commercial break

15 January 2011

Contest Cintai Alam Sekitar

Assalamualaikum.
Hah, berdasarkan tajuk entri saya kali ini saya ingin menyertai pertandingan yang sangat baik saya rasakan oleh Ammar. Hadiahnya memang lumayan, dan pertandingan seperti ini amat sesuai dengan misi saya! hehe.
Ok, saya tak mahu berlengah lagi.


Sebab apa saya sangat menyokong pertandingan ini?
Sebabnya saya mengambil jurusan kejuruteraan awam di bawah major alam sekitar.
Jadi, sedikit sebanyak realiti yang berlaku di sekeliling kita ada di dalam pengetahuan saya.
Ok, langkah yang saya rasakan sangat perlu dipraktikkan bukan sahaja di rumah tetapi di setiap bahagian dengan penglibatan setiap pihak.
  • Langkah yang paling mudah untuk menyelamatkan alam sekitar! Kitar semula. Satu proses yang mudah dan ringkas, tapi sangat menyumbang kepada penjimatan tenaga dan penghasilan semula bahan dengan kadar yang lebih jimat.
  • Ok, sedikit sensitif. Hentikan pembangunan tidak terancang. Banyak pembangunan yang terbengkalai dan terhenti di pertengahan proses pembinaan. Kesannya? Pencemaran alam sekitar di kawasan tersebut di mana tapak pembinaan itu tidak boleh untuk diuruskan semula. Pihak yang terlibat dan puncanya? Fikirkanlah ya.
  • Undang-undang? Panjang kalau hendak dikupas mengenai undang-undang ni. Masalah rasuah menjadi penghalang kepada perlaksanaan undang-undang. Apa-apa pun, undang-undang jika dapat dipraktikkan dengan telus maka pencemaran dapat dikurangkan.
  • Kita sering melihat dan mendengar mengenai isu ini, masalah pembuangan sampah merata-rata. Jadi untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar, kita sendiri harus ada kesedaran. Bukan sekadar memahami, malah mengamalkan gaya hidup yang boleh mengurangkan pencemaran.
Rasanya cukuplah sedikit saranan daripada saya. Disebabkan penganjur tidak membenarkan peserta untuk membuat esei, jadi mungkin sedikit sahaja yang dapat saya sampaikan. Kalau tak, susah penganjur hendak membaca entri saya nanti, hehe. Apa-apa pun, usaha murni oleh penganjur ini sangat saya hargai. Sokongan dari saya adalah seratus peratus untuk beliau. Cukup sekadar untuk renungan bersama, kita belum lagi kehabisan tanah untuk membina tapak pelupusan sampah. Tapi jika gaya hidup yang buruk terus menerus diamalkan, percayalah anda mungkin tidak akan menjumpai hutan rimba di masa hadapan kelak.

Sedikit maklumat mengenai kitar semula, anda boleh baca di SINI 
Gambar dari saya:

Tak edit untuk lebih asli! :P
Ok, rasanya dah lengkap syarat-syarat penyertaan. 
Jadi, harap-harap penganjur bukan sahaja dapat menilai, tetapi dapat mendengar cadangan dari pelbagai pihak.
Sekian terima kasih.
Wassalam

nota kaki kiri: misi untuk menjejak blog malam ini. hanya satu malam! :( 

7 comments:

Nieza Micha said...

wahh... gud luck...^_^

kat ne tu..? nampak lawa la tempat tu... huhu...

GR said...

terima kasih.
kat mana? bandar melaka. hehe

Annisa said...

hope ramai yang sayangkan alam sekitar sekarang ni and cakap tentang kitar semula, saya dah lama tengok tong 3 kaler tu =.=' ish, banyak tin and kertas dibuang macam tu je ;')

ain revival said...

thanks yer prasan kecilapan saye..
jasa anda amat dihargaii..
hehe..:P

GR said...

nisa: insyaallah. kesedaran itu akan datang secara perlahan-lahan. hanya perlu terus menerus berusaha.

ain: sama-sama. ingatkan bersama-sama

Ammar said...

Cantik gambar. Terima kasih sebab sudi join contest ni

Anonymous said...

gambar kamo cntik..

ila pown join.. adiah dye besh kn?? jum tgk ila pnye entri lak.. nk??

http://vanillasynus.blogspot.com/2011/01/contest-cintai-alam-sekitar.html

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails