commercial break

23 July 2011

Jangan Kau Halang Aku Berubah

Assalamualaikum
*****

"Aku ingin berubah"

"Berubah yang macam mana lagi?"

"Tentunya untuk menjadi lebih baik"

"Kau tak rasa terlalu awal untuk berubah?"

"Tidak, tiada istilah terlalu awal. Sebaliknya kita sentiasa lewat untuk berubah"

"Tapi kau masih muda. Berseronoklah sepuasnya dahulu"

"Belum tentu aku sempat tua"

"Apa pula pandangan orang bila melihat kau tiba-tiba berubah. Pasti ada yang akan berkata buruk. Menuduh kau dah berubah atas sebab-sebab tertentu"

"Kalau orang berkata, biarkan. Mereka tak tahu apa-apa, Allah lebih mengetahui"

"Kau akan hilang keseronokan yang kau rasai selama ini"

"Tapi aku takut tak seronok di alam yang satu lagi"

Bila saat hati inginkan perubahan, pasti ada saja yang akan menghalang. Syaitan, penghasut besar yang tentunya gusar jika seseorang ingin berubah menjadi lebih baik. Sering saja alasan-alasan yang dinyatakan dalam dialog di atas akan terdetik di dalam hati kita.

Sampai saat kita inginkan perubahan ke arah yang lebih baik, berusahalah untuk menjayakannya. Itu tandanya hati kita telah diberi sinar. Usah risau dengan halangan yang bakal wujud. Usah risau dengan apa yang akan terjadi esok hari, sebaliknya usahakan yang terbaik untuk hari ini. Persepsi orang lain? Ah, abaikan jika ada yang menghindarimu kerana kau menjadi lebih baik. Itu tandanya mereka bukan teman yang baik.

Bilakah saatnya kita perlu berubah? Entah, mungkin setiap saat setelah terjaga dari tidur. Berubah, berubah dan teruslah berubah. Moga perubahan itu membahagiakan kita di 'sana' kelak. Sekian, wassalam.

Lagi entri tentang perubahan di sini

nota kaki kiri: ingin berubah jadi yang lebih baik, setiap hari!

4 comments:

Unknown said...

berubah untuk kebaikan .. tak salah. jangan terover sudah la. =)

www.anastasyea.com

Sya_Merpati Putih 88 said...

berubah kearah kebaikkan mmg itulah yg sebaik-baiknya..:)

GR said...

anastayea: kalau baik, tak ada yang over, insyaAllah :)

TB: ya, itulah yang sebaiknya :)

cik kompas said...

seandainya kamu mendapat hidayah ALLAH, peganglah kuat2 jgn dilepas. andai dilepas, takut ianya tak akan kembali semula.

takut nk berubah sbb bimbg dgn apa org lain kata?

jgn fikir apa yg org kata, fikir apa yg ALLAH lihat pada kita...

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails