commercial break

14 December 2010

Keburukan Menulis Blog!

Assalamualaikum.


Anda penulis atau pembaca blog?
Ok, hari ini saya hendak meluahkan pendapat mengenai penulisan blog.
Saya suka menulis blog, tapi dalam keadaan yang berhati-hati.
Maksudnya, saya tak mahu blog saya terjerumus dalam kancah keburukan.

Apa keburukan menulis blog?
Anda sebagai penulis pasti tahu, tapi saya hanya ingin mengingatkan diri saya, serta anda di luar sana.
Blog, terserlah keburukannya jika:

Mengandungi unsur-unsur fitnah
Sekiranya anda menulis blog, untuk memburuk-burukkan seseorang ataupun sesuatu pihak tanpa ada bukti. Ataupun anda sememangnya hendak menjatuhkan seseorang itu, maka anda menulis pelbagai perkara untuk menunjukkan keburukan mereka.
Bukankah telah dinyatakan di dalam Al-Quran itu sendiri bahawasanya:

"Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh."
Al-Baqarah 217

Maka, saya mengingatkan diri saya dan juga anda untuk menjauhkan unsur fitnah dari penulisan blog ya.

Mengajak orang lain melakukan keburukan
Untuk perkara ini, tidak semestinya secara langsung, sebabnya saya tahu tiada antara penulis blog yang ingin mengajak kita melakukan kejahatan. Tapi, adakalanya kita tidak perasan bahawa kita telah melakukan perbuatan buruk dan mendedahkannya di dalam blog. Perbuatan tersebut secara tidak langsung diikuti oleh pembaca. Hah, kan kita juga dikira bersubahat tu. Jadi, saya berpendapat bahawa janganlah kita sebagai penulis blog mendedahkan semua perkara yang kita lakukan ke dalam blog. Adakalanya, kita tak sedar bahawa kita telah melakukan perkara yang salah. Biarlah penulisan anda terhad kepada perkara-perkara yang sesuai sahaja.

Pengunaan bahasa yang melampau
Isu ini agak rumit sedikit, sebabnya semua orang berpegangan teguh dengan bahasa yang mereka rasa sesuai. Masing-masing punya cara tersendiri. Saya hanya tekankan di sini, pengunaan bahasa kesat atau lucah di dalam blog. Kadang-kadang kita terlampau ikutkan emosi marah sehingga menulis dalam bahasa kesat atau carutan. Seeloknyalah, kita menjaga penggunaan bahasa sebabnya blog boleh dibaca oleh serata dunia (bukan yang privasi ok). Jadi, bahasa anda boleh dibaca oleh pelbagai pihak. Kesan buruknya? Anda sendiri tahu ya.

Bertentangan dengan norma-norma atau batas larangan Islam
Ok, yang ini untuk penulis blog yang beragama islam. Kita sebagai penganut agama islam wajib tahu mengenai batas-batas yang ada di dalam islam. Jangan kerana anda mengikut emosi, anda menulis mengenai perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan islam. Ada juga penulisan yang boleh mencemarkan nama islam dengan memburukkan islam. Kita seharusnya bijak untuk memilih entri yang sesuai ya. Bukannya menulis sesuka hati.

Pesanan ini sekadar peringatan, untuk saya dan juga pembaca sekalian. Jadilah penulis blog yang beretika, dan jaga batas-batas penulisan kita. Sekian.

nota kaki kiri: bercita-cita untuk jadi penulis blog yang baik. agaknya boleh tercapai ke?

10 comments:

SuhaNa said...

Assalammua'alaikum warahmatullah..

INsyAllah..mungkin ana ingin menambah sedikit lagi.Mohon cadangan diterima oleh tuan tanah ini.

1) Menutup aurat itu adalah kewajiban,mohon sekiranya para blogger berhati-hati dengan gambar yang mahu disiarkan.Seperti mana bahana facebook,blog walau dianggap peribadi tetapi masih boleh diakses oleh orang awam.Justeru,elakkan diri dari mendapat dosa percuma yang berganda-ganda tanpa kita sedari.Wallahua'alam..

2) Walau bukan professional,tetapi menulislah dengna penuh beretika.Elakkan penggunaan bahasa SMS ketika menulis.Penat anda belajar bahasa melayu shingga 10 tahun di sekolah tetapi tersangatlah rugi jika tidak dapat mengaplikasikannya.Bahasa jiwa bangsa..

3) Sama-sama kita renungi surah al-qalam..menulis itu amanah,menulis itu medan dakwah..

wallahua'alam bissawab..Teruskan menulis sahabat,moga tsabat dalam amanah yang dipikul ini.Sebagai seorang sahabat,ana menyokong penuh penulisan kamu jika masih dalam landasan agama insyallah =)

kai azmier said...

fuh! info menarek dr gedung!

GR said...

suhana: terima kasih. sepenuhnya penerimaan atas nasihat anda :)

kai: terima kasih

10jarijemari said...

saya suka ini~

Asam Makruh said...

nawaitu yang baik paling penting dalam blogging! :D

GR said...

10 jari: terima kasih

asam makruh: ya, nawaitu itu sangat penting. tapi niat tidak menghalalkan cara kan :)

Anonymous said...

entry gedung bagus...........
=)

GR said...

terima kasih silah :)

Cik Kira said...

ahah aku perna dsindir dekat entry org..:D

cik mas said...

banyak juga keburukan....tapi brgntg setiap ind ...sebab atas niat kan.. :)

awk tny psl header ari 2 kan..sy buat pakai adobe photoshop cs3.. :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails