commercial break

27 March 2011

Nota rintihan untukmu ibu

Assalamualaikum.
Sekarang sudah pagi dan hampir masuknya waktu subuh. Entri kali ini bukan bertujuan untuk mengumumkan sudah masuk waktu solat tau, hehehe.

Kita semua punyai seorang ibu. Ibu yang selama 9 bulan mengendong kita ke hulu-hilir di dalam perutnya. Beratnya yang tidak tertanggung itu tak mungkin dapat kita rasakannya, terutamanya bagi kaum-kaum lelaki seperti GR. Kesakitan saat melahirkan pula, mungkin tak tertahan bagi kita jika kita berada di dalam situasi itu. Bagaimana seorang wanita yang dianggap sebagai kaum yang lemah itu mampu menanggung kesakitan yang tidak terluah oleh kata-kata itu? Bagaimana ajaibnya, kesakitan itu seperti hilang apabila wanita tersebut terpandang wajah anak yang dilahirkannya itu? Betapa magisnya penciptaan Allah, terhadap suatu golongan yang digelar ibu.

Bebelan seorang ibu

Pernah tak, walaupun sekali terdetik di dalam hati anda supaya anda tidak mendengar suara bebelan ibu anda? Pernah tak, walau untuk seminit anda berasa gembira kerana ibu anda tiada di rumah? Gembira kerana tiada kedengaran suara ibu meleter menasihati anda? Tapi pernah tak anda terfikir, mengapa ibu anda meleter kepada anda? Pernah tak sekali anda melihat dari sudut yang berbeza leteran ibu anda itu dengan menudingkan jari kepada diri anda sendiri?

Percayalah, sekalipun anda berharap ibu anda tidak lagi membebel kepada anda dan tercapai hajat anda itu, tidak lama kemudiannya anda akan merindui suara ibu. Suara yang tidak asing dan sudah menjadi mainan kotak muzik di dalam fikiran anda. Sebab itulah, bagi mereka yang tinggal berasingan dengan keluarga lebih mengerti akan perasaan rindunya kepada keluarga mereka. Betapa rindunya kepada wajah ibu dan bapa. Betapa rindunya kepada suara ibu yang sebelum ini diharapkan agar diam untuk seketika. Tanamlah di dalam diri anda, bahawasanya bebelan seorang ibu itulah petanda kasih sayangnya. Apabila ibumu berhenti dari menegurmu, bermakna pudar sudah kasih sayangnya kepadamu.

Anak-anak sukar untuk mengerti

Hidup sebagai seorang anak jiwanya memberontak. Sukar untuk menerima teguran malahan tegahan dari ibu itu dijadikan sebagai alasan penghalang kebebasan. Anak-anak yang berjiwa muda kononnya sukar untuk menuruti nasihat ibunya kerana umur yang sudah meningkat membuktikan dia sudah kematangan usia. Nasihat dari ibu tidak relevan kerana ini adalah zaman moden! Nasihat dari ibu adalah kolot dan tidak diguna pakai oleh umat zaman sekarang.

Sukarnya untuk anak-anak muda ini bagi menuruti perintah ibu? Mengapa ya, sedangkan ibumu sudah menuruti kehendakmu sedari kamu kecil lagi. Bila kamu mahukan susu, sedangkan ibumu sedang memasak di dapur, kepentinganmu jua yang difikirkannya. Apabila kamu merengek di tengah malam hening, sedangkan orang lain sedang lena tidur, ibumu jua yang memujukmu untuk lena tidur. Bahkan sehinggakan si ibu tidak mendapat tidur yang cukup kerana kamu. Ingat lagi saat kamu terluka akibat daripada kenakalanmu bermain? Kamu menangis teresak-esak dan tidak dipedulikan oleh rakanmu. Ibumu hadir mencuci dan membalut lukamu sambil memujuk. Tidak ingatkah kamu?

Anak-anak mudah melupakan

Anak-anak ini mudah benar melupakan semua itu. Lihat saja apabila dewasa dan berkeluarga. Ibu tidak lagi dikisahkan. Ibu ibarat seorang penjaga yang diamanahkan untuk menjaga anakmu. Upah untuk ibu? Jimat kalau ibu yang menjaga, tidak perlu untuk mengupah orang lain. Benar, ibumu tidak sedikit mengharap balasan wang darimu atas penat lelahnya membesarkan kamu. Tapi tidakkah terdetik sedikit pun di dalam hati untuk memberi sedikit hasil dari titik peluhmu untuk ibu? Bahkan bukan sahaja wang ringgit, tetapi kasih sayang juga jangan lupa untuk kamu taburkan kepada ibu. Kasih sayang itu jangan dikurangkan hatta seinci pun perumpamaannya.

Biarlah kasih sayangmu seimbang untuk isteri dan anak-anakmu malahan ibu bapamu. Jangan dilunturkan hubungan darah dagingmu itu. Ingatlah anak, tolonglah ingat jasa ibu bapamu. Jangan sehingga sudah terlambat baru kamu hendak meraung. Baru kamu hendak meratap di kuburan. Saat itu nanti kamu sudah terlewat untuk meminta maaf. Syurga di bawah tapak kaki ibu, tidak pernah kamu dengar?

Rintihan dan keluhan ini adalah kerana sedih mengenangkan anak-anak muda zaman ini yang kian terlupa asal-usul diri mereka. Episod lari dari rumah sudah menjadi perkara biasa. Episod ibu bapa dipukul anak sudah menjadi tatapan mata. Selepas ini, episod apa pula yang akan menjelma? 

Untuk renungan, hayatilah video di bawah:

Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: ingin menjadi anak yang baik sepanjang hayat, amin~

8 comments:

@cik_ezati said...

entry nie sangat mensadiskan, hargailah ibu kite selagi dye masih ada *okie aku dah sebak*

GR said...

mensadiskan?? huhu.
semoga kita sama-sama beringat. =)

cik kia said...

sebak pulak .huhur

Anonymous said...

semakin dewase semakin sy mengerti prasaan seorg ibu. rase mcm dulu2 mmg rase x best je kne bebel, tp ble dh besa ni paham knape dorg wt cmtu. terima seadanye walaupon dlm hati. heeeeee

*adekah sy sudah btol2 dewase ye encik gedung? hee

GR said...

cik kia: baguslah sebak, menunjukkan anda masih punya perasaan. hehe

silah: eh, samalah kita. dah membesar semakin mengerti mengapa ibu kita jadi begitu. mungkin dah dewasa, malah boleh kahwin? haha

Anonymous said...

hahah. adehh bace komen encik gedung mule2 feeling je sekali time kawin tu.
adehhhh. hahaha. ohtidaklalagi. byk lg x tau nih. ngee

♥sophie♥ said...

huhu,,sensitif bab ney,, T_T sebak2,,huhu

GR said...

silah: hehehe, masih jauh perjalanan untuk ke alam perkahwinan tu. =)

sophie: sensitif itu bagus, bermakna anda peka =)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails