commercial break

15 July 2011

Malaysia tidak lagi selamat

Assalamualaikum.

Ini entri pantas. Sekadar nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati dengan apa yang berada di sekeliling kita sekarang. Keamanan yang kita lihat diuar-uarkan sebenarnya terbatas dari pandangan kita. Tak percaya? Lihat saja berapa banyak kes-kes bunuh yang berleluasa, kes-kes rompak, rogol dan sebagainya. Bagaimana yang dikatakan aman sekiranya jenayah-jenayah seperti ini boleh dilakukan secara terang-terangan?

"Ala, kes macam tu bukan kat semua tempat ada, tempat-tempat tertentu saja"

Bolehlah kita kata sebegitu, kerana belum ada ahli keluarga atau kenalan kita yang terkena. Cuba jika ada yang kita kenal terkena semua tu, mesti kita akan rasa kesal dan kecewa dengan keadaan sekeliling yang tak selamat kan?

Penjenayah berani melakukan semuanya secara terang-terangan, kenapa ya? Beraninya mereka meragut di tengah2 orang ramai, memukul orang lain di kawasan umum, malah perbuatan yang tengah hangat sekarang adalah menyimbah asid. Menyimbah asid seolah-olah sudah menjadi satu perbuatan popular pula, apabila ramai perempuan menjadi mangsa akibat dari simbahan asid ini.

Adakah penjenayah ini tidak takut dengan hukuman yang bakal mereka terima? Apakah faktor yang menyebabkan mereka berani untuk melakukan jenayah secara terang-terangan? Mungkinkah kerana ketidakperihatinan masyarakat, kerana sikap sambil lewa kaum perempuan dalam menjaga keselamatan mereka, ataupun ada faktor lain? Entahlah, GR sendiri risau memikirkan perkara ini.

Jadi, kepada anda semua, berhati-hatilah ketika berada di luar sana. Kalau boleh, hadkanlah pergaulan anda, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini. Jika dah terkena kepada kita sendiri, barulah menyesal nanti, tak berguna. 

GR ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada mangsa kes simbahan asid baru-baru ini di Shah Alam. Bersabar dengan dugaan itu. Terkilan sebab GR kenal dengan mereka, walaupun tak rapat. Harap mereka tabah dan semoga cepat sembuh.

Sekian saja, wassalam.

nota kaki kiri: harap dijauhi dari semua ini.

kredit kepada afifi untuk maklumat

11 comments:

Unknown said...

mudah-mudahan dijauhi daripada perkara tersebut..memang sekrng nie banyak dh perkara seperti ini berlaku

Anonymous said...

seram btol la idop skg kt lua tu. mcm2 boleh jdik. yg x bersalah pon tetibe kne simbah. T___T

SuhaNa said...

Assalammua'alaikum GR..

Keamanan yang dilihat hanyalah pada mata kaca yang tidak mahu mengambil ibrah.Jika mata hati sudah tidak terhijab,maka lihatlah betapa huru-haranya negara dengan title 'keamanan' yang dilaungkan.

Berhati-hati lah dan ambil langkah berjaga-jaga. Serahkan segala pergantungan pada Allah ketika berada di luar.

GR said...

cucu umie: berhati-hati diluar sana =)

silah: ya, tau takpe. dunia semakin bahaya.

suhana: waalaikumsalam. tak boleh selesa dengan apa yang kita lihat sekarang. ya, bertawakal selepas berusaha

Anonymous said...

sikit-sikit asid, fikir la rasional sikit. apa la.. huhu takut

EzayHadry said...

betul3...sekarang tak selamat dah..penjenayah tak takut dengan hukuman sedia ada..takziah juga kepada mangsa tu..

GR said...

hazwany: andai mereka boleh berfikir secara rasional, mana mungkin semua ini berlaku

ezay: maka berhati-hatilah di luar sana

ZORA said...

yg kes simbah asid at shah alam 2 mse 2 zora ade wooo,siap nmpak live ag...sian kot 2 orang pompuan 2...dunia makin kejam la..

GR said...

zora: ye ke? memang kesian sangat kan. dunia tak kejam, manusia yang kejam :)

ZORA said...

iye..mse 2 kol 2 pg kot..lebih kurang cm 2 la...selamat kita ni laki..so yg perempuan kene bhati hati skit la..

GR said...

zora: baru teringat video kat youtube tu ada watermark pe-ta-nge. hehe. lelaki pun kena berhati-hati juga sekarang

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails