commercial break

26 March 2011

Panduan Memohon UPU

Assalamualaikum.
Hai semua, apa khabar? GR agak sibuk dengan kerja, harap dapat memahami ya.
Seperti yang kita tahu, keputusan SPM telah dikeluarkan 3 hari yang lepas. Adik GR juga turut mengambil keputusan dia. Apa keputusannya? Biarlah dia sahaja yang tahu, hehehe.
Ok, kepada adik-adik yang mengambil keputusan ni, dah memohon untuk ke IPTA atau belum? Tak tahu ke bagaimana nak memohon. Mari sini abang GR ajar (haha abang kot).

Langkah pertama adalah dengan klik di link http://upu.mohe.gov.my/upu.php.
Bila dah masuk ke link tersebut, anda boleh klik ke e-borang untuk lepasan spm seperti gambar di bawah

Klik untuk lebih jelas
Seterusnya adik-adik akan masuk ke laman untuk memohon.

Klik untuk lebih jelas
Adik-adik boleh baca dahulu peringatan yang dinyatakan di atas sebelum klik ruang permohonan tu ok.
Seterusnya, adik-adik akan diminta untuk mengisi butir-butir awal dahulu seperti gambar di bawah. Sila isi dengan butiran yang betul tau!

klik untuk lebih jelas
Sebelum isi butiran diri tu, adik-adik boleh membaca peringatan penting di ruangan bawah laman itu seperti tertera dalam gambar di bawah ini.

klik untuk lebih jelas
Ok, selepas itu adik boleh mula memilih kursus-kursus yang adik mahukan. Abang GR harap adik-adik berjaya dalam permohonan ini. Kalau tak berjaya sekalipun jangan risau, masih ada pemilihan sesi kedua. Jadi, jangan berhenti untuk berusaha tau!

Teringat pula zaman memohon IPTA dahulu. Semuanya dilakukan sendiri, tak ada orang yang nak ajar macam ni. Untungnya jadi anak-anak zaman sekarang. 
Sekian sahaja, wassalam.

nota kaki kiri: Abang GR tau! nak tergelak rasa, haha


No comments:

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails