commercial break

14 March 2011

Anwar Hadi dan Matluthfi bekerjasama, apa kata anda?

Assalamualaikum dan selamat petang.
Hah, tadi berlaku kejadian ribut di Shah Alam. Suasana terasa sangat menggerunkan.
Teringat pula kejadian ribut yang serupa pada penghujung tahun lepas di sini
Semua tu peringatan dari Allah untuk kita semua, beringatlah.

Ok, anda semua rasanya sudah mengenali dua remaja yang sedang meningkat naik di kalangan peminat YouTube. Siapa lagi kalau bukan Matluthfi dan juga Anwar Hadi.
Mereka ini sudah mula dikenali dan sedang rancak disebut-sebut oleh orang ramai. 
Matluthfi sebenarnya sudah agak lama mengeluarkan video, manakala Anwar Hadi pula agak baru dikenali, tapi popular dengan cepat kerana video beliau yang GR rasakan sangat bernas.
Kalau Matluthfi dikenali kerana video beliau yang lawak tapi bermesej, Anwar Hadi juga begitu namun mereka berdua adalah berbeza dari segi cara penyampaian mesej di dalam video mereka.

Rasanyalah kan, kalaulah mereka berdua ini bekerjasama untuk membuat video, apa yang akan berlaku?
GR rasakan mereka ini boleh untuk bekerjasama kerana kedua-keduanya adalah berasal dari utara dan juga menuntut di Australia. Nampak sangat kebetulannya di situ kan?
Peminat mereka berdua mesti berminat untuk menyaksikan perkara ini menjadi kenyataan, kerana GR juga mengharapkan perkara yang sama.
Jadi, agak-agaknya mereka berdua baca tak blog GR? Hehehe, angan-angan yang sukar untuk menjadi kenyataan.

Sekarang ni, yang GR pasti adalah, bukan GR seorang yang mengharap agar mereka bekerjasama untuk membuat video, rasanya ramai juga yang mahukan perkara ini menjadi kenyataan.
Jadi, semoga ianya akan terlaksana.
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: kalau mereka berdua baca blog ni, mahu seminggu tak kenyang makan nasi.

3 comments:

b a m b a m ' s said...

tuh lar..teringin jugak nak tengok.. :P

RaraTan said...

yaww.. mmg minat giler tgk video anwar hadi tu. penuh nan mesej2 bfaedahh. huuh~

Fitri Karim said...

bambam: samalah kita, teringin nak tengok juga.

rara: ya, memang video dia kebanyakannya bijak.

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails