commercial break

17 February 2011

Doktor pandai tapi jururawat tak?


Assalamualaikum.
Petang yang panas sekarang di Shah Alam. Di tempat anda pula bagaimana?
Ok, tadi saya singgah di SB. Anda tahu apa itu SB? Nanti GR akan buat satu entri khas untuk SB ni. Kalau anda nak tengok sendiri apa itu SB boleh klik di SINI
Sedang GR singgah, kebetulan ada terjumpa satu entri mengenai jururawat.
Anda boleh singgah ke The Official Blog of Thirtyeight 
Di sana ada gambar-gambar jururawat sedang menjalankan tugas mereka. Cantik-cantik belaka mereka itu, dan terselit juga jururawat lelaki di situ. apa kata anda semua singgah untuk melihat sendiri.

 

Ok, berbalik kepada tajuk entri GR kali ini. Persepsi orang ramai terhadap jururawat sebelum ini bagaimana?
Pernah tak dengar orang sakit yang asyik memarahi jururawat sahaja?
Selalunya, ibu bapa cukup bangga apabila anak mereka berjaya menjadi seorang doktor. Bagaimana pula dengan jururawat? Hah, bagi GR ibu bapa seharusnya berbangga apabila anak-anak mereka menjadi seorang jururawat. Bukannya senang untuk menjadi seorang jururawat. Mereka ini harus mempunyai daya tahan mental yang tinggi kerana mereka berhadapan dengan pelbagai ragam pesakit.

Jika ada kes kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah, sedang kita merungut-rungut geli dan loya mereka ini dengan sabarnya membantu para doktor dalam usaha menyelamatkan pesakit.
Wad pesakit mental, pelbagai karenah dan perangai yang ada namun jururawat tetap sabar menjalankan tugas mereka dengan penuh komitmen.
Kes-kes penyakit berjangkit dan merbahaya seperti H1N1 dahulu, dalam kita berhati-hati untuk mengelakkan diri dari terkena wabak penyakit ini mereka tetap bekerja untuk menyembuhkan  pesakit-pesakit ini dengan risiko jangkitan.

Ok, GR juga punya pengalaman tinggal di hospital selama beberapa hari akibat pembedahan. 
Selama terlantar di hospital, alhamdulillah GR menerima layanan yang baik daripada para jururawat. Layanan mereka amat bagus walaupun jumlah pesakit di hospital itu amat ramai.
Itu adalah pengalaman GR sendiri berhadapan dengan jururawat. 
Ya, memang ada yang berkata sesetengah jururawat itu tidak mesra dan sombong, hakikatnya mereka ini kadang-kadang tertekan dengan kerja mereka. Bukan senang untuk menjadi seperti mereka ini. Jadi, andaikata anda pernah menyimpan amarah atau dendam kepada jururawat silalah maafkan mereka.

Profesion jururawat juga sekarang dilihat semakin diterima ramai malahan menjadi pilihan anak muda. Buktinya, jika dilihat di kolej-kolej kejururawatan, pelajar mereka sentiasa ramai. Alhamdulillah, ini satu perkembangan yang baik kerana orang ramai semakin sedar akan tugas sebenar seorang jururawat.

Ok, cukup sampai di sini rasanya cerita mengenai jururawat.
Di bawah in, GR sertakan sekali gambar, silalah tengok ya hehehe.

Pengganti mak dan ayah =)
Kena marah dengan jururawat lelaki sebab gambar ni, hehe

Ok, cukuplah dua keping gambar. Bukan gambar artis pun, hehe.
Oh ya, ini kisah tahun lepas ya 27/3/2010 sewaktu hari pembedahan. Pembedahan minor saja tu, hehe.

Sekian, salam dari GR untuk para jururawat.
Teruskanlah usaha anda yang murni itu =)

nota kaki kiri: jururawat muda sekarang ramai yang cantik-cantik, hehehe. 

10 comments:

yana said...

hehe..sempat ag nk peace kan..
=)

Miranisa =) said...

wah awak . thanks sbb sudi promote our simple blog =)
erm sorry.sdikit correction . . kami student nurse. not staff nurse.
Ahaha but bole la. nurse wannabe =)
THANKS A LOT FROM THIRTYEIGHT !! xD
we're nurse wannabe ! :)

Mohd Fitri said...

yana: hehehe sampai kena marah

miranisa: eh, salah ke. tak apa nanti insyaallah jadi jururawat juga, hehehe

fify said...

thanks ye FITRI ! siyes kitorg sgt appreciate entry ni so much !

fify said...

thanks fitri.

Mohd Fitri said...

hehehe, sama-sama. tak sangka penulis blog ni ramai =)

Vanila GurLz said...

btol3..bukan senang nk jd seorng nurses taw...
4 your infrmtion...i'm student nurse...:)

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

tak suka nurse~

LittLeMyRsHMaLLoW said...

betul-betul-betul~
kadang-kadang tension jage patient yang mengada2...
tapi sabar jer laa kan.....
paling best jaga patient mental..
best ever lah..even takot2...
lawak mereka nih...

jadi nurse nih kene banyak sbr...
bak kata lect, sebelah kaki ke syurga..sebelah laki ke neraka...
hehe~

Mohd Fitri said...

vanila: ya, bukan senang. teruskan usaha murni anda. semoga berjaya

mia: eh, ada pula tak suka. sesuka hati je. hehe

little: hehe, suka bab jaga wad mental tu. macam-macam karenah kan. kalau pandai jaga diri, insyaallah para jururawat ini berjasa besar kepada semua orang =)

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails