Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua.
Sebelum ni GR ada beri sedikit tunjuk ajar mengenai bahasa jepun, sekadar yang termampu. Anda boleh lihat entri tersebut di sini. Jadi, GR sudah mengambil keputusan untuk menjadikan sesi ini sebagai sesi rasmi blog Gedung Rasa, supaya GR dapat berkongsi sedikit ilmu mengenai bahasa jepun yang GR pelajari. Sambil-sambil itu GR juga boleh mengaplikasikan bahasa jepun ni juga kan.
Ok, kita tak perlu bercerita panjang. Mari mulakan dengan perkataan asas dahulu:
Kita belajar menggunakan kata nama dalam bahasa jepun.
Watashi - Saya
Anata - Awak
Minna-san - Semua (ramai) @ kawan-kawan
Ok, perkara asas yang anda perlu tahu adalah penggunaan perkataan -san di belakang panggilan sesuatu nama. Contohnya, zaki-san, aisyah-san. Penggunaan perkataan ini adalah bagi panggilan biasa. Sekiranya sudah mesra, kadangkala mereka akan memanggil dengan perkataan -chan (kebiasaannya perempuan), selalu juga diguna untuk memanggil budak perempuan. Penggunaan perkataan -kun pula adalah untuk budak lelaki, contohnya Naruto-kun.
Sekarang kita beralih pula kepada nombor.
1 - ichi
2 - ni
3 - san
4 - shi/yon
5 - go
6 - roku
7 - shichi/nana
8 - hachi
9 - ku/kyu
10 - ju
Ok, sekarang kita pergi ke beberapa perkataan dalam bahasa jepun.
dochira - di mana
donata - siapa
kochira - orang ini
Ok, GR bagi beberapa contoh ayat untuk memudahkan anda semua memahami dengan lebih baik:
1. Kochira wa GR-san desu (Ini ialah GR)
Penggunaan kata desu tidak membawa apa-apa makna (ibarat titik noktah). Maksud wa = ialah.
2. Kochira wa donata desu ka (Orang ini adalah siapa?)
Penggunaan kata ka digunakan untuk tanda soal (?)
3. Luffy-kun wa dochira desu ka (Luffy ada di mana?)
Penggunaan -kun menunjukkan yang luffy adalah budak lelaki.
Ok, rasanya cukup sampai di sini dahulu. GR akan sambung di sesi akan datang pula ya. Jika ada sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada GR. Oh ya, insyaAllah, GR akan cari satu hari yang tetap sebagai hari khas untuk sesi ini.
GR kena beransur, sebab akan ke Klang pagi ini. Kemungkinan akan jadi pemandu, malasnya nak memandu, huhuhu. Sekian sahaja, semoga bertemu di sesi akan datang. Wassalam.
nota kaki kiri: Semua yang ditunjukkan hanya asas sahaja =)
7 comments:
wah...best dapat belajar bahasa jepun
kamsahamnida....=p
hans: hehe, memang pun. belajarlah :)
sooour: itu korea lah. hehehe
Ogenki desu ka?? hehe...
hajimemashite . baru belajar bahasa jepun jugak . visit my blog too
http://nadianeurons.blogspot.com
Info Yang Menarik Untuk Di Ketahui Bersama... Dapatkan 14 Siri Video Pembelajaran Yang Mengandungi Cara Langkah Demi Langkah Untuk Anda Mempelajari Dan Seterusnya Menguasai Perkataan, Tatabahasa Dan Penggunaan Ayat Di Dalam Bahasa Jepun Dengan Cara Yang Sangat Menarik, Mudah Dan Interaktif...
Sila KLik Sini
Klo laki gune "kun" klo pompuan?
Post a Comment