commercial break

05 March 2011

Saya putus cinta, bagaimana nak buat?

Assalamualaikum, selamat pagi semua.
Kepada semua yang berpasangan, maaf jika anda terasa ketika membaca entri ini.
GR menerima permintaan daripada seorang rakan untuk menulis sesuatu tentang jodoh.
Jadi, sila baca dengan hati yang terbuka.

sumber google
"Awak, saya tak tahu macam mana nak lupakan awak. Walaupun saya tahu awak bukan milik saya, tapi saya tak boleh nak buang perasaan saya pada awak. Saya sayang awak sangat."
"Awak, awak tahu tak saya dah berusaha untuk cuba lupakan awak. Tapi tetap tak boleh. Walaupun saya dah cuba untuk mencari pengganti awak, tapi dia tak sama macam awak."

Bercinta memang indah bagi manusia, dan sememangnya manusia diciptakan dengan naluri untuk mencari pasangan yang serasi. Tetapi apabila putus cinta, bukan bermakna anda perlu menutup ruang dan hati anda malahan hanya mengharap pada orang yang anda cinta.
Bukan sekali dua GR menerima soalan bagaimana hendak melupakan orang yang bukan hak milik kita.
Jadi, kali ini GR akan cuba untuk bercerita sedikit mengenai cinta.


PUTUS CINTA BUKAN BERMAKNA DUNIA DAH BERAKHIR 

Putus cinta bukan bermakna kita tiada lagi matlamat hidup untuk diteruskan. Banyak juga kes-kes yang kita lihat di dada-dada akhbar berkaitan dengan bunuh diri dan bunuh pasangan kerana putus cinta.
Bangunlah sahabat sekalian, bukan bermakna tiada cinta maka kehidupan kita tidak boleh diteruskan.
Malah, jika dilihat dari sudut yang lain, kehidupan tanpa cinta adakalanya menyeronokkan. Cinta yang dimaksudkan adalah cinta kepada pasangan. Mustahil jika kehidupan kita tiada cinta. Cinta merupakan aspek keseluruhan dalam hidup kita dan setiap hari kita bercinta.
Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada ibu bapa dan keluarga, cinta kepada rakan, cinta kepada keamanan, cinta kepada negara dan berbagai lagi cinta yang ada.
Lihat? Setiap hari sebenarnya kita bercinta. Jadi mengapa harus bersedih seperti tiada lagi perkara yang boleh kita lakukan?

BAGAIMANA MENGAWAL CINTA? 

Bila bercinta, anda harus ingat bahawa orang yang kita cintai bukan semestinya jodoh kita.
Pendirian GR dalam bercinta, jangan terlampau obses dengan pasangan kita. Bagaimana yang dikatakan obses itu? Biar GR beri beberapa contoh:
  • Menganggap kekasih seperti seorang isteri. Belum berkahwin, tapi segalanya sudah dikongsi. Salah satu contoh perkongsian adalah membeli kereta bersama.
  • Tidak boleh berenggang dengan kekasih. Jika boleh, setiap aktiviti mesti melibatkan kekasih.
  • Mengawal setiap tindakan kekasih. Setiap perkara harus dilaporkan. Kalau boleh rasa macam nak pasang cctv pada kekasih.
  • Menjarakkan diri dan rakan. Apabila sudah bercinta, aktiviti bersama rakan sudah mula dikurangkan. Malahan adakalanya tidak lagi berkawan dengan orang lain. 
"Cukup sekadar awak sahaja yang berada di sisi saya" 


BAGAIMANA MAHU MELUPAKAN SI DIA? 
Bagi mereka yang tidak dapat melupakan bekas kekasih kerana 'terlampau sayangkan' mereka. Apa kata anda cuba beberapa perkara yang GR cadangkan di bawah:

Berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melupakan. Berdoalah kepada Allah setiap hari supaya kita dapat melupakan mereka. Jangan mengharapkan hasil segera dan berdoa selalu. 

Ingat kembali orang-orang yang telah anda lupakan. Adakalanya bagi orang yang terlampau obses dalam bercinta, mereka tidak lagi mengendahkan orang-orang di sekeliling mereka. Jadi, berbaliklah kepada orang-orang yang anda sudah lupakan dan binalah kembali hubungan dengan mereka. Adakalanya, mereka ini adalah orang yang akan membahagiakan anda.

 Kembalilah mencari matlamat hidup anda. Ini sesuai dengan orang yang bercinta di alam pengajian. Cuba anda fikirkan kembali misi anda dalam kehidupan. Semua orang ada impian masing-masing. Fikirkan tujuan anda meneruskan pengajian. Ingat kembali cita-cita anda. Tidak kiralah samada anda mahu jadi seorang jurutera, cikgu, pensyarah dan sebagainya. Cubalah untuk buat yang terbaik bagi mencapai misi anda.

Luangkan masa dengan keluarga. Keluarga merupakan tiang utama di sebalik kehidupan kita. Mereka ini orang yang menyokong kita setiap masa tanpa berbelah bahagi. Ibu bapa merupakan orang kuat di belakang kita. Apa kata anda luangkan masa bersama keluarga anda. Cuba bina kembali matlamat hidup anda untuk membahagiakan mereka ini.  

Rasanya itu sahaja yang mampu untuk GR cadangkan. Jika ada lagi tips-tips yang anda rasa berguna, silalah kongsi kepada GR.
Ingat, jodoh kita telah pun ditetapkan. Walaupun jodoh itu harus dicari, tapi bukan bermakna kehidupan kita ditetapkan pada mencari jodoh sahaja. Banyak lagi perkara yang harus kita lakukan dalam dunia ini sebagai hambaNYA yang diberi nikmat pinjaman nyawa yang sementara.
Semoga entri ini dapat direnungkan bersama.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: GR bukan doktor cinta, hehehe. 

12 comments:

ribena said...

setuju... jangan terlalu obses.. :)

Anonymous said...

trima ksih GR.. info yg besh !

ejulz said...

betul tu.. putus cinta bukan ermakna dunia berakhir.. :)

singgah n komen k. :) "Masa yg ditunggu2 dah tiba.."

Taufiq Tiramisu said...

aku sokong yang mengenal pasti matlamat hidup..bila dah putus, just concentrate pada misi hidup..jadi kepedihan tu tak terasa sangat..

entri terbaru : Kau Memang Nak Kena Lempang Bila...

shaliza khairi said...

jdikan bercinta tu macam tunggu bus dekat bustop. bila bus tu datang naik. tapi kalau terlepas, just let go. wait for another. =)

Anonymous said...

errr cinta. mcm2

Mama Zharfan said...

cinta berpada2..


nak menang purse clarks ori? jom vote!

yayalya said...

info ni menarik... :)

ada tag utk kami http://yayaitsmystory.blogspot.com/2011/03/bloglist-budak-kuat-makan.html

sy singgah dr BTO

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uihhhhhh putus cinta itu mmg pedih... tapi boleh di anggap manis gak kan... sbbnyerrr sekang ni tentu ko rasa lega lapang dada boleh cari calon lain kan

Faten Rosli said...

erm.. masa awal2 ptus cinta.. mmg rasa down gila kot.. tp,, bila dah dpt kawal.. okey je kot..hehe..

dunia belom berakhir if putus cinta.. sgt setuju.. :)

p/s: jom la jog..hehe

GR said...

terima kasih semua di atas komen-komen bernas dari anda =)

MiszCoMoT said...

betol2...bercinta boleh tapi biar berpada2...bila putus cinta jgn lupa masih ramai lagi yang ada di belakang kita nak menyokong...moga kita tabah...aminnn..^_^

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails