commercial break

22 March 2011

Kritikan pedas, pendapat remeh

Assalamualaikum. 

Hai semua, rindunya GR pada blog ini. Maaflah GR sibuk dengan pelbagai tugasan untuk dua minggu ini. Kerja-kerja yang perlu disiapkan sangat banyak. Apapun, GR cuba juga untuk meluangkan masa untuk menaip entri ini. Kali ini GR nak menulis mengenai kritikan dan pendapat. Sebagai seorang penulis blog, kita tidak akan pernah lepas daripada menerima kritikan pedas dan juga pendapat-pendapat daripada pihak lain.

sumber google

Perbezaan antara pendapat dan kritikan 

Bayangkan, pada suatu hari secara tiba-tiba anda menerima komen seperti ini di dalam blog anda:
"Hai, saya tertarik dengan entri awak ini. Tapi ada satu perkara yang saya tak setuju. Berdasarkan apa yang awak utarakan di dalam entri awak, ianya hanyalah berdasarkan pemerhatian awak sendiri. Tapi tak bermaksud ianya merupakan sesuatu yang biasanya terjadi. Kadang-kadang pemerhatian kita sendiri sahaja tidak cukup untuk dijadikan fakta". Reaksi anda mengenai komen ini pastinya gembira, kerana ada orang yang mendalami entri anda dan memberikan pendapat yang bernas.

Jadi, cuba bayangkan apabila anda menerima komen sebegini pula:
"Blog kau langsung tak bagus. Hujah-hujah dalam blog kau tak cukup kuat. Aku perhatikan dalam entri kau, kau hanya menggunakan perkataan yang tak elok dan kadangkala menyentuh sensitiviti agama. Bro, walaupun niat kau ni elok ataupun sekadar mahu bergurau tapi kau kena ingat niat tak menghalalkan cara. Jadi aku sarankan samada kau buang blog kau ni ataupun kau ubah cara kau". Rasanya anda akan berasa marah (bukan semua orang) dan berkata "Ini blog aku, aku punya sukalah nak buat entri macam mana pun". 

Ok, antara kedua-dua komen di atas anda dapat lihat bukan perbezaan ketara di antara keduanya? Bagi komen yang pertama, inilah yang dikatakan pendapat dan kedua pula dilihat sebagai kritikan. Selalunya kritikan ini dinyatakan dalam cara yang agak kasar dan sebab itulah kritikan kadangkala dilihat sebagai sukar untuk diterima ramai. Berbeza dengan pendapat pula, selalunya ianya dalam keadaan yang lembut dan sopan maka orang lebih senang dengan pendapat.

Bukan semua kritikan dan pendapat boleh diterima bulat-bulat 

Biasanya kalau kita dikritik, kita akan berasa agak marah dan kadangkala sehingga tidak terkawal. Tapi, jika diteliti kembali sebuah kritikan itu tidak akan datang tanpa punca dan sebab. Maka, kita seharusnya meneliti kembali kritikan dari seseorang itu untuk melihat apa yang menyebabkan kita menerima kritikan sebegitu. Pasti ada sesuatu yang kita terlepas pandang sehingga menyebabkan sesuatu kritikan itu timbul. 

Berbeza dengan pendapat pula, kadangkala impak sesuatu pendapat itu boleh menyebabkan kita berubah. Bagaimana yang dikatakan kita akan mudah berubah? Itu adalah kerana sesuatu pendapat itu dilihat dalam keadaan yang lebih sopan dan menyenangkan, maka kita kadangkala tidak meneliti pun pendapat yang diberikan dan kadangkala menerima bulat-bulat pendapat tersebut. Sebenarnya pendapat itu juga harus diteliti kerana adakalanya ianya tidak benar.

Usah cepat melatah 

Usah cepat melatah bila dikritik oleh seseorang. Bahkan kita seharusnya bangga kerana apabila kita menerima kritikan, apatah lagi jika ianya disertai dengan hujah yang kuat, itu menunjukkan penulisan kita diberi perhatian oleh orang lain. Tidak banggakah anda jika ada seseorang yang sanggup membaca kesemua entri anda hanya semata-mata untuk memberi kritikan terhadap anda? Daripada itu, anda juga dapat meneliti kesalahan yang anda telah lakukan. Terima kritikan itu dari sudut yang positif, dan akuilah kelemahan sendiri.

Walaupun hak menulis itu terletak di tangan anda, itu tidak bermakna semua yang anda tulis adalah benar dan tiada kesalahan. Bukankah kita manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan? Lunturkanlah ego yang sedia terkandung dalam diri kita ini, dan belajar untuk menerima teguran dari orang lain.

sumber google


Sekian sahaja entri kali ini daripada GR. Maaf entri kali ini panjang dan serius. Entri ini bukanlah semata-mata untuk menegur tetapi sebagai pedoman terutamanya untuk GR sendiri. Jika ada kritikan mengenai entri ini, GR sangat menghargainya.
Wassalam.

nota kaki kiri: pandanglah sesuatu dari pelbagai sudut dan anda akan melihat pelbagai kemungkinan dalam hidup anda~ 



6 comments:

Unknown said...

betul... "kita mungkin berbeza pendapat tapi tidak semestinya kita perlu bertegang urat"

p/s lama tak nampak? sibuk esemen ke? hehe

GR said...

ya, setuju dengan ayat itu.
agak sibuk dengan pelbagai tugasan, blog terabai T_T

EmanTheHalia said...

JAngan cepat melatah. like. lagi satu. blog ni tak best. bosan. (masukmood orang cari pasal) hehe gurau2 je huhu

GR said...

terima kasih. peh, aku melatah bila kau komen macam tu!! hehehe

afifah said...

jangan cepat melatah..betol3...kita kena la cool~

GR said...

ya, tenang dalam menghadapi kritikan. =)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails