commercial break

27 June 2011

Pakcik, jangan kurang ajar boleh?

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua yang sudi membaca? Adakah anda rindukan entri dari blog ini? (cut the crap please!). Hehe. Blog ini sudah tidak konsisten dalam menghasilkan entri, kerana GR ingin mengambil kesempatan untuk berehat, huhu. Setiap hari kerja, memang tak larat untuk memikirkan idea bagi menulis entri baru. Jadi jangan marah haa.

Biasakah anda dengan ungkapan "yang tua dihormati, yang muda disayangi"? Ya, sekurang-kurangnya anda mesti pernah mendengar ungkapan ini sekali. Anak-anak kecil selalunya dididik untuk menghormati orang-orang yang lebih tua daripada mereka. Kita telah dididik sebegitu sedari kecil lagi bukan? Dulu masa baru nak masuk sekolah, mestilah ada dengar pesanan dari mak ayah.

"Abang, abang kena ingat pesan mak ni. Jangan nakal-nakal kat sekolah, jangan kurang ajar dengan cikgu. Kalau jumpa pakcik-pakcik yang lebih tua tu, jangan lupa tegur. Abang kena hormat dengan orang-orang yang lebih tua tau"

Cikgu-cikgu pun selalu pesan,

"Murid-murid semua, kalau jumpa dengan orang tua apa nak buat?"

"Bagi salam cikgu!!!"

"Bukan bagi salam cikgu, tapi assalamualaikum. Ingat, dalam agama kita disuruh hormat pada orang tua. Jadi murid-murid semua kena hormat pada orang tua tau."

Hah, itu semua hasil tokok-tambah saja, haha. Tapi pesanan lebih kurang macam tu lah kan. Semua diasuh untuk menghormati orang-orang yang lebih tua dari mereka.

Tapi pernahkah anda mendengar, orang-orang tua diasuh sebegini,

"Pakcik dan makcik sekalian, pakcik dan makcik semua seharusnya menyayangi orang-orang yang lebih muda dari kita. Kita inginkan mereka hormat kepada kita, jadi kita juga harus tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Hormat menghormati sesama kita adalah amalan yang mulia"

Hah, pernah tak anda lihat atau dengar situasi macam tu? Mesti tak pernah bukan? Kenapa, mereka yang lebih tua ini inginkan penghormatan daripada orang yang lebih muda, tetapi sukar untuk memberikan rasa hormat kepada mereka? Adakah kerana dasar ego, ataupun mungkin kerana mereka merasakan bahawa orang-orang muda ini tidak berpengalaman seperti mereka?

Apa yang GR nyatakan adalah berdasarkan pengalaman sendiri, apabila orang-orang tua ini sesetengahnya sukar untuk mengalah dengan orang muda. Kadangkala mereka bertegas mengatakan bahawa pendapat mereka adalah benar, dengan alasan pengalaman yang lebih luas, sedangkan pada hakikatnya ketika itu mereka sedang melakukan kesalahan. 

Ya, orang-orang yang lebih tua sememangnya mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam hidup, tetapi manusia tetap juga manusia, pasti melakukan kesilapan. Maka, apalah salahnya jika dilenturkan sedikit rasa ego tu, untuk mengakui kesalahan? 

Satu lagi senario adalah apabila si tua ini merasakan bahawa diri mereka lebih 'superior' daripada orang-orang muda. Pernahkah anda melihat orang-orang yang tua ini memotong barisan anda? Tak kiralah di mana sekalipun. Atau si tua ini mahukan sesuatu daripada orang muda, maka ditinggikan suaranya untuk meminta. GR sendiri baru mengalami peristiwa seperti ini pagi tadi, di mana seorang tua memotong barisan ketika di stesen minyak, malah meninggikan suara dengan petugas kaunter.

Serius, GR tak kisah untuk memberi laluan kepada orang-orang yang lebih tua, tetapi jika dengan cara kurang ajar seperti itu, hati siapa yang tidak terasa? Tolonglah, jika anda mahu dihormati, anda juga harus menghormati orang lain. Lumrah dunia, semuanya datang dengan bayaran. Tiada perbuatan yang tidak menerima balasan. Jadi, jika anda menghormati orang lain, maka orang lain semestinya akan menghormati anda juga.

Pesanan ini adalah untuk semua orang, termasuk GR sendiri, untuk mengingatkan betapa perlunya kita untuk bersikap matang. Janganlah kerana umur lebih tua dari orang lain, maka pendapat orang muda tidak diterima (Orang yang lebih muda semestinya).

Sekian sahaja untuk kali ini, ianya sangat panjang. Jika anda merasakan ianya berbaur kemarahan, ya, memang berbaur kemarahan. Wassalam.

nota kaki kiri: GR masih muda, belum tua! haha

4 comments:

misz athiqah said...

hehe..nie kes trasa hati dgn "old people" r nie..=p..hehe.. relax2.. chill.. yg lebih tua biasalah camtu..=).. nak2 bila yg usianyer jauh lebih matang dari kita nie..=)..

salam..jenguk jengah anda di sini..=)

HAZWANmohd said...

sabor jelah~
malas nak ckp pjg,
kang terkutuk plak. ops

Farah Awang said...

dlu saya penah buat entry cmni
awk igt x? hehe
memang bengang bile org tua xrespek kite
tapi mmg tu la realiti kite terpaksa telan
satu je la,biar org buat kite, jgn kite buat org
chill :)

GR said...

athiqah: ada sikit terasa, huhu. insyaAllah, selalu berasabar. terima kasih datang. i'll visit your blog :)

wan: tau takpe, sabar saja.

farahin: huhu, tak ingat. ya, kita kena selalu bersabar, di samping cuba untuk sedarkan orang lain. :)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails