commercial break

21 December 2010

Bila monyet pun turut bercinta

Assalamualaikum.
Monyet, anda kenal monyet? Anda suka monyet? Monyet comel ke tak?
Ok tak perlu jawab soalan tu. Simpan dalam hati sahaja ok.
Hari ni saya nak cerita sikit mengenai monyet. Lebih tepat lagi cinta monyet.

Ok, ini monyet. Kabur kan? Memang sengaja 
Apa itu cinta monyet? Adakah dua ekor monyet sedang bercinta? Ataupun cinta tiga segi antara monyet?
Ok, jangan ambil kisah kenyataan itu. Cinta monyet adalah cinta di zaman persekolahan. Kenapa cinta monyet? Tak tahulah nak menjawabnya. Mungkin dulu kalau bercinta masa sekolah terlompat-lompat macam monyet?

Apa yang saya nak sampaikan adalah beza antara cinta monyet zaman dahulu dan zaman sekarang. Zaman dahulu itu bukan zaman kaca mata hitam dan berambut afro ya. Zaman ketika saya bersekolah menengah, sekitar 2000 hingga 2005. Jangan ambil kira sekolah rendah kerana memang suka melompat waktu tu.

Ini monyet zaman dahulu


Cinta Monyet Zaman Dulu

1. Medium yang digunakan adalah surat-menyurat. Letak surat bawah meja ataupun melalui kawan-kawan sekelas. Isi kandungan biasanya:
" Assalamualaikum. Hai awak, saya nak kenal dengan awak boleh? Kalau sudi balaslah surat ni ya."

2. Antara perkara yang wajib dapat kalau dah berkenalan adalah, biodata. Apa perkara yang ada dalam biodata ni:
a. Nama
b. Tarikh lahir
c. Nama panggilan
d. Hobi
dan lain-lainlah.
Biasanya kalau perempuan yang bagi, mesti warna-warni. Kalau lelaki balas, warna hitam, biru dengan merah. Pen warna memang susah nak dapat pada tangan lelaki.

3. Nombor telefon? Mestilah nombor telefon rumah. Kalau yang duduk di asrama, setiap petang waktu pukul 5 sampai 6 memang penuh lah telefon awam tu. Masing-masing nak telefon gadis pujaan tu. Duit syiling dalam poket memang penuhlah.

4. Gambar? Oh yang ni memang seronok. Dulu kalau dapat gambar awek, memang hebohlah kawan-kawan. Simpan dalam dompet. Kalau cantik, memang dompet tu selalu sengaja tinggalkan supaya orang nampak. Ada juga kawan-kawan saya yang simpan gambar besar-besar dalam loker, tampal kat situ.

5. Dulu kalau bercinta monyet ni kena sorok-sorok. Kalau nak guna telefon kat rumah, kena senyap-senyap. Bila tiba hujung bulan, hah bil datang. Kalau yang suka berbual guna telefon rumah tu, memang tinggilah bilnya. 

Ok, cukuplah pasal cinta monyet ni. Mengenai cinta monyet zaman sekarang tu, rasanya tak mampu nak cerita kali ni. Sebabnya saya tak bersekolah lagi dan saya tak mengalaminya. Jadi, mungkin akan datang ada entri untuk itu. Ada sedikit sebenarnya maklumat, tapi tak cukup. Nantilah ya! ^_^

Monyet zaman sekarang pun samalah. Mana berubah rupa. hehe
 Ok, moral pengajaran untuk entri kali ni adalah. Untuk mengalami cinta monyet ni bukan tak boleh, tapi janganlah berharap sangat sebabnya biasanya tak bertahan sampai ke jinjang pelamin. Hanya ada kes-kes istimewa sahaja yang mampu bertahan, dan tak ramai. Lagipun, masih jauh lagi perjalanan anda. Banyak lagi yang anda perlu fikirkan untuk jaminan masa depan tu. Apapun, yang penting buat adik-adik yang bersekolah tu, jangan abaikan pelajaran anda ok!
Sekian, wassalam.

nota kaki kiri: memang suka syok sendiri waktu menaip entri! 


16 comments:

Semut Hitam said...

monyet memang pandai bercinta, manusia bercinta.....mcm apa? haha...

Semut Hitam said...

monyet memang pandai bercinta, manusia bercinta.....mcm apa? haha...

fatten said...

dulu zamn 2000-2005 cinte monyet..zaman skrg cinte beruk plak..hahaha.. sbb bercinte ade yg gune beruk band..on9 fb sume tuh.. hahhaha

Mra Mastura said...

sangat kenangan dulu2!
lain kot skarang dgn dulu2 nye zaman
dlu sibuk surat2 comel je woh..

skang, dak2 terus komen fb wall nak kenal. x agak2..ad hp cepat2.. =.=

cinta monyett,rindu pulak..ehe

fairuzhani said...

SEBABNYE DIA TYPE ENTRI. meh buatkan sini jugak meh. hahaha

Anisa Hang Tuah said...

cinta monyet membuatkan semua menggedik
nguhuhuhu

msTeddy said...

adek sy bercinta monyet melalui fb..

aren said...

monyet pun pandai kan!

FasiHaH SupiaN said...

haha baru cerita pasal cinta monyet gak! ;)

Syafiq Rosli said...

haha..mcm2..

nub said...

monyet2 lagi da nak becinta..

laa ni suma da jadi kingkong..


bhahahha

B4w4ngM3r4H said...

sya memang suke monyet... :( jom kita gi zoo tgk monyet... :(

Sepi tanpa mimpi said...

macam-macam reaksi terhadap monyet. monyet dah semakin terkenal! :P

inipaencomot said...

msa skolah dlu, sy bercinta monyet tak pkai telefon rumah
pakai henset abah je
sedar sedar kredit da habes
ngeh3

:p

Anis said...

manusia belajar dr si monyet kah ?
hahaa

npe eh nama nya monyet, bukan lembu kambing ke

Mohd Fitri said...

paenyangcomot: masa saya dulu tak ada telefon bimbit.

anis: kenapa tak tahulah. cuba anda tanya pada monyet. hehe

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails