Assalamualaikum.
Hai, selamat berehat di hari minggu ini.
GR akan kembali pulang ke Shah Alam sebentar lagi, dan baru sahaja pulang ke rumah dari majlis perkahwinan dan melawat saudara di hospital yang terkena penyakit apendiks. Beliau sedang menanti pembedahan.
GR tahu bagaimana rasanya kerana GR juga pernah mengalami penyakit yang sama. Harap beliau sihat semula dan sembuh dengan segera.
Ok, kita masuk ke topik utama kita.
Pembenci dan yang dibenci.
Hah, kenapa GR bercerita mengenai pembenci ini? Rasanya ada yang tahu motif GR bercerita mengenai ini.
Ada di kalangan anda yang sudah melihat video bagaimana beberapa orang yang membenci seorang disiarkan di YouTube. Ok, sebelum tu GR hendak memberitahu bahawa tujuan GR menulis entri ini bukan untuk membela orang yang dikutuk itu. Ini sekadar pendapat mengenai budaya mengutuk kerana membenci.
Ok, bukannya GR tidak pernah membenci sesuatu atau seseorang, tetapi biarlah perasaan tidak suka kita itu samada dipendam ataupun dinyatakan dengan cara yang betul
Sebelum kita menyatakan rasa tidak puas hati kita terhadap sesuatu atau seseorang itu, fikirkan dahulu mengapa kita tidak menyukainya. Adakah kerana pendirian yang berbeza, ataupun anda mempunyai fakta yang menunjukkan mereka itu salah?
Haters is just another losers, what makes them a loser? They didn't find the answer why they're hating something
Ini adalah contoh.
Anda tidak menyukai seseorang yang telah popular dengan sesuatu yang dilakukannya.
Anda tidak menyukai apa yang dia lakukan kerana anda tidak berminat dengannya. Tapi, hakikatnya dia melakukan atau bercakap mengenai perkara yang dilihat benar di mata orang lain. Jadi, anda mulai mencari, menonton, atau membaca apa yang ditulis ataupun diucapkan olehnya (dalam diam anda akan menjadi peminat).
Anda tidak menjumpai apa yang salah tentang apa yang dikatakannya, cuma anda rasa ianya bertentangan dengan minat anda.
Kesudahannya, anda mengutuk dengan mengatakan bahawa dia itu melakukan sesuatu yang sia-sia ataupun 'cakap tak serupa bikin'. Anda juga turut menyertakan kata-kata nista terhadapnya.
Oh, what a loser!
Pendapat yang berbeza bukannya alasan untuk seseorang itu mengutuk perbuatan orang lain ok.
Tak usahlah buang masa, tenaga, duit, dan pelbagai lagi untuk membuat laman, video, lagu dan pelbagai lagi hanya untuk mengumpul orang yang membenci. Sebagai contoh, sebelum ini ada kumpulan KAMI BENCI BLOGGER. Sekarang, timbul video yang mengutuk orang lain (anda tahu agaknya?).
Tak suka kerana dia buat sesuatu yang anda tak suka? Oh, jangan baca dan tengok apa yang dilakukannya.
Jika ada kesalahan, sila nyatakan dengan bukti sekali. Mudah bukan? Tak perlu lakukan sesuatu yang sia-sia kerana orang yang dibenci itu langsung tidak akan terjejas dengan perbuatan anda yang bersifat keanak-anakan.
Perjuangkan kebencian anda terhadap perkara ini!
GR rasa, perkara ini yang sepatutnya dibenci malah diuar-uarkan kepada semua orang.
Lihat, yang mana lebih berbaloi untuk dibenci?
Renungkanlah sendiri apa yang diperkatakan ini.
Jika ada perkara yang tidak benar di pandangan anda, sila nyatakan kepada GR di sini.
Sekian, wassalam.
nota kaki kiri: pengalaman sendiri tersimpan di dalam.
Renungkanlah sendiri apa yang diperkatakan ini.
Jika ada perkara yang tidak benar di pandangan anda, sila nyatakan kepada GR di sini.
Sekian, wassalam.
nota kaki kiri: pengalaman sendiri tersimpan di dalam.
No comments:
Post a Comment