Assalamualaikum.
Marah, dimarahi dan memarahi. Biasakah kita dengan sifat ini dalam kehidupan seharian? Ya, kita semua tidak terlepas dengan sifat marah, samada kita sendiri yang memarahi, ataupun kita dimarahi dalam hidup kita seharian. Apa yang pasti, GR hari-hari kena marah, hehe.
Kadangkala GR takut dengan sifat pemarah, kerana ada orang yang marahnya melampau-lampau. Meninggikan suara setiap kali marah, malah lebih teruk lagi, kemarahannya itu pula selalu saja timbul. Senang cerita, asyik nak marah saja. Ya, normal jika kita berasa marah apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini atau disukai. Tapi seharusnya rasa marah itu dikawal seelok yang mungkin, untuk mengelakkan pelbagai kesan buruk yang akan berlaku.
Cuba bayangkan jika anda dan rakan anda sedang bertelagah kerana berlakunya perselisihan faham. Jika kedua-duanya berada dalam keadaan marah dan tidak ada yang mahu mengalah, pertengkaran akan menjadi lebih teruk lagi bukan? Mungkin boleh berakhir dengan aksi pukul memukul, maki hamun dan sebagainya. Marah itu sifat syaitan, syaitan diciptakan daripada api. Jadi, mana mungkin api dapat memadamkan api?
Sebab itu, ada dinasihatkan agar kita mengambil wudhu' setiap kali berasa marah, kerana wudhu' itu air, dan air dapat memadamkan api. Dari situ jugalah kita dapat lihat, bagaimana sebenarnya sifat sabar ini tidak merugikan.
"Aku penat bersabar, asyik aku saja yang bersabar, dia langsung tak pernah nak mengalah dengan aku"
Tak mengapa jika kita bersabar, kerana sabar itu sifat orang-orang yang beriman. Contohilah sifat Rasulullah itu sendiri yang sangat penyabar orangnya.
"Itu Nabi, aku ni manusia biasa saja, mana mungkin dapat meniru sifat baginda"
Memang, kita tidak akan dapat menjadi sepertimana baginda, tetapi sifat dan perbuatan baginda harus dicontohi dan dijadikan sebagai amalan hidup kita. Sebab itulah, kita diajar dengan hadis dan sunah daripada Rasulullah S.A.W, untuk mencontohi sifat-sifat baginda.
Selain daripada Rasulullah, kita juga boleh melihat bagaimana sabarnya Nabi Adam A.S dalam mencari Siti Hawa, sabarnya Nabi Nuh A.S dalam mengajar umatnya, malahan anaknya sendiri yang tidak patuh kepada ajarannya, sabarnya Nabi Lut A.S dalam mendidik umatnya, sedangkan isterinya sendiri juga terjebak dalam permasalahan yang sama, dan banyak lagi contoh sirah para nabi dan rasul yang boleh kita lihat.
Mungkin sukar untuk memupuk perasaan sabar, maka ada sedikit tips yang GR rasa sesuai untuk diamalkan bagi mengatasi rasa marah dan memupuk perasaan sabar.
1. Setiap kali berasa marah, lafazkan istighfar, untuk melembutkan hati kita. (Biasa disebut-sebut)
2. Setiap kali berasa marah, alihkan tumpuan kemarahan kita dengan melakukan perkara yang dapat menenangkan kita. (Contohnya, jika anda suka mendengar muzik, mainkan pemain muzik anda)
3. Setiap kali berasa marah, cari dulu sebab musabab kenapa kita berasa marah. (Kadangkala perasaan marah itu datangnya tak tentu hala, di mana sebabnya adalah dari kita sendiri.)
4. Ambil wudhu' ketika marah. (Sudah pun disebutkan awal tadi)
5. Lakukan sesuatu yang mampu memberi kepuasan, contohnya bermain permainan video, bermain alat muzik dan sebagainya. Kemarahan dapat disalurkan secara baik dengan cara ini, apabila tiada orang yang akan menerima kesan buruk.
Rasa marah jika tak dikawal juga akan mendatangkan pelbagai kesan buruk. Jadi, kita lihat apa kesan-kesan buruk yang boleh terhasil akibat dari sifat marah:
1. Darah tinggi. Semestinya, penyakit darah tinggi sering dikaitkan dengan sifat marah yang melampau-lampau.
2. Tekanan berlebihan. Orang yang selalu marah biasanya menghadapi tekanan perasaan, apabila fikiran mereka berkecamuk.
3. Perkelahian sesama rakan, ahli keluarga, malahan mungkin dengan orang-orang yang tak dikenali. Seperti yang disebutkan sebelum ini, perkelahian akan menjadi lebih buruk jika kemarahan tak dapat dikawal dengan baik.
4. Dijauhi oleh orang lain. Ibu bapa yang selalu memarahi anaknya secara membabi buta akan digeruni, dan bukannya dihormati sepertimana yang diinginkan oleh setiap ibu dan bapa, dan rakan-rakan yang selalu memarahi orang lain secara terang-terangan akan mula kehilangan kawan-kawan.
Apa yang telah GR nyatakan diatas adalah serba sedikit dari pengalaman, pembacaan dan penelitian GR yang diterjemahkan dalam bentuk pendapat (perlu ke ayat berbelit-belit ni? haha). Jika ada yang kurang di sini, janganlah dimarahi, sebaliknya ditegur. Yang baik boleh diikuti, yang jahat boleh dijauhi. Sekian sahaja untuk entri pertama bulan Julai dan Syaaban. Terima kasih kerana membaca. Wassalam.
nota kaki kiri: senyum, tak perlu kata apa-apa =)
8 comments:
susah nak kawal marah :(
cuba mengawal...
tp kn bile org yg selalu simpan2 sekali die meledak? mmg nangis. huwaaa
i loike!!! bagus bagus. dah la aku ni suke marah. hiksssssss
syazwana: memang susah, tapi bukan mustahil :)
silah: sebab tu jangan suka-suka buat orang marah, hehe
fairuz: bagus, cubalah kurangkan marah-marah tu, hehehe
haha aku jenis cepat cool :))
mra: baguslah kalau macam tu =)
orang yang paling kuat ialah yang dapat mengawal kemarahannya..
orang yang terpuji ialah yang lambat marahnya, lekas pula hilangnya.
cik kompas: benar. usah dibangga dengan kekuatan badan, andai emosi tak dapat ditahan :)
Post a Comment