commercial break

25 July 2011

Jangan Pernah Berhenti Mencintai Aku

Assalamualaikum.

"Aku tak perlu cinta-cinta ni. Tak ada istilah cinta dalam kamus hidup aku" lantang suara seorang anak muda meluahkan rasanya.

Apa itu cinta? Cinta itu terhasil daripada hubungan. Ada dua jenis hubungan yang wujud dalam dunia. Hubungan sesama makhluk, dan hubungan dengan pencipta kita yang satu, Allah S.W.T.

Seringkali kita melontarkan luahan rasa terhadap cinta sesama makhluk. Cinta kita kepada manusia khususnya. Apabila kecewa, terus sahaja meluat dengan cinta. Muncul juga kata-kata, aku tak percaya cinta, no more love, dan sebagainya. 

Mati kerana kecewa dengan cinta, berikrar sehidup semati atas dasar cinta, dan berubah atas dasar cinta sesama kita, manusia. Perkara ini adalah lumrah yang sering kita lihat. Lihat saja betapa banyak kes bunuh diri akibat cinta tak diterima, kes bunuh kerana cemburu dengan cinta yang tak kesampaian, kes-kes keterlanjuran akibat terlalu cinta kononnya, dan ada juga yang berubah hala nafsunya, akibat kecewa kerana cinta, Astaghfirullah.

Hakikatnya, satu lagi cinta sering kita abaikan. Cinta kita dengan pencipta, Allah S.W.T. Kita lupa bahawa sebenarnya kita dicintai setiap hari. Tanpa cinta dariNya, kita tak akan sesekali mampu untuk hidup. Sesaat cinta dariNya hilang, kita takkan mampu lagi untuk meneruskan kehidupan yang tak kekal ini. Bayangkan, jika Allah melupakan kita, dapatkah kita bernafas? Dapatkah kita bergerak? Tak mungkin sama sekali. 

Lebih teruk lagi jika Allah tidak lagi mengambil berat mengenai kita. Maka akan terjadilah istidraj. Apa saja yang kita pinta mungkin akan diperkenankan. Kita akan senang, mewah, kaya di dunia. Tapi hakikatnya itu semua kerana kita tiada lagi dalam pemerhatianNya. Kelak, meranalah kita dalam alam kedua.

Sedih jika dikenangkan semua ini. GR sendiri takut kerana sedar, GR bukan seorang hamba yang baik. Harapan agar dapat berubah menjadi hamba yang lebih baik selepas ini, agar cinta Allah sentiasa ada terhadap GR. Juga harapannya untuk semua umat islam, keluarga, rakan-rakan, dan semua.

Sama-sama kita pelihara cinta Allah kepada kita. Allah, tolong jangan pernah berhenti mencintai aku, hambaMu yang hina ini.

Sekian, wassalam.


5 comments:

SuhaNa said...

Assalam..

Definisi cinta sekarang semuanya berpaksikan novel,drama, filem dan sebagainya. Pemikiran di doktrin dengan cinta yang sebegini rupa.Walhal cinta perlu diajar, perlu di didik,barulah manusia faham erti cinta.

Buang segala definisi cinta dari media yang mengarut itu..Bukalah kalam Ilahi, bagaimana Allah menetapkan cara bercinta.

Ambil ibrah dari surah al-Qasas. Bagaimana Nabi Musa menjaga keperibadian bila berada dengan puteri Nabi Syuib. Tidak jemu untuk mengulang-ulang ayat ini.

Cinta amat perlu untuk manusia.Kerana cinta adalah kekuatan.tapi jangan kotori cinta yang suci itu dengan perkara maksiat yang di'halal'kan secara amembuta tuli.

Fairuz Zainal said...

aku dah makin tak percaye dengan cinta manusia. T______T

Sya_Merpati Putih 88 said...

Cinta kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang kekal abadi...

GR said...

suhana: cinta itu perlu, tapi berpada-pada dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

menjaga hubungan sesama manusia juga penting kan? tapi persepsi itu sudah berubah, sepertimana yang dikatakan oleh anda :)

fairuz: jangan tutup hati untuk bercinta, cuma bercintalah dengan cara yang disyariatkan :)

TB: ya, kekal abadi sehingga ke alam abadi :)

cik kompas said...

betul tu,

ALLAH tak pernah lupakan kita walaupun kita sering terlupakanNYA..

ALLAH tak pernah meninggalkan kita walaupun kita sering lupa akan suruhanNYA..

ALLAH sentiasa sayang akan kita walaupun kita selalu melakukan kesilapan...

ALLAH tetap mengampuni kita andai kita mengingkari perintahNya..

ALLAH tak pernah penat membimbing kita kepadaNYA..

ALLAH sentiasa bersama kita tika sedih dan gembira..

ALLAH mengurniakan kita dengan segala nikmat..

ALLAH mencintai kita walaupun cinta kita buatNYA tak sekuat mana...

setiap detik kita bernafas, ALLAH sentiasa ada dengan kita. Yakinlah hati dengan janji ALLAH...

p/s;kompas dtg baca entri2 lama GR...

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails