Assalamualaikum.
"Maaf sebab ayah tak ada bersama sewaktu pembedahan"
Mesej ini GR terima sewaktu GR terlantar di hospital pada tahun lepas. Ada GR ceritakan di sini serba sedikit.
Saat menerima mesej ini GR terasa sebak apabila ayah meminta maaf atas ketiadaan dia semasa itu. Hanya emak yang menemani GR di hospital. GR langsung tidak kisah kerana ketiadaan ayah kerana GR memahami keadaannya. Bukan senang bagi ayah GR kerana dia seorang kelasi kapal. Untuk berada di rumah bukanlah satu pilihan kerana tuntutan kerja memerlukan ayah untuk berada jauh dengan kami.
GR ada ceritakan di sini, bahawa semasa kelahiran pertama emak, iaitu GR sendiri, ayah tidak bersama dengan emak kerana dia sedang bertugas di atas kapal. Biasalah, dalam fikiran mesti akan terfikir mengenai perasaan emak ketika itu. Adakah sedih kerana ayah tiada bersama pada ketika itu? Maklumlah, detik kelahiran bukanlah satu detik yang kecil bagi ibu bapa bukan?
Tetapi apabila difikirkan balik, jika ditanya persoalan ini, pernahkah orang terfikir, bagaimana perasaan ayah, ketika tiada di saat yang penting dan menggembirakan? Tidakkah ayah berasa bersalah kerana tak ada bersama? Meskipun jujur GR katakan, GR langsung tidak terasa apabila ayah tak dapat bersama kami, kerana GR faham dengan tugas ayah. Tapi, siapa yang dapat menenangkan hati ayah, di sebalik rasa bersalah yang ayah rasa?
Sifat semulajadi bagi seorang ayah, untuk tidak menunjukkan rasa sedih dan risau bukan? Jadi, siapa yang dapat memahami ayah? Begitu juga jika di luar sana, orang sering menyalahkan ayah jika berlaku sesuatu dalam keluarga. Tapi kadang-kadang hakikat sebenar tidak kita ketahui. Tanggungjawab seorang ayah adalah sangat berat dan tidak mudah.
Tugas membimbing keluarga merupakan satu amanah dari Allah. Bukan senang untuk membimbing. GR sendiri sudah merasakan bagaimana susahnya untuk menjadi seorang ayah, kerana GR merupakan pengganti ketika ayah tiada di rumah. Atas alasan itu juga, orang melihat GR sebagai seorang yang serius. Sebenarnya salah satu puncanya adalah kerana GR sudah merasa sedikit bagaimana perasaan untuk menggalas tanggungjawab dalam keluarga. Banyak yang harus dikorbankan.
Begitu juga bagi seorang ayah, pengorbanan mereka terlalu banyak hanya kerana untuk melihat keluarganya gembira. Percayalah, bahawa ayah anda juga menyayangi anda, biarpun tiada titisan airmata yang anda lihat darinya, tetapi semuanya tersimpan di dalam hati. Jika anda pernah merasakan bahawa ayah anda tidak pedulikan anda, buanglah jauh-jauh perasaan itu, kerana ianya tidak benar.
Sempena Hari Bapa ini, GR ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa di dunia ini, tak kira apa jua bangsa, agama dan di mana tempat anda tinggal. Dan buat ayah, walaupun tidak pernah diucapkan secara terang-terangan, ketahuilah anak-anak ayah sayangkan ayah. Terima kasih kerana menjadi pembimbing kami adik-beradik. Jasa ayah tak terbalas oleh kami. Sekian sahaja, wassalam.
nota kaki kiri: Selamat Hari Bapa =)
4 comments:
ayah memang selalu cam tu kan? selalu overprotecting..sgt2 care pasal anak dia.. same goes to me cam lam video tu.. dulu kalau ade org lelaki call kat rumah nak cakap ngan saya mesti dia cakap saya takde.. zaman2 sekolah dulu mane ade hp..pakai tepon rumah je.. zaman budak2 skang je susah nak control..hp wajib sorang satu..huhu
happy fathers day fitri! :D
selamat hari ayah.. hehe
walla: ayah is the best protector that we ever had :)
fairuz: happy father's day too :)
hamzah ian: selamat hari ayah :)
Post a Comment