Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Fuh, lamanya tak kemaskini blog ni. Saya sangat sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar. Projek tahun akhir, ujian, tugasan mingguan. Oh, sangat sibuk ok.
Jadi, adalah kawan budiman saya yang bertanya kenapa tak kemaskini. Orang itu adalah si penggila oreo cik Nieza kita. Saya dah jawab soalan awak kan? hehe
Anda dah turut serta dalam pertandingan saya? Kalau mahu tahu boleh klik pada banner di tepi blog ok.
Ok, berbalik kepada tajuk entri saya kali ni. Rasanya semua dah tahu mengenai BE ni, cuma cara nak mendapatkannya saja yang masih samar-samar. Saya hendak sarankan kepada anda semua satu tips.
Pertama sekali saya nak ingatkan ini hanya tips yang diamalkan oleh saya dan ianya bukan jaminan anda akan menerima BE selepas melakukan perkara yang saya sarankan. Cuma ianya berbaloi untuk mencuba.
Keduanya, saya bukan penulis blog senior yang boleh dijadikan rujukan tepat. Saya hanya berkongsi apa yang saya pernah buat kepada anda semua.
Sebelum ini, selama saya menulis blog saya tidak pernah menerima sebarang BE.
Tapi, selepas saya membaca blog-blog penulis senior saya telah mencuba satu tips. Alhamdulillah tips itu menjadi sampai hari ini. Apa yang saya lakukan adalah MENGEMASKINI DATA BLOGGER di dalam laman Nuffnang.
Untuk lebih jelas, saya sertakan gambar sekali.
Klik untuk tumbesaran yang sihat dan cergas |
Kalau boleh, proses kemaskini ini dijalankan dengan seteliti yang mungkin terutama mengenai blog anda. Lebih bagus kalau anda menulis dengan maklumat yang menarik.
Mengapa? Ini adalah kerana data-data ini akan dilihat oleh pengiklan dan menjadi kayu ukuran samada mereka akan berminat untuk memilih blog anda. Jelas?
Maaf, tapi saya nak kata satu perkara. Rasanya isu trafik tidak menjadi persoalan untuk BE ini kerana trafik di blog saya sendiri sangat rendah dan saya jarang kemaskini blog kerana sibuk.
Jadi, anda boleh cuba tips yang saya sarankan ini. Jika anda masih ragu-ragu kerana saya orang yang baru, cubalah lihat gambar di bawah ini.
Cuba tengok tarikh BE pertama saya |
Hari ini genap 2 bulan sejak saya mula menerima BE dan BE terbaru yang saya terima adalah pada hari ini setelah satu lagi BE menjadi ME.
Jadi, anda percaya? Terpulang. Saya bukan mahu riak atau menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar berkongsi apa yang saya rasa patut dikongsikan kepada penulis blog yang lain supaya kita sama-sama menerima faedahnya.
Sekian itu sahaja permulaan entri saya sempena cuti raya cina ini. Insyaallah, blog ini akan kembali aktif dalam masa seminggu cuti ini.
Wassalam~~
nota kaki kiri: BE banyak, tapi trafik rendah tidak menjana pendapatan yang banyak :(
7 comments:
woaa..nice2.. =)
terharu nye.. hehe...^_^
2 minggu lpz baru kemaskini kot.. nak kemaskini lagi tak tau nak tulis ape lg... huhu...
nub: hehe, terima kasih
nieza: hehe tak perlu terharu pun. cuba lagi, lepas ni kalau ada idea kemaskini saja. hehe
:)
tips yang bergunaaaaaaaaaaaaa ;) tenkiuuuu ^_^
mira: sama-sama :)
thanks 4 info. :)
rasydan: sama-sama
:)
Post a Comment