertandingan ini adalah:
  1. Paparkan poster pertandingan ini di dalam entri anda dan juga di ruangan tepi blog anda (sidebar) dan juga sila sertakan pautan (link) ke entri ini bukan ke blog ini ya (untuk memudahkan orang lain turut sama menyertai)
  2.  Entri hendaklah bertajuk Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula? Bukannya contest ya.
  3. Entri anda hendaklah menceritakan mengenai kitar semula. Apa yang anda tahu mengenai kitar semula. Apa-apa sahaja yang anda rasakan ada perkaitannya dengan kitar semula, boleh anda ceritakan. Sebagai contoh, cara-cara mengitar semula, bahan-bahan yang boleh dikitar semula, amalan kitar semula anda, dan sebagainya.
  4. Format entri tidak ditetapkan, anda boleh menulis secara penceritaan (pengalaman dan lain-lain), secara nota ringkas dan jika anda ada fakta-fakta menarik juga digalakkan.
  5. Pilihan untuk menjadi pengikut adalah di tangan anda, tiada paksaan. Tapi untuk memudahkan anda menerima kemaskini yang mungkin akan diberitahu nanti, lebih baik anda jadi pengikut blog ini. 
  6. Jumlah pemenang belum lagi ditetapkan, berkemungkinan 5 pemenang akan dipilih. 
  7. Hadiah akan diumumkan pada masa akan datang.
  8. Peserta tidak semestinya penulis blog, yang tidak memiliki blog boleh juga menyertai. Anda boleh menaip di dalam format words ataupun pdf dan emelkan kepada fitrikarim88@gmail.com. Dokumen anda juga harus disertakan dengan poster pertandingan ya. 
 Saya akan kategorikan entri anda melalui 3 kategori iaitu:
  • Kategori entri bijak
  • Kategori penceritaan menarik
  • Kategori entri khas
Untuk kategori entri khas ini, penilaian akan dibuat berdasarkan keunikan penceritaan anda melalui bahasa yang anda gunakan samada Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris.

Tarikh tamat pertandingan adalah pada 15/2/2011 jam 11.59 malam.

nota kaki kiri: pertama kali menganjurkan pertandingan, risau tak ramai yang turut serta. 

*kemaskini
lupa nak pesan. tinggalkan link anda di ruangan komen saya ya. :)

Hadiah di SINI 

Contest Cintai Alam Sekitar

Assalamualaikum.
Hah, berdasarkan tajuk entri saya kali ini saya ingin menyertai pertandingan yang sangat baik saya rasakan oleh Ammar. Hadiahnya memang lumayan, dan pertandingan seperti ini amat sesuai dengan misi saya! hehe.
Ok, saya tak mahu berlengah lagi.


Sebab apa saya sangat menyokong pertandingan ini?
Sebabnya saya mengambil jurusan kejuruteraan awam di bawah major alam sekitar.
Jadi, sedikit sebanyak realiti yang berlaku di sekeliling kita ada di dalam pengetahuan saya.
Ok, langkah yang saya rasakan sangat perlu dipraktikkan bukan sahaja di rumah tetapi di setiap bahagian dengan penglibatan setiap pihak.
  • Langkah yang paling mudah untuk menyelamatkan alam sekitar! Kitar semula. Satu proses yang mudah dan ringkas, tapi sangat menyumbang kepada penjimatan tenaga dan penghasilan semula bahan dengan kadar yang lebih jimat.
  • Ok, sedikit sensitif. Hentikan pembangunan tidak terancang. Banyak pembangunan yang terbengkalai dan terhenti di pertengahan proses pembinaan. Kesannya? Pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut di mana tapak pembinaan itu tidak boleh untuk diuruskan semula. Pihak yang terlibat dan puncanya? Fikirkanlah ya.
  • Undang-undang? Panjang kalau hendak dikupas mengenai undang-undang ni. Masalah rasuah menjadi penghalang kepada perlaksanaan undang-undang. Apa-apa pun, undang-undang jika dapat dipraktikkan dengan telus maka pencemaran dapat dikurangkan.
  • Kita sering melihat dan mendengar mengenai isu ini, masalah pembuangan sampah merata-rata. Jadi untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar, kita sendiri harus ada kesedaran. Bukan sekadar memahami, malah mengamalkan gaya hidup yang boleh mengurangkan pencemaran.
Rasanya cukuplah sedikit saranan daripada saya. Disebabkan penganjur tidak membenarkan peserta untuk membuat esei, jadi mungkin sedikit sahaja yang dapat saya sampaikan. Kalau tak, susah penganjur hendak membaca entri saya nanti, hehe. Apa-apa pun, usaha murni oleh penganjur ini sangat saya hargai. Sokongan dari saya adalah seratus peratus untuk beliau. Cukup sekadar untuk renungan bersama, kita belum lagi kehabisan tanah untuk membina tapak pelupusan sampah. Tapi jika gaya hidup yang buruk terus menerus diamalkan, percayalah anda mungkin tidak akan menjumpai hutan rimba di masa hadapan kelak.

Sedikit maklumat mengenai kitar semula, anda boleh baca di SINI 
Gambar dari saya:

Tak edit untuk lebih asli! :P
Ok, rasanya dah lengkap syarat-syarat penyertaan. 
Jadi, harap-harap penganjur bukan sahaja dapat menilai, tetapi dapat mendengar cadangan dari pelbagai pihak.
Sekian terima kasih.
Wassalam

nota kaki kiri: misi untuk menjejak blog malam ini. hanya satu malam! :( 

28 December 2010

Saya Blogger Melaka

Assalamualaikum.
Kepada yang menanti sambungan kisah promosi harap bersabar ya. Saya sedang mengusahakan dua entri hari ini.
Cuma saya terlihat laman BPM yang sedang menjalankan kempen senarai penulis blog ikut negeri. Anda boleh klik SINI untuk lihat. Jadi, saya nak turut serta sebentar.
Ini adalah senarai data-data yang dikehendaki:

Perbuatan terlarang seperti ini hanya boleh dilakukan di Melaka.

Nama: Mohd Fitri Abdul Karim, orang biasa panggil Fitri, Fit

Status: Bujang dan masih mencari calon 

 Cara nak hubungi saya:  
  • www.facebook.com/mohdfitri.abdulkarim
  • ym: feat_88mlk
  • skype: fitri.karim
  • email: fitrikarim88@gmail.com 
Daerah: Jasin

Tempat tinggal: Kg Seri Minyak

Apa yang menarik di sini: Ada perkampungan ikan bakar, ada tempat pelancongan iaitu Pulau Besar, Pantai Siring (disebut dalam bajet 2011, hihi) dan akhir sekali sebab tempat ini menarik adalah kerana saya tinggal di sini.  

Jadi, kalau ada blogger yang nak datang Melaka untuk jumpa saya, boleh hubungi saya melalui medium yang saya nyatakan di atas kalau mahukan apa-apa maklumat.

Sekian dari saya, SAYA BLOGGER MELAKA 

23 December 2010

Promosi Istimewa Hujung Tahun

Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Sempena hujung tahun menjelang tiba, 2011 juga bakal muncul.
Saya nak cuba buat sesuatu yang penulis blog lain dah buat.

sumber dari google

Saya akan buat satu banyak entri khas bersambung untuk mempromosikan blog-blog yang mahu melibatkan diri.
Jadi, jika anda berminat untuk terlibat sama sila tinggalkan alamat blog anda di ruangan komen.
Walaupun saya tidak mampu untuk menjanjikan trafik anda akan meningkat dengan mendadak selepas dipromosikan oleh saya, tapi sekurang-kurangnya kita akan sama-sama dapat mengenali blog-blog yang ada terutama blog-blog yang baru seperti saya.
Mungkin ada sedikit perubahan yang akan berlaku nanti. Siapa tahu kan?

Jadi, kepada sesiapa yang mahu dipromosikan, sila tinggalkan alamat blog anda ya.
Tidak perlu untuk buat entri khas, cukup sekadar di ruangan komen sahaja.
Juga tiada paksaan untuk jadi pengikut.  
Cepat-cepat nyatakan alamat blog anda ya. 
Ruangan ini dibuka sehingga 26 Disember 2010  25 Disember 2010 (11.59 pm)

nota kaki kiri: ya, saya hanya seorang penulis blog yang baru. jadi?

*kemaskini
PROMOSI PERTAMA 
PROMOSI KEDUA  
PROMOSI KETIGA
PROMOSI KEEMPAT

Tarikh terpaksa dipendekkan untuk mengelakkan dari kekurangan masa :) 

17 December 2010

Hidup bergelumang sampah

Assalamualaikum.
Selamat hari jumaat kepada semua.
Kepada kaum lelaki muslimin, jangan lupa solat jumaat ya pada hari ini.


Biasa tak anda lihat situasi seperti di atas?
Saya yakin, ramai di antara anda menggelengkan kepala apabila melihat situasi seperti ni di sesuatu kawasan bukan. Ok, sampah di mana-mana.

Hari ni, saya hendak menyeru kepada anda semua untuk melakukan sesuatu perkara iaitu KITAR SEMULA.
Susah ke melakukan kitar semula ni? Mungkin susah kalau sebut kitar semula, tapi senang nak buat kalau ianya RECYCLING. Sama saja keduanya kan.

Kenapa kita perlu lakukan kitar semula ni?
"Alah, kitorang dah tahulah. Buat apalah nak cakap perkara yang dah lapuk macam ni" 
"Alah, kalau aku seorang saja yang buat mana ada kesan. Jadi, baik aku buang saja sampah tu"
Hah, ayat lazim yang akan keluar dari mulut orang ramai.
Sebenarnya, walau sedikit mana anda lakukan kitar semula itu, ianya tetap membantu.
Bayangkan, kalau setiap orang melakukan perkara yang sama. Bukankah kuantitinya akan jadi banyak walaupun semua orang hanya melakukan sedikit kitar semula di rumah.

 Anda tahu tempat ni? Ini adalah pusat rawatan dan pelupusan sampah. Kalau saya nak menceritakan proses dan permasalahan yang terjadi di pusat ini, rasanya tidak cukup untuk entri ni.
Jadi, cuma yang ingin saya beritahu adalah walaupun terdapat banyak pusat seperti ini dalam negara kita, ianya belum tentu dapat menampung sampah yang dihasilkan oleh penduduk negara ini.
Setiap hari jumlah sampah semakin meningkat. Jadi, kitar semula adalah perlu untuk mengurangkan jumlah sampah yang perlu dirawat oleh pusat ini. Isu ini tak pernah lapuk ya, kerana kalau nak dibandingkan dengan negara-negara maju, negara kita masih ketinggalan jauh dari segi kitar semula.

Cara yang paling mudah untuk menambah lagi jangka hayat pusat rawatan ini adalah dengan melakukan kitar semula. Saya tahu, sistem kitar semula di negara kita belum lagi mencapai tahap terbaik kerana kemudahan pusat kitar semula dan tong-tong kitar semula tidak berada pada tahap maksima, tapi tidak ada salahnya jika kita membantu dengan melakukannya di rumah dengan inisiatif sendiri.

Insyaallah, akan datang saya akan menerangkan serba sedikit mengenai sistem pembuangan sampah di Malaysia dan  masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.
Saya ada mempelajarinya dan juga melihat sendiri apa yang berlaku di pusat ini.

Ini gambar tong kitar semula, anda semua tahu bukan
Oleh itu, mari kita sama-sama lakukan kitar semula, untuk mengelakkan HIDUP KITA BERGELUMANG SAMPAH pada masa akan datang.
Insyaallah, sedikit usaha tetap membantu.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: percaya tak, orang yang menguruskan kitar semula di pusat pelupusan sampah mampu untuk membeli kereta mewah!

15 December 2010

KEMPEN MENUTUP AURAT, TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA

Assalamualaikum,
Seperti biasa, apa khabar anda sekalian? Semoga sihat dan ceria setiap hari. Amin.
Hari ni, Gedung Rasa telah melewati satu blog yang menganjurkan satu kempen yang menarik perhatian, seperti mana yang dinyatakan dalam tajuk entri ini.

Ok, jujur bicara saya rasa kempen yang dianjurkan oleh penganjurnya iaitu Thepotpetking ini sangat murni tujuannya iaitu untuk menyeru kita bersama-sama menutup aurat.

Seperti yang kita sebagai umat islam ketahui, kita DIWAJIBKAN untuk menutup aurat daripada dilihat oleh orang yang bukan mahram kita. Baik lelaki mahupun perempuan, wajib untuk melakukan perkara yang sama. Biasa tak dengar ayat-ayat seperti ini:
"aku tak tutup aurat, bukan bermakna aku jahat. jangan menilai aku dari segi luaran"
"belum tiba masanya lagi, nanti bila dah tiba masanya saya berubahlah. saya tak mahu nanti orang kata saya berubah sebab terpaksa. biar perubahan itu datang secara ikhlas"
"biarlah apa orang nak kata, ikut suka hati akulah. kubur kita kan lain-lain"
"ini yang orang tak tahu, saya hanya mengikut skrip. nak buat macam mana, itu arahan skrip" 

Maaf bicara, entri kali ini mungkin pedas dan sukar diterima.
Anda biasa dengar bukan ayat seperti di atas? Ok, yang pertama menjadi permasalahan adalah menutup aurat ini bukanlah adat sebaliknya WAJIB. Jadi, biar apapun alasannya hukumnya tidak pernah berubah. Maka, seharusnya jangan sesekali kita melafazkan kata-kata yang mana menunjukkan kita ini jahil ya. Akuilah kesalahan kita, kerana langkah pertama untuk berubah adalah dengan mengenalpasti kesalahan kita. 
Keduanya, walaupun telah menutup aurat, adakalanya kita tak perasan bahawa terdapat juga kesalahannya. Menutup aurat secara tidak sempurna, seringkali terjadi. Walaupun anda menutup aurat, terdapat beberapa kecacatan di sebalik penutupan tersebut. Hanya untuk contoh ya, memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek. Aurat di kepala ditutup, tetapi dibuka pula aurat di tangan. Wajarkah? Fikirkanlah sendiri ya.

Pengakhirannya, ini ada sedikit tips. Sekiranya hendak berubah, lakukan sedikit demi sedikit pun tak mengapa kerana usaha yang berterusan itu lebih baik dari usaha yang besar tapi sementara. Elakkan juga dari menayangkan terlampau banyak gambar anda di dalam blog (yang tidak elok) untuk mengelakkan anda dari melakukan dosa setiap hari (nasihat dari seorang rakan).

Saya juga insan yang tidak sempurna, banyak cacat celanya. Jadi, peringatan ini juga untuk diri saya. Andai kata tersilap bahasa saya, maafkanlah ya. Sudi-sudilah untuk menegur kesilapan saya. Insyaallah semoga kita sama-sama diberkati. 

nota kaki kiri: jika menanti orang sempurna untuk menegur, pasti tiada teguran akan disampaikan kerana kita manusia semuanya tidak sempurna.

saya juga mahu tag

 
Sekian dari saya, Wallahualam. 

13 December 2010

Parti Komponen Berbelah Bahagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca dan penulis blog.
Hari ini, undian untuk Blog Baru Pilihan Malaysia 2010 telah dibuka kepada semua pengundi.
Gedung Rasa juga tidak terkecuali daripada mengambil bahagian di dalam pengundian tersebut.

Kepada pembaca-pembaca budiman sekalian, saya berharap agar anda dapat mengundi saya yang tersenarai di dalam senarai pilihan ke-9 dengan nombor 355 dengan seikhlas mungkin. Saya tidak berharapan besar untuk mara ke peringkat seterusnya kerana blog ini bukanlah blog pilihan. Saya tidak berbakat untuk melawak, tidak berbakat untuk menunjukkan kreativiti, tidak berpengetahuan luas untuk berkongsi, tetapi semua penulisan saya adalah lahir dari pemikiran saya dengan cara penulisan saya sendiri dan seikhlas yang mampu.

Jadi, sekiranya terdapat pembaca yang mengundi untuk saya, itu adalah satu penghargaan bagi saya.
Undian boleh dibuat di SINI dengan memilih nombor 355 untuk gedungrasa.blogspot.com. Jadi, saya berharap agar anda sebagai pembaca mengundi dengan ikhlas ya. Sekiranya anda berminat dengan blog ini, undilah saya. Tiada paksaan ke atas anda. ^_^

nota kaki kiri: berkempen bukanlah perkara mudah!

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails