Assalamualaikum.
Hai, bertemu kembali kita dalam rancangan bacalah blog GR (tiba-tiba), hehehe. Hari ni GR hampir kemalangan ketika pulang dari praktikal petang tadi. Hampir-hampir dilanggar kereta. Nasiblah mak ni tenang nyah! Hahahaha. Alhamdulillah, syukur sebab nyawa ini masih panjang. Itu lah, kelam-kabut sangat nak balik rumah tadi, sampai lalai bawa motor, huhu. Ok, kita lupakan kisah yang dah berlalu itu dan jadikannya sebagai pengajaran di kemudian hari.
Topik yang ingin GR sentuh hari ini, merupakan topik mengenai tabiat orang-orang kita ni iaitu jaga tepi kain orang.
sumber google |
" Kiah, aku bukan apa. Aku nak tegur kau sikit, tentang gambar-gambar kau kat facebook tu. Aku rasa tak eloklah kau siarkan gambar kau pegang-pegang, hampir berpeluk dengan pakwe kau. Dah memang perbuatan kau salah, kau nak tayang lagi" Bedul tegur Kiah, salah seorang kawan dia.
"Ah kau Bedul. Kau macam bagus je nak tegur aku. Kau jaga tepi kain orang buat apa. Jangan nak berlagak baiklah weh" Kiah menjawab dengan 'sopannya'.
*Nama di atas hanya rekaan semata-mata.
Hah, pernah tak anda mengalami perkara seperti ini? Ini berdasarkan pengalaman GR sendiri, dan cerita di atas diolah untuk penceritaan.
Jaga Tepi Kain Orang Lain
Cuba tanya diri kita kembali, apa yang kita faham mengenai konsep jaga tepi kain orang ni? Maksudnya lebih kurang begini, jangan suka ambil tahu hal orang lain. Ok, dari segi apa yang kita jangan suka ambil tahu ni? Orang-orang di sekeliling kita ni, kalau kita tegur mengenai perbuatan salah mereka, selalu saja memberi alasan dengan menyuruh kita supaya jangan ambil tahu hal mereka.
Tapi kalau dah perbuatan kau tu salah, dan aku pula kenal kau, sekurang-kurangnya pernah berkawan, adakah tak boleh untuk aku tegur kau?
Bagi GR, konsep jaga tepi kain ini perlu ditukar, kerana masyarakat kita sekarang dah semakin teruk, bukannya seperti sebelum ni. Kalau tengok contoh dialog yang GR tunjuk tadi, rasanya patut tak GR tegur dia? Bukannya apa, atas dasar seorang kawan, malahan sesama muslim. Tapi ya lah, GR sudah cuba untuk menegur, sekurang-kurangnya bukan?
Bila kita perlu jaga tepi kain orang lain?
Ok, bila kita perlu untuk mengambil tahu mengenai orang lain? Rasanya, kalau kawasan kejiranan, perbuatan ini patut diamalkan. Cuba fikir, kalaulah kita terdengar jiran-jiran kita menjerit meminta pertolongan, adakah mahu dibiarkan saja? Ini yang terjadi kes-kes seperti jiran di rumah sebelah sudah terbunuh, tetapi orang di kawasan sekitar tak tahu menahu.
Kalaulah kita nampak orang berdua-duaan di kawasan yang sunyi, haruskah dibiarkan saja? Inilah puncanya kes-kes buang anak semakin meningkat setiap hari, apabila orang ramai tidak mahu ambil tahu mengenai orang lain.
Kalaulah kita tengok kawan-kawan kita pakai seksi sehingga terdedah sana sini, adakah harus dibiarkan sahaja? Itukah kawan yang sebenar?
Hah, yang terakhir ni contoh yang paling senang untuk kita nilai. Kalaulah anda nampak kain kawan anda terkoyak, adakah anda akan membiarkan sahaja dia untuk berpakaian sebegitu? Mesti anda akan beritahu dia, bukan ke secara langsung anda dah jaga kain dia? Hehehehe.
Ok, akhir sekali yang GR ingin katakan di sini adalah, konsep jaga tepi kain orang ini perlu untuk diamalkan sebenarnya, apabila kena pada keadaan yang tertentu. Cubalah untuk menegur, walau dengan cara anda yang tersendiri, sekiranya anda terlihat sesuatu yang salah. Tapi teguran biarlah dengan cara yang berhemah ok? Amalkan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar yang dituntut di dalam islam. Biar GR pun bukan seorang yang baik, tetapi apa yang termampu untuk dilaksanakan, GR cuba juga untuk melaksanakannya. Semoga kita semua tersedar sebelum terlambat. Amin.
Sekian, wassalam.
3 comments:
dulu ingat lagi pernah berdebat pasal 'jaga tepi kain org'.... bagu aku ambil tahu hal orang demi kebaikan adalah dituntut agama dan tamadun...
kalau taknak, duduk dalam hutan jadi monyet... monyet pun tolong jaga tepi bulu monyet lain... cari kutu.. :P
konsep jaga kain ni..orang dah slh tfsir kan..yela masing ingt nk bz body..padahal cm nk perbetulkan apa yg silap
ya, memang dituntut jika ambil tahu demi kebaikan.
haha, monyet pun ambil berat, manusia lagilah, punya akal dan fikiran kan.
Post a Comment