commercial break

07 May 2011

Makanan Dan Rumah

Assalamualaikum.

Hai semua, selamat berhujung minggu dan semoga sihat belaka. Apa aktiviti anda semua? Mesti ada yang ambil kesempatan untuk berkelah, keluar dengan kawan-kawan atau keluarga dan ada juga yang duduk berehat sahaja di rumah kan. Waktu hujung minggu bagi GR sama saja buat masa ini, sebabnya GR belum ada komitmen lain. Almaklumlah, pelajar, hehehe.

sumber google

Bila dapat kesempatan berehat di rumah ni, ada kekurangan dan kelebihannya. Kelebihannya rasa tenang saja, tak payah nak fikirkan tekanan itu dan ini. Ya lah, jadi pelajar ni memang banyak tekanannya kan, walaupun tak seteruk orang-orang yang bekerja tu. Kekurangannya pula, kadang-kadang tak tahu nak buat apa. Bosan sehinggakan tahap duduk pun rasa bosan, haha. 

Tapi yang seronok bab berada di rumah ni, makan semuanya sedap, hehehe. Kalau nak dibandingkan dengan makanan yang dibeli di restoran, masakan di emak rumah jugalah yang paling sedap sekali kan. Masakan yang ringkas pun rasa sedap. Kalau masak sendiri pun memanglah tak sesedap masakan emak, hehe. Kalau tak percaya, tanyalah semua orang yang bergelar pelajar, mesti bila balik rumah rasa nak makan banyak, haha. Lagilah kalau orang yang macam GR ni hah, badan kecil tapi selera makan banyak. 

Jadi, GR rasa bagi sesiapa yang berpeluang balik ke kampung halaman dan rumah sendiri, rugilah jika tak mahu makan di rumah. Apa salahnya kan kalau luangkan masa bersama keluarga di rumah. Ok, entri ringkas untuk waktu hujung minggu ni. Selamat berehat kepada anda semua. Sekian, wassalam.


nota kaki kiri: sayangilah keluarga anda =)

6 comments:

@cik_ezati said...

badan awk kecil ke? kecil mcm mne tu? hahahah :p

btw semua hujah-hujah awak tu betul, setuju 100%

cikida said...

wahhhh,,bestnye kalau dok uma..mak masakk..simple2 pon kenyanggg jek rse...huuuu=)

GR said...

cik zetty: eh, kecillah, kalau banding dengan awak memanglah awak yang kecil, hehehehe. terima kasih kerana menyokong :)

cikida: yah, memang betul tu. hehehe

za said...

ada betulnya=)

Anonymous said...

encik gedungggggggg.
lame silah x dtg sini. eheeee

btol2 dok rumah best. makan depan mate je. x bosan pon dok rumah kalo ad tnet 24 jam. ngeeee

GR said...

za: terima kasih :)

silah: haha, silah sibuk kan. hehe. tau takpe, duduk rumah sangat membahagiakan, hehehe

Domain Murah

Related Posts with Thumbnails