Assalamualaikum.
GR baru selesai dengan tugasan tahun akhir dan juga ujian. Terasa sedikit kelegaan di situ. Tapi minggu hadapan masih ada pembentangan. Agak gementar memikirkan persoalan-persoalan yang bakal ditanya nanti.
Ok, disebabkan GR baru sahaja selesai ujian untuk subjek alam sekitar, maka entri kali ini ada sedikit perkaitan dengan alam sekitar.
Pernah tak dengar di radio, atau membaca di akhbar dan majalah, malahan menonton di television mengenai kempen-kempen kitar semula dan juga kempen kebersihan. Kalau dalam kempen tu selalunya kita tengok mereka akan menyampaikan mesej bagaimana untuk melakukan kitar semula dan juga kesedaran supaya tidak membuang sampah merata-rata. Agak-agak berkesan ke semua kempen tu? Susah kan nak ubah mentaliti orang-orang di Malaysia ini. Jadi, apa kata selain daripada mengamalkan sepertimana yang pernah anda tonton tu, anda juga boleh buat apa yang GR beritahu hari ni.
Cara mudah untuk mengurangkan sampah:
Yang pertama:
Sumber google |
Hah, apa yang ada pada slip bank ni? Apa yang dapat slip bank ni bantu kita?
Si A pergi ke mesin atm untuk mengeluarkan wang. Selepas mengeluarkan wang, A mengambil slip baki daripada atm dan membaca jumlah baki. Selesai membaca, slip itu dibuang ke dalam tong yang disediakan. Tiba-tiba, datang si B dari belakang dan menepuk bahu A. Perbualan mereka:
B: Wah kau A, bagus betullah kan buang sampah dalam tong sampah.
A: Hah, baru tahu aku bagus. Sebenarnya aku prihatin dengan keadaan sampah yang semakin banyak di bumi kita ni. Kadang-kadang aku sedih dengan keadaan ni. Jadi, ikutlah apa yang aku buat ni. Buang sampah dalam tong sampah.
B: Memang bagus apa yang kau buat ni, tapi sebenarnya ada cara yang lagi bagus untuk mengelakkan bertambahnya jumlah sampah.
A: Eh, tak cukup bagus lagi ke? Apa caranya tu?
B: Ok, cuba kau bayangkan. Kau pergi ke atm untuk keluarkan duit. Lepas tu bila kau dah selesai, dapat slip kau terus buang. Tapi cuba kau buat macam ni pula. Kau pergi ke atm untuk keluarkan duit. Sebelum kau keluarkan duit tu, apa kata kau tengok baki dulu, kemudian baru keluarkan duit. Lepas tu bila ditanya nak slip atau tidak, pilih tidak. Baki tu kau kiralah sendiri, bukannya susah pun nak kira baki kan?
Hah, kan dah jimat kertas tu. Kalau semua orang buat benda yang sama, boleh bayangkan berapa banyak kertas yang kita dah jimatkan dan berapa banyak sampah yang dapat dikurangkan? Secara tak langsung kita dah buat pengurangan dari segi penghasilan sampah dan penggunaan kertas.
Yang kedua
sumber google |
Anda semua mesti biasa pergi ke kedai untuk membeli barangan samada banyak atau tidak, semuanya menggunakan plastik. Sekarang ni pun sesetengah pasaraya sudah mengambil bahagian dalam kempen tanpa plastik pada setiap hari sabtu. GR sangat menggalakkan kempen tanpa plastik ni dan sokongan harus diberikan oleh semua pasaraya. Tapi, tak bolehlah kalau nak harapkan satu hari sahaja tanpa beg plastik. Memang susah kalau orang-orang yang membeli barang banyak-banyak untuk tidak membungkus barang mereka. Tapi kita fokus pada orang-orang yang membeli barang sedikit ni.
Ni hah, bagi orang-orang yang ke kedai dengan tujuan membeli barang sedikit sahaja. Kalau setakat beli pen sebatang ke, beli roti dengan air kotak saja, beli air mineral satu botol, takkan nak minta plastik juga? Perlu ke plastik? Cuba untuk tak guna plastik pada barang-barang yang sedikit macam tu. Banyak kesannya kalau kebanyakan orang buat perkara yang sama. Penggunaan plastik dapat dikurangkan, pembuangan plastik juga turut dikurangkan.
GR juga sebenarnya turut mengamalkan dua perkara ni, sebab tu GR berani untuk mengajak anda semua supaya melakukan perkara yang sama sekadar sebagai tambahan kepada kempen-kempen yang sedia ada.
Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat kan?
Sekian sahaja untuk entri kali ini.
Wassalam.
nota kaki kiri: realitinya, alam kita semakin hari semakin sakit :(
*terima kasih kepada Amira Atiya atas tunjuk ajar.
*terima kasih kepada Amira Atiya atas tunjuk ajar.
2 comments:
haha yg care 1st tu mmg kne gune otak tok kire laju2. x pon gune kalkulator kan. hehe
eh plastik kt jusco sini ari2 dh x de plastik. no more plastic. tp kalo byr doposen ade la. haishhh. ade jgk.
erkkk~
hehe, tapi kan kalau keluar duit guna atm mana ada perpuluhan semua. semuanya genap kan? jadi tak susah pun nak kira. huhu.
tak biasa beli barang kat jusco. :P
Post a Comment