Assalamualaikum.
Fuh, 2 hari tanpa entri. Malas sebenarnya, hehe. Kata orang kalau malas apa benda pun tak jadi. Jadi memang tak jadi GR nak taip entri baru masa malas, hehe. Hari ni saudara GR akan berkahwin. Majlis nikah dah selesai semalam, tunggu majlis bersanding pula hari ni. Kerahan tenagalah jawabnya sebentar lagi. Ok, GR pun nak taip entri cepat-cepat ni sebenarnya.
Kali ni GR nak sentuh sedikit mengenai tabiat kita dan artis. Boleh tak kalau GR kata artis sangat berpengaruh dalam kehidupan kita? Lihat saja lambakan rancangan-rancangan hiburan, terutamanya rancangan realiti. Bagaimana ramai yang berminat untuk mengikuti perkembangan artis-artis ini setiap malam.
Lihat saja bagaimana tingginya rating rancangan-rancangan gosip, blog-blog yang menceritakan perihal artis, dan semua yang sewaktu dengannya. Bohonglah kalau GR kata GR tak minat langsung pada artis-artis, tetapi tahap ketaksuban itu tidak sama. Kenapa ya, peminat-peminat sangat fanatik dengan artis-artis yang mereka minati (bukan semuanya fanatik)? Kadang-kadang, secara terang-terangan artis itu sudah melakukan kesilapan, tapi masih ada yang mahu membela kesilapan tersebut, atas dasar fanatik.
Ayat yang selalu dikeluarkan:
"Dia tak kacau hidup kau pun kan, kenapa kau nak kacau hidup dia?"
"Itu kan lakonan sahaja"
"Dia punya sukalah nak buat apa pun, itu hidup dia, sibuk kenapa?"
"You don't even know him, so don't say anything about him"
Wah, speaking kau, haha. Ok, kadang-kadang kerana terlampau obses dengan minat kita, kita tak sedar perkara salah yang ada di depan mata kita. Sama juga dengan hobi, kalau dah terlampau minat, berhabis duit pun tak sedar. Situasinya sama.
Jadi, apa yang ingin GR katakan adalah, tidak perlu untuk kita terlampau fanatik dengan artis-artis ni. Minat sikit-sikit cukuplah, sebabnya tak ada keuntungan pun yang kita dapat kalau kita minat melampau-lampau terhadap mereka. Selalunya artis ni tak kenal pun peminat-peminat dia, kecuali yang benar-benar aktif dan terlibat dengan aktiviti mereka secara langsung.
Selalunya apabila dah fanatik ni, sehingga menidakkan apa yang salah di depan mata. Pantang ada teguran yang dilemparkan terhadap artis tersebut, mesti mahu melenting. Pantang ada berita buruk mengenai tabiat artis itu, mesti tak percaya. Hey, kau juga yang berkata, itu sekadar lakonan saja. Ingatlah, hidup sebagai artis penuh dengan lakonan semata-mata. Kadang-kadang yang baik itupun hanya sekadar lakonan. Baik dalam lakonan tidak semestinya baik di luar lakonan. Kalau jahat juga begitu.
Kalau anda tengok artis itu berpakaian tudung labuh, sopan dan manis dalam lakonan, janganlah terperanjat kalau mereka tidak seperti itu dalam kehidupan seharian. Sudah namanya pun pelakon. Sebab itu juga GR tak minat untuk memuja walau cerita dakwah sekalipun, sebab itu semua lakonan, tak ada yang betul pun. Tetap ada yang salah dalam filem dakwah (dianggap sebagai dakwah oleh penonton).
Jadi, jika anda mahu jadi fanatik, terpulanglah. Anda mampu untuk menilai baik buruk sesuatu sendiri. Ingat satu perkara. Hidup kita juga adalah pentas lakonan. Skripnya sudah sedia ada, mahu diikut atau tidak, terpulang. Pengarah sudah menyediakan semuanya, kita saja yang perlu untuk berlakon mengikut skrip. Jika lakonan kita baik, kita akan dibayar. Jika tidak, kita akan didenda.
Sekian sahaja entri kali ini. Salah silap, harap dimaafkan.
nota kaki kiri: bukan seorang pelakon yang baik :(
No comments:
Post a Comment