commercial break

11 March 2011

Kartun zaman 90-an

Assalamualaikum. Hai apa khabar semua?
Hah, pada mereka yang membesar sekitar 90-an, anda pasti tahu mengenai cerita-cerita seperti Keluang Man, Usop Sontorian, Anak-Anak Sidek, Tomatoman, Cyber Cop dan macam-macam lagilah.
Hari ni, GR saja nak mengimbau kembali kenangan lama. Cuba untuk mengingat keseronokan zaman semasa GR kanak-kanak dahulu.

Kanak-kanak sekarang tak dapat nak rasa bagaimana seronoknya hidup seperti zaman GR kanak-kanak dulu.
Kanak-kanak sekarang hidup dengan facebook, PSP, PS3, Xbox.
Kalau yang sezaman dengan GR mesti teringatkan Digimon, Cyberpets, kereta Tamiya dan pelbagai lagi selain daripada permainan tradisional yang sedia ada tu.
Jadi, hari ni apa kata kita tengok kembali apa yang menarik dengan koleksi zaman dahulu ni. Walaupun tidak secanggih animasi zaman sekarang, tapi tetap menghiburkan tau.

Hah, inilah Usop Sontorian. Adik-adik yang kecil lagi ni tahu tak?

Yang ini pula Keluang Man, cerita ni dulu bersiaran pukul 7 petang.


Yang ini Anak-anak Sidek. Mereka ini lagenda dalam arena badminton negara. Animasi pertama rasanya yang disiarkan di Malaysia khas untuk tokoh-tokoh negara.

Hah, yang ini pula tomatoman. Dulu GR jarang dapat tengok cerita ni sebab bersiaran waktu sekolah agama berlangsung.

Hah, yang ini dulu GR cukup suka. Setiap hujung minggu dia akan bersiaran di televisyen. Seronok sangat tengok cerita ni, sampaikan selalu berangan nak jadi macam mereka, hehehe.

Hah, yang ini pun seronok juga layan. Waktu petang memang ternanti-nantikan cerita ni.

Ok, rasanya cukuplah untuk sesi mengimbau kenangan silam. Kalau nak cerita semuanya, memang tak cukup masa, hehehe.
Ok, sekian sahaja untuk kali ni. Kita akan imbau kenangan lama ini di lain masa pula.
Sekian, wassalam.

PENGUMUMAN KHAS: PEMENANG PERTANDINGAN APA ITU KITAR SEMULA AKAN DIUMUMKAN PADA MALAM INI. JAM BERAPA TU BELUM DAPAT DIPASTIKAN LAGI. SILA NANTIKAN KEPUTUSANNYA. =)

nota kaki kiri: kadang-kadang seronok teringat kenangan lama. =)


6 comments:

alyana hamdan said...

akibat melayan story skype semalam..abg jadikan entry blog ea..haha...nice3..suka ninja turtle jek..haha..

i am S!L4H.. said...

ohhh sukeeee katon dulu2.
pling suke usop ngn anak2 sidek.
siap beli majalah anak2 sidek free cd. haha

Syafiq Rosli said...

haha..semua gua layan kot..

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

hahaha ni mesti kes ckp pasai katun smlm...

Mohd Fitri said...

yana: guna semula idea. hehehe

silah: haha, tahu takpe. beli komik dia dapat cd percuma.

syafiq: dah kau sezaman dengan aku. haha

mira: hehehe tahu takpe

misz FaTiN said...

seronok kot cite2 tu.. nak usop sontorian ngn ank2 sidek.. ta penah miss kot..
sailarmoon ngn dragonball pun best juga..hehehe.. :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails