commercial break

07 January 2011

ini benar-benar berlaku

Assalamualaikum.
Apa khabar anda? Rindulah dengan kehidupan sebagai penulis blog seperti semasa cuti semester sebelum ni.
Apa-apa pun saya kena terima hakikat bahawa saya tidak boleh terlampau aktif dalam menulis blog, kerana saya seorang pelajar, hehe.

Berdasarkan tajuk entri saya anda rasa apa yang berlaku?
Hah, saya sendiri seakan sukar untuk percaya kehidupan saya yang baru sekarang. 
Saya sudah tinggal di rumah sewa yang baru dengan cara hidup yang baru.
Apa yang baru?

Saya tak percaya yang saya sudah mula memasak sendiri! Hehe.
Tak sangka sebenarnya, walaupun tak pernah belajar memasak tapi boleh juga memasak lauk untuk dimakan.
Tapi semestinya hanya lauk yang biasa sahajalah.
Tak boleh lawan lagi mak di rumah, makcik-makcik, kawan-kawan perempuan yang pastinya pandai memasak.
Tak mengapalah kan, sekurang-kurangnya saya sudah tahu serba sedikit dalam memasak.

Ok, saya tak mahu membebel panjang.
Cuma nak tunjuk sedikit gambar masakan saya.
Awas! Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk! Sebabnya memang tak ada apa yang bagus pun, hehe.


ayam goreng kunyit
 dua gambar di bawah merupakan lauk yang saya masak buat kali pertama! ^_^

sambal udang
sayur goreng

Ok, saya tahu anda memang tak hairan dengan masakan saya.
Masakan yang sangat mudah bagi anda kan? 
Saya masih dalam proses untuk belajar memasak ok!
Jadi, tunjukkan sokongan anda kepada saya.
Nanti saya boleh masakkan untuk anda, siapa tahu? hehe.
Sekian sahaja kali ini.

nota kaki kiri: ada sesiapa mahu ajar saya memasak?

10 comments:

Anisa said...

bestnye pandai masak (:

Nieza Micha said...

wah... cayalah... nampak sedap... bak la sikit... nak rase... ngeh3...XD

lepas ni masak resepi lain pulak... hehe...^_^

GR said...

nisa: taklah pandai sangat. huhu

nieza: sedap jugaklah masa rasa hari tu, haha.
insyaallah, ingin mencuba lagi :)

Sakina Shaharudin said...

wahh good good good anak mak ! HAHA bestkan masak masak :)

♥diLahAmZa♥ said...

fit... sem ni aku nak kau jdi maid aku.. d0k lam blik aku.. mskkan t0k aku n bas0hkan bju aq.. leyh kan..

Yuny Khoo said...

lagi terer masak drpd saya.. hehehee :P

GR said...

kina: hehe, tak adalah bagus sangat.

fad: gaji aku 5 ribu boleh?

yuny: hehe, taklah. saya baru belajar :)

Anonymous said...

wohoo..gedung masak memasak...dah pass dh ni msk kt future wife...keh3
agak2 lepas x nti jmpe mak mentua??
*eh tbalik plak..lalalalala

shida mj said...

dah boleh kahwin dah ni..haha

GR said...

silah: haha mak mentua? eh, memang terbalik tu. haha

kak shida: erk, lambat lagi tu. hehe

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails